Sabtu, 24 Ogos 2013

Guna 'air aircond' buat air balang?

Semalam menjengah rumah pak cik dan mak cik.

Bila dah sembang-sembang ni macam-macamlah cerita keluar. Entah macam mana terkeluar cerita berniaga dan cerita orang jual air.

Tiba-tiba pakcik buka cerita.

" Kalau nak beli air tepi jalan kat KL tu, kena hati-hati la. Nak selamat minum air yang dalam botol / kotak "

Saya tanya kenapa. Ada letak benda yang bukan-bukan ke.

" Aku jumpa orang tadah air 'aircond'. Aircond kan ade air yang keluar menitis bila tengah berfungsi. Air yang titis tu la ditadahnye. Dah banyak, bancuh buat air, jual. "

" Cuba bayangkan, air aircond kecik pun kalau tadah, sejam dah boleh dapat dalam satu baldi / setengah baldi. Ni 'aircond' besar. Lagi banyak airnye. Lagipun percuma tadah. Jimat kos air."

Inilah pertama kali dengar. Lapan tahun duduk KL, tak pernah terdengar pasal air 'aircond' ni.

Taklah semua peniaga buat begitu. Cuma ada segelintir yang buat.

Agak-agak macam manelah rasa air 'aircond' tu ye?

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...