Rabu, 28 Ogos 2013

Tak pasang bendera = tak patriotik?

Sambutan hari Merdeka 31 Ogos setiap tahun.

Maka seminggu dua sebelum sambutan Hari Bersejarah tersebut, maka banyaklah kelihatan bendera Malaysia berkibar di mana-mana.



Kereta, basikal, motor, bangunan, tiang elektrik, banyak lagilah.

Baguslah kan. Nampak meriah dan bersemangat.

" yang tak pasang bendera tu memang tak patriotik!" 
Kata seorang pakcik. Ade juga pak menteri yang berkata lebih kurang begitu maksudnye.

Tak pasang bendera = tak patriotik.
Pasang bendera = patriotik.

Maka ada jugalah yang seperti marah dan menyindir kenderaan yang tak 'menaikkan' Jalur Gemilang pada kenderaan mereka. 

Bukan nak membela mereka yang tak mengibarkan bendera pada kenderaan dan rumah masing-masing. Cuma persoalannya adakah cukup menilai patriotik pada 'pasang bendera' saja?

Adakah mereka yang tak memasang bendera ini jiwanya tidak patriotik, tidak cintakan tanah air?

Mari kita berbaik sangka dan jangan cepat menghukum.

Err...anda dah pasang bendera?

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...