Benda ini sebenarnye sudah lame terjadi.
Tapi malangye masih ade lagi manusia yang percaya.
Percaya apa?
Larangan untuk sebut perkataan tertentu seperti 'salam' 'a'kum' 'bye' 'pokemon' 'pikachu' dan macam-macam lagilah...Sampai ade yang kate upin ipin pun tak boleh.
Ramai yang percaya. Dah ramai orang yang cuba 'counter' dan jelaskan hal ni, tapi ramai lagi yang percaya.
Lagi-lagi zaman Fesbuk ni, nampak macam elok cepat saje tekan butang 'share' tanpa kita tahu apa sebenarnya yang kita faham dan cuba sebarkan.
Ini satu contoh.
Kesalahan 1 - guna gambar Dr Haron Din. Adakah Dr Haron Din yang mengungkapkan kata-kata dalam gambar itu? Kalau tak, ini dah terang-terang salah. Jadi fitnah kepada empunya gambar.
Lain-lain kesalahan adalah larangan penggunaan perkataan tertentu.
Apa salahnya sebut salam? Adakah betul perkataan salam itu tak baik? Bagaimana pula dengan ayat dalam Surah Yaasin :
سلام قولا من رب الرحيم
Mengapa nak kaitkan dengan bahasa yahudi semua itu?
Nak tulis short form a'kum pun tak boleh? Apehal nak terjemah dalam bahasa lain pulak?
Dan bermacam perkara lagi yang boleh dipertikaikan.
Tak tahulah mengapa, mudah benar kita nak percaya pada benda merepek sebegitu.
Pentingnya ilmu dalam kita melayari internet hari ini.
Saya ambik contoh satu perkataan. BANCI. Dalam bahasa kita, banci yang kita faham proses mendapatkan maklumat, biasanya berkenaan penduduk (kalau salah, betulkan ye).
Tapi di Indonesia, BANCI bermaksud PONDAN.
Jadi, salah ke kita menggunakan perkataan banci itu (tanpa niat memaksudkan PONDAN pada sesiapa)?
4 ulasan:
orang skang sume nampak cam islamik atau baik sket sume nak share tanpa usul periksa. hmmm...
kalau benda yang baik, baguih la 'share'. cume selalunye benda yang tak pasti kebenarannye ni kene selidik dulu.
seronok gamaknye tekan butang share tu..
macam mana pula dengan perkataan bye???
macam mana pula dengan perkataan bye???
Catat Ulasan