Isnin, 29 Julai 2013

Kecoh hal ratu cantik..?

Kecoh.

Ya, pasal kes ratu cantik yang dikeluarkan dari saingan itu. Dek kerana banyak pihak yang tak setuju dengan penyertaan empat peserta wanita muslim itu.

Kes ini menjadi kontroversi.

Apatah lagi kenyataan peserta yang mempertikaikan penyingkiran mereka dan juga hukum Islam. Hingga mengeluarkan pendapat mengapa tak dihalang wanita Islam menyertai renang dan gimnastik?

Dan kecoh juge tersebar berita rakan kepada ratu cantik tersebut mengajaknya tukar agama, kerana Islam melarang, tapi agama mereka membenarkan.

Teruja

Walaupun saya tak bersetuju dengan kecaman keterlaluan kepada peserta ratu cantik itu, namun saya bersyukur juga masyarakat sudah ada kesedaran dari sudut agama.

Mereka (peserta ratu cantik) seeloknya diberi penerangan dan penjelasan mengapa hal ini tak dibenarkan. Setakat tindakan dan denda mungkin tidak memadai. Mungkin pada peringkat awal sukar dakwah hendak diterima, tapi jika berterusan dan dilakukan dengan berhikmah ( bukan dengan kejian, umpatan dan cacian), insyaAllah hati boleh terpaut kembali pada Islam.

Cuma

Saya teringat kes belasan tahun dahulu di Selangor.

Kes terkini tak ada mereka dari pihak berkuasa yang dipecat. Ada pemimpin, menteri yang tampil membela fatwa haram sertai pertandingan ratu cantik

Tapi lain cerita satu masa di Selangor satu ketika dahulu...

Mufti mengambil tindakan pada peserta ratu cantik.

Ratu cantik di bela. MUFTI pula dipecat.

Hal itu saya tak lupa, walaupun ketika itu masih bersekolah.

Tak ada pemimpin dalam kerajaan ketika itu yang mahu tampil membela.

Masing-masing diam membisu sayang jawatan.

Yang kecoh dan tak setuju cuma orang bawahan dan rakyat marhaen sahaja.

Saya sangat pasti ramai yang masih ingat hal ini.

Zaman itu internet tak secanggih hari ini...

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...