Isnin, 29 Julai 2013

Perumahan Alfafa RM89k?

Saya memerlukan pandangan dan maklumbalas berkenaan hal ini memandangkan saya tak mahir dalam bab jual beli rumah dan hal-hal perundangan yang berkaitan dengannya.



Rasanya mesti ada yang sudah tahu berkenaan rumah (banglo) yang ditawarkan oleh ALFAFA yang bernilai sekitar RM 89k ke 99k sahaja.

Murah bukan?

Saya pun tertarik juga nak beli memandangkan harganya yang jauh murah berbanding dengan harga rumah lain di pasaran.

NAMUM.

Saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Bukan menuduh syarikat itu cuba mengaut keuntungan dengan MENIPU. Cuma rasa tak sedap hati dan ada banyak persoalan yang menyelubungi fikiran.

Jadi sekiranya ada yang mahir dalam hal undang-undang, boleh cuba tampil dan memberikan penjelasan.

Kenapa saya sangsi?
Harga rumah banglo yang terlalu murah.
Berapa kos sebenar nak bina?
Adakah syarikat ada untung untuk seunit rumah banglo RM89k?
Bayar RM 89k pada syarikat, kemudian dapat RM500 dari syarikat selama 3 tahun??

Perbincangan di forum carigold
Perbincangan di mforum

Adakah syarikat ini memerlukan lesen / kebenaran dari BNM untuk mengutip deposit dari pembeli.

Pandangan dan komen anda insyaAllah dapat membantu ramai lagi orang yang kabur-kabur berkenaan hal ini.

132 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum... Suami sy pernah bekerja di Kem Perumahan dan skrg di bhg pembangunan Jab Perdana Menteri... Kalau ikut undang2 cara jual beli salah... Xikut prosedur n xde itam putih... Kena bt personal loan sbb mereka xbg surat perjanjian beli rumah so xbuleh bt loan rumah...

Sy sndiri dh jmpa agen n tgk rumah cnth d sentul... Niat mereka nak bntu kita org melayu dpt tnh n rumah... Kalau ikut undang2 kita xdpt nak beli hrga murah mcmtu... So dorg laburkan wang rm89000 tu utk dpt keuntungan....

Dr keuntungan tu mereka tlg la kita dptkan hrga rumah + tanah dgn hrga murah... (agaknye la kan)... tu je lah pndgn sy... Suami tya jugak smlm cara penjualan rumah ni salah n xikut prosedur, btul x?? Agen ckp betul... So, risiko tgi la nak dptkan rumah murah ni...

Nur Fauzi Bassar berkata...

itu lah.
setakat pengetahuan saya, memang tak ikut prosedur beli rumah. loan pun kena buat personal loan.

memang boleh kata niat mereka baik, tapi niat tak boleh diukur dan ditulis, dibuktikan dengan jelas.
apa-apa kerugian dan risiko, memang 100% kena tanggung sendiri

Tanpa Nama berkata...

Pernah nampak org bertanya jika tanah sendiri bagaimana.

jawapan mereka harga tetap RM89k dan tetap kena tunggu tiga tahun.

Eh ? Kenapa lama sangat .. sesiapa tahu ?

Tanpa Nama berkata...

projek ni mmg jelas lg nyata nk menipu org melayu kita.kita jgn jd dungu, org cina berebut beli property yg sah dan makin kaya,yg kita ni makin miskin pula beli property yang tidak sah begini.harap maklum

Tanpa Nama berkata...

Islam itu adalah agama yang jujur dan suci walaupun dalam cara urusan jual beli. Soalan saya kalau betul pemaju nk tlg org melayu, kenapa pemaju mesti jual property dgn cara yang tidak sah disisi undang-undang Malaysia. Kenapa pemaju mesti meletakkan risiko 100% ke atas pembeli tanpa urusan jual beli yang sah?? Adakah tatacara jual beli ini sah dalam ekonomi islam itu sendiri?? tepok dada tanya iman... jgn sampai org lain dapat rumah kita dapat habuk

tuahjemari berkata...

assalamualaikum..
apa saja yang kita...mempunyai risiko..sama ada di dunia atau di akhirat..pada pendapat saya,niat mereka baik..saya dan suami ada buat kajian berkaitan dgn perumahan alfafa..kami yakin dengan nya..bagi sesiapa yg masih ragu2..buat sedikit kajian..berita dari mulut ke mulut ni..byk tokok tambahnya...

Tanpa Nama berkata...

mana anda tahu orang cina beli harta yang sah? Cuba pergi ke mana2 perkampungan cina, rata2 tanah tu diorg main dirikan je rumah. Bila dah perpuluh2 tahun diorang mohon tanah tersebut. Sekiranya kita nak untung besar, risiko kena besar. Saya dah dibesarkan dengan cara perniagaan. Prinsip ni memang dari dulu keluarga saya terapkan. kalau tak berani ambil risiko, sampai bila takkan berjaya. salah satu peragai org melayu terlalu 'playsafe, sebab tu kita tak pernah kemana2. Kita takda rumah, duduk menyewa. Bila nak beli rumah harga mahal. ada rumah ditawarkan murah, tapi kita ragu2. nak beli rumah mahal tak mampu. kalau macam tu sampai bila orang melayu kita duduk menyewa.

Saya salah seorang pembeli rumah ini. ada dokumen perjanjian salam mengikut syarak. Adakah orang Islam sekarang lebih memandang kepada perundangan moden sehingga perjanjian yang mengikut syarak Islam diketepikan sama sekali. walhal perkara yang sama, masih ada stamping & urusan guaman. Sekiranya terjadi apa2, dokumen ini sama juga sah laku di mahkamah.

Boleh saya tahu, adakah semua projek yang mohon lesen KPKT semuanya berjaya tanpa ada yang terbengkalai? Rasanya tetap ada terbengkalai sedangkan ada pemaju tersebut ada lesen KPKT dan rumah yang saya beli terbengkalai tu tetap saya tak dapata pampasan sampai sekarang.

eidadie berkata...

assalam....awak bolh solat istikarah sblm membuat keputusan...Bukan susahkan...manusia mana tahu segala rahsia...apatah lagi masa depan...tanya pada DIA yg maha mengetahui....easy as like that...no need to ask around so much as it might change something or can cause something that can be called dosa percuma...

Nur Fauzi Bassar berkata...

tak perlu persoalkan orang beli harta sah atau tidak.

perundangan sekarang ni adalah hukum takzir yang tak ada salahnya dari hukum syarak. jadi janganlah melenting tak memasal. peraturan yang tidak bercanggah dengan hukum syarak juga perlu kita ikuti. kalau tak apa guna ada pemerintah dan undang-undang yang digubal.

anda yakin nak beli, silakan. orang lain tak berminat, itu hal masing-masing.

saya di sini cuma bertanya dan mahukan kepastian, dan saya buat keputusan bahawa saya ragu-ragu dan tidak berminat. persoalkan keputusan saya yang bersifat pilihan peribadi? Anda buakan ahli keluarga dan kenalan rapat saya.

----------------------

yang membangkitkan hal istikharah.
hal istikharah tak perlu dalam semua benda. hanya melibatkan pilihan yang kita rasa 50-50. jika ada dua pilihan yang baik dan kita lebih cenderung pada satu pilihan, maka tak wajar ada istikharah.

sebelum istikharah juga Islam mengajar umatnya menyelidik dan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber termasuklah dengan cara bertanya.

Jadi tak salah saya bertanya di LAMAN BLOG SENDIRI. ANda tak sula, tekan butang ALT dan F4 serentak.

Tidak ada pun disebut dalam post saya bahawa syarikat ini pembohong dan menipu.

Nur Fauzi Bassar berkata...

saya bertanya untuk kepastian dan pertimbangan sendiri. kalau tak suka, tiada siapa melarang anda pergi.

Tanpa Nama berkata...

Hahah..lg 3 tahun bila istana korang dh siap atas langit memang gelakkan kuat2 org yg sengal beli rumah alfafa nih..org melayu bese ar x voley kene tegur,sama mcm isu pakman telo.tlgla jgn biarkan diri anda ditindas.

cheahmad berkata...

Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan betul2, lepas fikir dan kaji barulah solat istikharah (kalau belum juga dapat kepastian).

1. adakah proses yg tidak ikut undang2 konvensional boleh diterima pakai? ambil booking fee, tiada lesen pemaju dsbnya.

2. menurut alfafa, mereka akan melaburkan duit anda untuk membeli tanah dan menjual kembali tanah itu untuk mendapat keuntungan. tetapi, apakah bentuk jaminan yang diberikan yang mereka akan berjaya dalam pelaburan tersebut atau adakah anda percaya bulat2 shj?

3. kos untuk membina rumah kos rendah adalah RM50 psf. untuk saiz 1,750 sqft maka kos pembinaan shj sudah RM87,500. ditambah pula kos untuk memberi elaun sebanyak RM500x36 bulan = RM18,000. jumlah kos = RM105,500. ini tidak termasuk kos2/fee lain.

Tanpa Nama berkata...

PADA PANDANGAN SAYA MEMANG SALAH.. KERANA ALFAFA SUDAH MENGAMBIL WANG DAHULU DARI PEMBELI .. DAN PEMBELI MEMBAYAR BULAT2 KEPADA ALFAFA... PIHAK ALFAFA PULAK MEMBERI ELAUN RM500.00 SELAMA 3 TAHUN... SEPERTI PELABURAN DAN KEUNTUNGAN DIBAYAR KEPADA PEMBELI.. BERERTI PEMBELI KENA BUAT PINJAMAN PERIBADI UNTUK MENDAPATKAN RUMAH TERSEBUT.. TANPA MENGETAHUI STATUS TANAH DAN TERPAKSA MENANGGUNG RISIKO YANG TINGGI..

BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA... RAKAN SAYA ADA MENBUAT PINJAMAN BANK UNTUK MEMBINA RUMAH SENDIRI.. RUMAH YANG HENDAK DIBINA HENDAKLAH DIATAS TANAH SENDIRI.. BERERTI TANAH TERSEBUT AKAN DICAGAR PADA BANK SEKIRANYA TIDAK MENJELASKAN SEMULA PINJAMAN BANK TERSEBUT...

UNTUK KEPASTIAN LEBIH BAIK RUJUK PADA BANK NEGARA MALAYSIA...

Ahmad berkata...

Just to share kpkt sidang media bertajuk "ORANG AWAM DAN KONTRAKTOR JANGAN TERPEDAYA DENGAN PROJEK RUMAH MAMPU MILIK (RM96,000.00 – RM195,000.00 SEBUAH) OLEH SEBUAH KOPERASI DI SEMENANJUNG MALAYSIA"

http://www.kpkt.gov.my/media_akhbar/siaran_jpn.pdf

dan info berkenaan perjanjian salam,

http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_banking#Bai_Salam

Highlight,
- It is necessary that the quality of the commodity (intended to be purchased through salam) is fully specified leaving no ambiguity which may lead to a dispute. All the possible details in this respect must be expressly mentioned.

Nur Fauzi Bassar berkata...

undang-undang dibuat untuk melindungi pembeli juga. kenalah beringat.

kalau nak juga, teruskanlah niat itu.

Tapi alangkan kontrak untuk jadi duta syarikat pun berdalih nak tandatangan...dah cukup berikan satu impak buruk.

Che Ahmad berkata...

Boleh lihat post saya yang terkini mengenai perumahan alfafa

Nur Fauzi Bassar berkata...

minta che ahmad bagi link untuk bacaan. tak jumpe pulak. terime kasih.

Che Ahmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Bagi saya projek ni tak masuk akal..rumah PPRT yg buat atas tanah sendiri tak de konkrit yg kuat pn kerajaan belanjakan dekat 40k..

Tanpa Nama berkata...

Itu tender kerajaan.. ketua bhagian makan..ketua cawangan makan.. aku punya komen.. aku punya pasal lah.. tak suka tekan alt f4.. kua..kua .. admin perasan bijak..

Nur Fauzi Bassar berkata...

ape admin? ingat ni FB page ke.

kontraktor kecil berkata...

saya seorang kontraktor kecil selama lebh 10tahun. buat rumah, buat renovationm, ambik sub dsb nya. saya ada pengalaman dengan rumah mesra rakyat. saya dah diapkan 2 rumah mesra rakyat, tapi saya tak ambung untuk buat lagi.

ini yg saya nak kongsi. harga rumah mesra rakyat sebetulnya dlm range 79K-99K. dengan subsidi kerajaan, owmner cuma perlu bayar untuk 49-59K shj (lebih kurang).

dengan harga sebegitu, saya cuma dapat untung bersih sebanyak lebih kurang 5K shj untuk lebih kurang 40-50 hari bekerja (lepas tolak gaji pekerja, bahan mentah etc). itulah gaji saya. byk kontraktor seperti saya terpaksa menjadi lebih 'kreatif' untuk dptkan untung lebih sedikit (bukan banyak, tapi sekurang2 berbaloi untuk dibawa pulang selepas 40-50hari bekerja). saya tak mahu menjadi sgt 'kreatif' sebab rumah adalah tempat tuanrumah akan duduk bertahun2, dan saya mahu mereka duduk dgn selamat.

apa yg saya nak kongsi disini adalah, sgt mustahil untuk mendapat rumah banglo dgn spesifikasi yg diterangkan, apatah lagi BESERTA tanah pada harga 89K-100K.

jadi pada org melayu diluar sana, jgnlah mudah tertipu. org melayu ni paling mudah ditipu. cuma susah sikit je drp orang asli. gores dan menang, skim cepat kaya, emas kertas dsbnya. jgnlah disebabkan penjual menggunakan sentimen melayu dan islam, kita terus termakan dan berserah pada takdir.

ingat, Allah itu Tuhan kita, bukan pesuruh kita. kita yg harus berusaha menyelidk, berfikir. seperti membiarkan kuda tanpa diikat dan bertawakal pada Allah agar kuda tidak lari.hilang, adakah kita berfikir yg Allah itu pengembala kuda kita?

Tanpa Nama berkata...

Jumpa sendirilah Ustaz Norsham di Alfafa Group..jangan buat fitnah dan macam2 tanggapan..mungkin ada strategi yg mereka buat..kalau nak tipu orang dah lama company nie tutup..dan mereka ada pengalaman buat 26 buah rumah teres yg sangat murah..dan telah di serahkn kpd semua pembeli..nama pun perjanjian salam..tgk lah akad..dan tanyalah peguam mereka Zalila & Co.. semua ada hitam putih ..wallahu'allm

Tanpa Nama berkata...

Setuju..sy pon cm ragu2 jgak dgn projek ni..tp why not kite g jumpe sndiri ustaz Norsham 2..bwk kwn2 yg mne tau psal undang2 & arif tentang hal2 perumahan ni ke taklimat2 alfafa..kt situ kite bleh berdepat tentang pendapat masing2..mne yg xbtol boleh cantas teros...

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn tuahjemari..kaji dulu business model alfafa..dlm pengetahuan saya perjanjian salam ada dalam hukum jual beli islam..memang penjanjian ni x di iktiraf pihak berkuasa...tapi jika kita kaji iannya mematuhi syariah dan free from riba yg nyata dan riba back door..Allahu 'alam..

Tanpa Nama berkata...

Saya minat dengan perumahan ni..Tapi nak buat atas tanah sendiri.Tengah selidik n kumpul feedback dahulu..

Tanpa Nama berkata...

Istana atas langit korang dh siap ke wakakaka?

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.. nasib belum byr deposit. Nyaris tertipu

izah berkata...

Alhamdulilah.. saya dh book rumah ni. tp sy book sewaktu harga rm139 ribu. skrg sudah naik 149 ribu.. utk pengetahuan semua.. jenis banglo 9 yg saya book ni akan naik 10 ribu setiap 3 bulan.. kepada yang ragu ragu, masih blm terlambat utk anda beri peluang pd diri sendiri utk dgr dulu dr pihak alfafa ttg konsep rumah ini. tentang kes boy iman, ada artikel mn mn yg mengatakn alfafa group berslh? dan ada x mn mn dakwaan dr pihak pembeli yg mengatakn mereka ditipu? sy dh google hbs hbs sblm saya book dan sy dapati tiada sesiapa yg mndakwa mereka tertipu.. anda blh add ustaz dan semua pekerja atau fanpage alfafa.. alhamdulillah tiada keraguan lg.. harap penjelasan dpt mmbantu mereka2 yg masih ragu2 :)

Tanpa Nama berkata...

Kaji dan bertanya sana sini adalah sebahagian dari ikhtiar. Ikhtiar adalah wajib. Islam adalah progresif.

Tanpa Nama berkata...

Sy ingin tahu maklumat lanjut.. sbb mcm berminat.. boleh email ke ahmadkamarol@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Salam izah..boleh email no telefon utk sy hubungi.. sy pun berminat. email sy ahmadkamarol@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Assalam izzah...mhn email detail info yg izzah dpt nnsalinan agrement yg byk d bangkitkan utk sy lbh meyakini....

babashuk78@gmail.com

Ok tq izzah....

Tanpa Nama berkata...

Assalam izzah...mhn email detail info yg izzah dpt nnsalinan agrement yg byk d bangkitkan utk sy lbh meyakini....

babashuk78@gmail.com

Ok tq izzah....

Tanpa Nama berkata...

Bnyk btol info..ada yg ckp mcm tu..ada yg ckp mcm ni,..peningggg...sblm ni ada gak berminat...almaklumlah murah...tp bila baca info terus png nk buat kptsan...

Tanpa Nama berkata...

Dah dapat rumahnya? Apa perkembangan rumah awak sekarang?

Tanpa Nama berkata...

Maaf saya menyelit. Saya tiada kaitan langsung dgn alfafa. Cuma saya hairan,kenapa kita lebih percaya dgn 'keyboard warrior' yg sekadar berani taip sahaja? Saya lihat komen2 negatif ni semua bukannya dtng dari pembeli alfafa,tpi dari mereka yg hanya tahu menjatuhkan bisness org melayu kita.
Kita ni islam. Sangka baik itu perlu. Kenapa kita tak pergi office mereka,bertanya persoalan 'kenapa itu kenapa ini kenapa kenapa' kepada pihak alfafa sendiri? Kenapa tak pergi taklimat yg dianjurkn oleh alfafa?
Saya hanya pelik. Saya buat research pasal alfafa,saya mcm anda,bce blog bce komen,tpi mostly negatif.
Saya tercari jugak komen negatif dari PEMBELI ALFAFA,tpi tiada. Semua komen negatif dtng nya dari mereka yg hanya beranibersuara di laman sosial sahaja. Kenapa tak dtng office alfafa dan lepaskn segala persoalan anda? Kenapa tak report tentang kesalahan alfafa? Saya pun ingin tahu kebenarannya. Saya tidak percaya alfafa bulat2,dan saya tidak percaya anda pengkomen negatif bulat2. Saya research.
Saya ada terfikir,kalaulah alfafa ni salah,kenapa pejabat alfafa di mutiara gombak dan di sesetengah negeri masih gah? Lagii bertambah tambah pejabat alfafa. Kenapa pihak berkuasa tak tutup perniagaan alfafa? Kenapa anda semua tak report tentang kesalahn alfafa? Seriess,saya tunggu masa je alfafa tu tutup mcm anda ckp 'alfafa penipu',tapiiu still gahh. Perumahan alfafa,kenapa tak dirobohkn kalau salah? Mana mungkin pihak berkuasa takut kot. Anda mungkin takut,hanya berani dekat laman sosial sahaja. Tpi pihak berkuasa? Kenapa tak tutup lgi perniagaan alfafa? Kenapa tak robohkn rumah2 alfafa? Knapa tak robohkn rumah contoh alfafa? Saya keliru. Kita ada akal,kita boleh fikir.

Tanpa Nama berkata...

Saya berminat utk membeli rumah dgn alfafah.tp x tau cmne.memandagkan sy dr johor dan agak terhad pergerakkan sekiranya ingin pergi ke gombak...ade alternative lain ke? Minta penjelasa.atau bole berhubung dgn saya di pejandt78@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah sy sudah book dan bayar penuh! Ada yg mendoakan kami menunggu istana kayangan tak kesampaian? Kita tunggu dan lihat. Perjanjian rumah 3 tahun. Kalau sy beli rumah dengan pemaju cina pun 2 - 3 tahun jugak kene tunggu tp itu tokey markip byk tinggi leh.. eh btw alfafa bukan pemaju hartanah, mereka kontraktor rumah berdaftar dengan cibd boleh cek dgn cidb ye..konsep dia mcm kita nk bina rumah kg. Beli tanah pertanian yg murah2 tu rm50k-rm100k je. Pastu pecah lot n dpt 6 bijik lot, so buat rumah banglo 6 bijik. Sebijik serah kat buyer yg dh bayar rm89k td lagi 5 biji alfafa jual la dgn harga current market. Itula untung dia..ada byk lg tips n tricks yg alfafa pakai..sy dh bertanya..kenapa 3 tahun menunggu? Proses nk tukar status tanah n pecah lot la..tula ni jenis beli je rumah cina buat..ko tak tau cina pun go thru proses yg sama..malas aku nk citer lg..yela kan ada yg ckp kami pembeli rumah alfafa ni dungu..huhu

Tanpa Nama berkata...

Betul apa yg awk ckp. Sye pn antara penempah banglo alfafa ni. Sebelum sye tempah,sye cari maklumat pasal alfafa ni. Bnyk pihak sye dgr. Mcm2 sye fikir sebelum menempah. Tpi Alhamdulillah,lepas pergi dgr sendiri taklimat yg ceo alfafa smpaikn,sye dah faham skrng. Oh ye,sye antara manusia yg so sensitif and so meneliti sebelum beli apa2. Tpi pegawai alfafa sabar layan sye dgn soalan2 merepek sye.
Kepada awk awk semua yg keliru bagai tu,pergilah dgr taklimat sendiri. Tnya sendiri pegawai dorng tu secara personal. Tak penatke dgr dari dorng2 yg tak tahu apa2 ni. Pengalaman beli rumah pn takde,ada hati nk komen. *flip tudung*

hakimi.. berkata...

salam..

Saya berasal dari SABAH antara pembeli rumah terawal bagi produk baru alfafa banglo 7.. harga yg ditawarkan RM 57k pada September 2014.. alhamdulillah semua syarat dipatuhi.. elaun diberikan setiap 2 haribulan x pernah miss.. sebelum beli, kaji dulu.. tak pasti hubungi ustaz norsham sendiri.. perjanjian juga valid.. perjanjian salam ( atau bai'ah ) boleh google sendiri.. cuba fahamkan.. yg pastinya tiada laporan atau aduan yg pernah dikeluarkan oleh pembeli rumah banglo alfafa 7 dan 9 selama ini.. dari mane korang dapat info alfafa ni menipu??

nak maklumat lebih atau berminat khususnya dari sabah boleh email sy hakimij84@gmail..

imhafluz berkata...

boleh bagi update lagi x. sape yg beli rumah buat pinjaman melalui koperasi alfafa

Tanpa Nama berkata...

Saya baru shj membeli banglo 7 dengan harga promosi RM50K..tapi sy tak layak menerima alaun bulanan sebanyak Rm250 kerana harga yg ditawarkan memang dah murah. Tempoh menunggu selama 4thn. Sy rs takde masalah sbb sy mmg dah ada rumah sndiri dan tak perlu tergesa2 nak duduk umah lain. Apa yg saya dapat ialah tanah seluas 60x90kaki beserta sebuah rumah berkeluasan 1,500kaki persegi..3bilik tidur 2bilik air.

Sebelum sy membayar sejumlah wang yg agak bnyak (50k) kpd pihak alfafa, sy telah mengkaji sedalam2nya syarikat ini. Syarikat ini bukanlah syarikat pemaju. Dibawah alfafa holding ni bnyak perniagaannya dan semua perniagaan tersebut telah didaftarkn kepada ssm (boleh cek) dan salah satu cabang bisnesnya adalah kontraktor binaan..boleh cek cibd untuk keterangan lanjut.

Jadi, dengan sejumlah wang yg kita bg pada syarikat alfafa ni, mereka akan membeli tanah pertanian dan akan membuat proses pecahan lot sebnyak 6lot banglo atas tanah 1 ekar. Lot2 yang telah dipecahkan akan dijual kepada umum dengan harga semasa. Jadi, alfafa telah mendapat keuntungan dari jualan lot2 tersebuat bermodalkan wang yg kita beri padanya untuk tempahan banglo. Situasi ini menampakkn win win situation bg sy. Pembeli membantu dengan bayaran cash untuk alfafa membeli tanah. Dan alfafa akan menjual lot2 banglo tersebut dan mendirikan rumah untuk pembeli pula..

Sy juga telah menghubungi pihak peguam yang menjadi perantara perjanjian 'salam' ini antara pembeli dan alfafa. Ternyata dokumen2 yang ditandatangi sah dan valid mengikut undang2. Pembeli yg ingin melantik peguam lain dengan kos sendiri juga dialu2kan oleh pihak alfafa.

Bagi saya, untuk melihat keberhasilan program alfafa ni bermula tahun depan bulan 3. Tak silap sebnyak 189buah rumah siap pada tahun hadapan yg mana telah cukup tempoh matang menunggu selama 3thn. Jadi, kemungkinan pd tahun tersebut baru ramai yg akan buka mata dan mempercayai sistem ini. Dan mungkin pd tahun tersebut rumah yg ditawarkan agak mahal sedikit dari sekarang kerana harganya akan meningkat setiap 2/3 bulan. Mungkin akan jadi harga semasa..

So, buatlah kajian tentang syarikat ni..pergi bertanya sendiri dengan pihak berkuasa atau sebagainya. Jgn sekadar mendengar dari satu pihak shj..

dari saiful (n9)

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi pegawai pemasaran saya ummu sulaim (018-3536312).. sebut nama sy, pasti ada discount..hehe

Cakar otak berkata...

Askm; semoga saudara d murahkn rezki. Sedikit cakar otak dari saya. Katakn alfafa beli tanak seekar 100k dan buat rumah banlo 10 biji dgn harga 100k sebiji, maka kos alfafa semua 1.1 juta. Katakn alfafa jual 6 lot sekarang dgn harga 89k selot, maka 6 lot dapat 540k. Selpas 3 tahun slfafa mnjual 4 baki rumah siap dgn harga 250k sebiji, jmlah jualan alfafa total adalah 1.54 juta, berbanding 1.1 juta kos, masih ada keuntungan. Apa pendspat tuan?

Cakar otak berkata...

Askm; harga tanah 100k, kos bina 10 unit banglow 100k sebiji, 1 juta. Kos total 1.1 juta. Alfafa jual 6 lot awal pd harga 89k total 540k dan jual unit baki selps siap pd harga 250k seunit sebnyk 4 unit berjumlah 1 juta. Hasil alfafa 1.54 juta, berbanding kos 1.1 juta. Alfafa cerdik!

Tanpa Nama berkata...

cik flipper tudung kata kita xda pengalaman beli rumah tp nk komen hahaha funneh..tahukah anda kebanyakan otai2 hartanah/financial advisor is againts skim ni?nak tau tak brp byk hartanah mereka ada? x payah ckp byk..sy dh byk nampak benda mcm ini..bila dh tersontot semua diam membisu.alahaiii

Tanpa Nama berkata...

tersontot dan menyontot niiii x lama lg

Tanpa Nama berkata...

doakan x tersontot.. biase la melayu dengki.. x melayu la kalu x dengki..

Tanpa Nama berkata...

En Cakar Otak dan pembaca2 lain,

1. Tanah satu ekar cuma boleh pecah kepada 6 lot banglo ini adalah kerana keluasan tanah bersih yang boleh dibangunkan adalah kurang dari keluasan kasar. hanya 60% luas tanah dapat dibangunkan kerana Alfafa perlu sediakan jalan, rezab surau dll. jika tanah satu ekar = 43,560 kaki persegi, maka luas yang boleh dibangunkan cuma 26,136 kaki persegi.

2. kos untuk membuat satu unit banglo alfa bukan RM100,000. Kos pembinaan sekarang adalah RM120 sekaki persegi. Keluasan rumah alfafa adalah 35x50 iaitu 1,750 kaki persegi. maka, kos pembinaan adalah RM120 x 1,750 = RM210,000. Ini belum termasuk kos-kos lain.

3. Untuk membina satu unit banglo alfafa, pihak alfafa perlu mencari 6 pembeli lot yang telah dipecahkan tadi untuk cover cost di atas. Terdapat risiko jika Alfafa gagal mencari pembeli.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Tanpa Nama 20 Mac 2015 5:10 PTG

Ini ulasan saya dalam [ ]:

Maaf saya menyelit. Saya tiada kaitan langsung dgn alfafa. Cuma saya hairan,kenapa kita lebih percaya dgn 'keyboard warrior' yg sekadar berani taip sahaja? Saya lihat komen2 negatif ni semua bukannya dtng dari pembeli alfafa,tpi dari mereka yg hanya tahu menjatuhkan bisness org melayu kita.

[Keyboard warrior atau bukan, yang dilihat adalah hujahnya, adakah berdasarkan fakta atau sentimen? jika yang menulis itu memang arif dalam bidang hartanah, maka tidak timbul isu seseorang itu keyboard warrior!]

Kita ni islam. Sangka baik itu perlu. Kenapa kita tak pergi office mereka,bertanya persoalan 'kenapa itu kenapa ini kenapa kenapa' kepada pihak alfafa sendiri? Kenapa tak pergi taklimat yg dianjurkn oleh alfafa?

[apakah yang membuatkan anda membuat sangkaan mereka tidak pernah pergi ofis dan bertanyakan soalan. Malahan, kerana mendapat jawapanlah mereka berkongsikan pandangan mereka! oleh kerana sebagai orang islamlah kita mesti saling tegur dan memperingatkan jika ada sesuatu yang tidak masuk akal]

Saya hanya pelik. Saya buat research pasal alfafa,saya mcm anda,bce blog bce komen,tpi mostly negatif.
Saya tercari jugak komen negatif dari PEMBELI ALFAFA,tpi tiada.

[komen negatif dari pembeli alfafa pada waktu ini tiada yang negatif kerana masing2 mendapat elaun yang dijanjikan. jika anda dapat berikan testimoni pembeli yang telah mendapat rumah, itu lebih baik. ada tak?]

Semua komen negatif dtng nya dari mereka yg hanya beranibersuara di laman sosial sahaja. Kenapa tak dtng office alfafa dan lepaskn segala persoalan anda? Kenapa tak report tentang kesalahan alfafa? Saya pun ingin tahu kebenarannya. Saya tidak percaya alfafa bulat2,dan saya tidak percaya anda pengkomen negatif bulat2. Saya research.

[report telah dibuat kepada KPKT dan pihak KPKT telah memberikan amaran]

Saya ada terfikir,kalaulah alfafa ni salah,kenapa pejabat alfafa di mutiara gombak dan di sesetengah negeri masih gah? Lagi bertambah tambah pejabat alfafa.

[ini adalah kayu ukur yang lemah. bilangan bertambah kerana ramai orang percaya dengan janji Alfafa. hujah yg sama saya boleh gunakan ketika skim2 cepat kaya sedang mendapat sambutan hangat. tetapi apa yang terjadi selepas itu?]

Kenapa pihak berkuasa tak tutup perniagaan alfafa? Kenapa anda semua tak report tentang kesalahn alfafa?

[pihak Bank Negara Malaysia diketahui memang lambat bertindak dalam kes2 mengutip deposit sebelum ini. apabila sudah bertindak ramai yang telah terpedaya. di pihak kpkt pula akan terjadi kesalahan apabila alfafa membina lebih dari empat rumah tanpa lesen. buat masa ini Alfafa masih belum mebina rumah yang ditempah dan tidak melanggar akta pemajuan perumahan. alfafa cuma bina rumah contoh]

Seriess,saya tunggu masa je alfafa tu tutup mcm anda ckp 'alfafa penipu',tapiiu still gahh. Perumahan alfafa,kenapa tak dirobohkn kalau salah? Mana mungkin pihak berkuasa takut kot. Anda mungkin takut,hanya berani dekat laman sosial sahaja. Tpi pihak berkuasa? Kenapa tak tutup lgi perniagaan alfafa? Kenapa tak robohkn rumah2 alfafa? Knapa tak robohkn rumah contoh alfafa? Saya keliru. Kita ada akal,kita boleh fikir.

[jawapannya kerana ia menanti roboh. anda harus menilai dari segi fakta untuk mengetahui sama ada sesuatu syarikat itu menipu atau tidak. bukan dari segi perniagaan yang laris. ini kerana skim2 cepat kaya dulu juga pernah laris dan mendapat sambutan sebelum tersontot.]


harap penjelasan ini boleh diterima akal.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu. Takut jadi macam Platinum Lane yg di Kulim sekitar 2000. Dah berbelas-belas tahun beroperasi. Biras dah hampir sepuluh tahun dpt dividend. Pergi ke pejabat, mmg sgt menyakinkan. Ada pelbagai anak syarikat. Ada pasaraya. Abg ipar jadi kontraktor yg renovated pasaraya tu. Cek pun dah dpt Rm80,000. Esok nak bank in. Dia pun ada melalui rm25,000. Suami pun ada join rm5000. Saya jenis lambat percaya setelah berkali2 diyakinkan utk join. Sudahnya bersetuju. Smlm dah keluar duit utk serah esok pagi..... Esok paginya, platinum lane kena serbu dgn Bnm sbb ambil deposit org awam tanpa lesen. Selepas Berbelas-belas Tahun baru kena serbu. Saya, Alhamdullillah terselamat tak sempat bg duit. Suami walaupun join tapi dividend dah dpt lebih sedikit dari rm5000. Yg kesian, Abg ipar. Cek Rm80,000 tak sempat bank in. Pelaburan rm25,000 baru dpt seribu lebih. Terduduk lama dia. Baru setahun dua ni nak bangun semula. Jadi jadikan sempadan cerita saya ni. Terpulanglah utk fikir sendiri....

Ain Humairah berkata...

Saya mmg tertarik dengan iklan rumah ALFAFA.. Sy search ALFAFA dah lama buatkan skim untuk beli rumah tapi tp saya GAGAL mencari owner yang dah dapat kunci rumah dan dah duduk selesa dlm rumah masing2. Yang saya dapat tgk semuanya pertikaian dah mcm berbalas pantun pula.

Kalau sesapa yang dah dpt rumah tu selepas tunggu 3/4/5 tahun spt yg dijanjikan dalam perjanjian salam tu boleh tak post kat mana2 n bg link. Kalau sedara or adik beradik pya pun takpe. taknaklah cerita psl org lain yg dpt puler kan. Yg tu mmg sgt diragui. Terima kasih ;)

Terima kasih juga tuan tanah. penuh komen kt sini hehe

Nur Fauzi Bassar berkata...

Tiba-tiba pulak post ni naik balik. Ramai pulak yang cari dan baca.

Tertanya-tanya juge ade tak yang dah dapat kunci dan selamat duduk kat rumah tu. Kalaubada boleh sebar2kan dan bagi cara nak hubungi.

Akukah Lelaki Itu berkata...

mcm mana dengan geran tanah? katanye geran dikongsi dan bukanye individu.. kalau kongsi kite perlu pecahkan.. semua akan ditanggung oleh pembeli... nak settle bukan mudah mungkin ambil masa 6-7 tahun.. tu pon kalau bole settle.. difahamkan juga kos saliran, tiang lampu, air, jalan cable2 dan permohonan sah duduk juga akan dimohon sendiri oleh pembeli.. tu pon kalau diluluskan. kalau tak lulus air dan api susah nak masuk. kalau rumah tak siap kita juga tiada dokumen hitam putih untuk saman semula. duit dah bayar cash tapi rumah lepas 3-4 tahun tak siap dan terbengkalai. sayang duit oi... nak adu kat sapa? sbb yg buat buat pemaju (yg berdaftar).. tapi kontraktor sahaja... kalau nak beli jugak kene ada peguam kite sendiri.. supaya tidak tertipu.. peguam kite pon nak byr oi.... adus... pastikan anda mendapatkan peguam untuk memastikan perjanjian yang ditandatangani adalah adil dan melindungi hak anda sebagai pembeli yang meliputi perkara-perkara berikut:



1. Pastikan pihak pemaju menyiapkan rumah dalam tempoh yang dijanjikan dan memperuntukkan denda atau penalti ke atas pemaju sekiranya lewat siap;

2. Pastikan spesifikasi rumah (bahan/material) yang disediakan/digunakan untuk membina rumah adalah seperti yang dijanjikan;

3. Pastikan pihak pemaju menyiapkan kerja-kerja infra seperti jalan masuk ke rumah anda, bekalan air dan elektrik, saliran dll;

4. Pastikan geran individu dengan kegunaan bangunan kediaman yang diperoleh atas nama anda dan tiada sebarang sekatan kepentingan;

5. Dan lain-lain nasihat peguam anda.

Tanpa Nama berkata...

Alfafa ni niat baik tp cara salah.

Syarat pelik.ada ke nk dakwah siap tawar rumah murah. Nabi dakwah siap berhabis duit. ni untung lg. 18/102,103,104 - Nak buat baik ikot cara alloh.

Tanpa Nama berkata...

sy pn nk tau prkmbgan rumh skang..

Tanpa Nama berkata...

Salam... saya nak tanya ada sesiapa pembeli perumahan alfafa di sini? Apakah perkembangan sekarang? Sudah ada yang dapat kunci. Saya memohon sedikit pencerahan sebelum membuat pelaburan.

Tanpa Nama berkata...

Saya tengok komen ada yg dah beli sejak 2013. Cuma saya nak tahu mcm mana perkembangan terkini rumah yg dibeli ? Adakah dah siap atau tidak ? Jika siap say berminat nat tengok baru saya yakin nak join ALFAFA

Tanpa Nama berkata...

syarat pelik kenapa wajib masuk kelas Agama?sebab nk mangsa2 bersedia la kalau jadi pape kena redha la chuolss

Hasrol Ishak berkata...

Jawapan mantop

Hasrol Ishak berkata...

Bg sy la bro... scam ni bau dia pun dah tau..buang Masa siasat.. biasa la kerajaan sentiasa lambat ambil tindakan.. bnyk la scam kat malaysia ni idup bertahun2 tanpa gangguan..

Tanpa Nama berkata...

teringat kes tb je

Tanpa Nama berkata...

Dah ada org dpt kunci rumah ke utk projek ni?

Tanpa Nama berkata...

Sebabnya..ramai org islam yg tak tahu mengaji, solat pun jarang buat..itu salah satu konsep dakwah..bukannya suruh pg dangdut ke, disco ke..ada jugakla org Islam yg fikiran kolot mcmni..nk mengaji pun berpaksa2..

Tanpa Nama berkata...

Tahun depan bulan 6 tuan baru siap batch pertama..kita tunggu tahun 2016 ya..harap bersabar

Tanpa Nama berkata...

Ikut perjanjian 3thn siap..so tunggula thn depan (2016) bulan 6 rumah saya siap di gombak..kg pusu..nanti sy buat open house..jemput dtg ya..

Tanpa Nama berkata...

Kaedah berdakwah berbagai2 tuan..bukan sekadar kita tabur duit sana sini shj..Pembelian rumah dngn syarat mengikuti kls agama juga salah satu dakwah..so, jgn sempitkn pemikiran anda. Medan dakwah sungguh luas.. tanya diri sendiri balik, apa yg kita dah buat pada agama kita..apa jasa kita..klu zero, jgn nk kondem org lain yg berdakwah pulak..ada faham

Tanpa Nama berkata...

Tuan akulah lelaki itu pasti mendengar cakap kaldai atau lembukn. Lain kali dengar penjelasan org yg faham konsep alfafa..jgn dengar cakap org yg jahil. Geran individu, infra ada..api air dh tentu dimasukkn..ada perjanjian..semua yg termaktub dlm prjanjian akan dilaksanakan..klu tak ikut, syarikt alfafa blh disaman..len kali selidik sebelum tulis ya..

Tanpa Nama berkata...

Sebab apa belum dapat kunci? Sebabnya tempoh menunggu 3thn bg batch pertama bulan 6 tahun 2016.. dah sampai tarikh tu besok pergila buat lawatan rumah ke rumah yer..haha

Tanpa Nama berkata...

Sebabnya platinum tu ambil duit semberono je...alfafa ambil duit siap ada perjanjian..dah tandangan kedua belah pihak..

Tanpa Nama berkata...

Alfafa bukan sekadar bergantung kepada penjualan tanah shj..melambak lagi bisnes lain yg boleh menyalurkan keuntungan kepada syarikat..cuba cek perniagaan2 alfafa..semuanya berjalan baik...siap ada cawangn setiap negeri dan bngunan sendiri lagi..

Tanpa Nama berkata...

Inilah sikap yg paling malang sekali bg org melayu.. dah ada org nk bantu, didoakn yg tak baik.. mmg bodoh betul la mereka2 ni..ni geng2 afyan la ni..

Tanpa Nama berkata...

Pembeli bukannya org bodoh..mereka semua terpelajar dan kaji syarikat ini terlebih dahulu.. syarikat alfafa memiliki lebih 10 syarikat kecil dan perniagaan dibawahnya..perumahan ini cuma salah satu daripadanya shj..konsep jualan dan pecahan lot ni org cina dah lama buat dah.. org melayu je baru nk buka mata..

Tanpa Nama berkata...

Boleh hubungi pegawai pemasaran alfafa di fb.. blh buat pinjaman melalui koperasi alfafa.. dh lebih 20org yg berjaya dlm permohonan mereka..anda sendiri boleh cuba..

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan scam bro..ini betul2 punya.. i tak percaya u tanya org kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

Jgn baca komen org yg tak pernah beli dan tak tahu konsep..bertanya pd org sepatutnya..

Tanpa Nama berkata...

Tuan amat rugi.. kita tunggu dan lihat nanti..

Tanpa Nama berkata...

Tahn 2016 bulan 6 jemput dtg ke rumah saya di sg pusu gombak ya..ada bakar2 kmbing golek..jgn tak dtg pulak..gua rembat lu nanti..haha

Tanpa Nama berkata...

Selamat tersontot.

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya xperlu persoal pada.yg dah membeli..tunggu sahaja kunci rumah mereka..bg sy la..dorg yg dah beli pun cuak..takut kena gebang ngn geng ustaz2..hahaha..kita tgu ogos 2016..kalau betul alhmdulilah..kalau kena tipu..redha mardhatillah

Tanpa Nama berkata...

Jgn baca komen org yg tak pernah beli dan tak tahu konsep..bg sy dan rakan2 yg dah beli Alhamdulillah sngt..sebab kami dapat dengan harga murah.. rugi bg org yg lambat tempah..kesimpulannya, bertanya pd org sepatutnya..raya tahun depan jgn lupa dtg rumah kami.. kami buat open house yer..

Tanpa Nama berkata...

Maaf bertanya..andai kata rumah siap tahun depan 2016..so skrg ni msti da naik tiang..bole kongsi progres..dan kalu tak keberatan kepada pembeli rumah alfafa bole share detail untk yakin kn sy .. tq
Email :: mish.ftin@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Tiang rumah tu kt mana nampak x?

Tanpa Nama berkata...

Pertemuan Bersama Badan Tertinggi Alfafa
============================

Selesai pertemuan dengan Barisan tertinggi Alfafa . Kesian kami tak dibagi duduk atas kerusi walaupon meminta ambil kerusi yang banyak didalam bilik tersebut. Takpe lah dah tuan Rumah larang kami patuh jer. Adat bertandang. Tapi dapat potong kek birthday 'KHAIRUL EZUWAN TERSAYANG'.

Kesimpulan yang saya Boleh buat Dari pertemuan ini = Tiada persoalan yang saya bangkitkan yang mereka jawab. Jawapan mereka hanya "Itu rahsia Kami " Sama seperti KFC tidak mendedahkan recipe mereka pada orang ramai. Bagaimanakah 183 buah Banglo dapat siap dalam tempoh Tak sampai 1 tahun? Itu Rahsia Kami yang Kamu tak perlu tahu. Manakah tanah-tanah yang dibeli Dari duit pembeli yang mana akan dipecahkan lot & status bangunan dan dijual untuk modal membeli tanah dan bina rumah untuk penempah? "Itu Rahsia kami. Awak bukan Pembeli Awak takde Hak untuk tahu. Awak beli dulu, Kami akan bagitahu rahsianya". Oh nak kena beli dulu baru Diorang jawab. Ok

Bila berada dalam kelompok ini, dapat dilihat memang ramai orang Boleh dipengaruhi Lebih-Lebih lagi dengan watak keagamaan yang dibawa. Saya secara peribadi tidak tertarik langsung pon sebab saya mempunyai asas sebagai benteng .

Saya telah menunaikan tanggungjawab saya bagi mendapatkan info yang lebih detail dengan berhadapan. Dengan ini saya mengakui pendirian saya tidak berubah Malah lebih menambah keraguan saya bila berada dalam perjumpaan ini bersama mereka.

Saya Lebih yakin hari ini dengan pendirian saya sebelum ini secara peribadi menasihati orang ramai supaya tidak melibatkan diri dalam Skim Perumahan Tersebut. Ini PERINGATAN dari saya.

Saya tidak berhajat untuk menulis Lebih lagi mengenai mereka dan telah menunaikan Kewajipan saya berdepan dengan mereka sendiri. Tahap itu sahaja kemampuan saya dan saya tidak mempunyai kuasa lebih dari itu. Yang lain terpulang kepada pihak berkuasa.

Saya telah menyatakan pendirian tegas saya selainnya terpulang kepada anda sendiri. SAYA CUMA AKAN BERTANYA ANDA APA KHABAR KURANG SATU TAHUN DARI SEKARANG. Jangan kata tiada orang yang menasihati anda kelak.

Alhamdulillah Lepas satu tanggungjawab saya. Amin

-KEY-

Tanpa Nama berkata...

Betul ke ni jgn x jemput pulak..ni emel kalau iklas menjemput.atreyu@gmail.com

Zulnasri berkata...

apa khabar semua?? alhamdulillah dah nampak tiang dan dinding rumah. betul tak? sepatutnya...

arep zamry berkata...

Hai buyer rumah alpapapaappa tiang dah pacak ke belum??? Bulan 6 siap kan??? Bole le baraye hehehehehehehehehehe

arep zamry berkata...

Hehehe dah buleh cari lori dhnk ngankot perabot.huhu.tiang pastikan kukuh yerrrr :-p

Tanpa Nama berkata...

Apa update terkini ye? Senyap je dah bulan March 2016

Tanpa Nama berkata...

Apa khbar pghuni alpapapapa? Kmbing bkar skit

Tanpa Nama berkata...

ada sesapa yang rumah tengah progress tolong update

Tanpa Nama berkata...

aku tanya apa khabarrr?aku tanya apa khabar semuaaaa

Tanpa Nama berkata...

rumah dah siap ke?

annazanariah berkata...

Salam. Any updates on rumah alfalfa? Sy tgh tunggu masa nk join. Tp tak konfiden.. tolong update sikit ye..

MINWAN berkata...

Assalamualaikum. Saya berminat nk datang rumah Alfafa tuan. Boleh bg alamat... Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Apa perkembangan alfafa? Kalau ada yg dapat kunci rumah sy pun berminat juga.

Tanpa Nama berkata...

Xde update pun..dah tersontot ke?

Goro ThePickers berkata...

rumah da siap ke?

Goro ThePickers berkata...

aku tanya apa khabarrrr...hihihi

Goro ThePickers berkata...

wslm..dinasihatkan jgn yer..cari pages SAY NO TO MLM kt FB..sume dbongkar kan psl ni

Goro ThePickers berkata...

cari umh lain..yg ni mnipu je

Goro ThePickers berkata...

owh..yg 2013 tu djangka siap pd tahun 2033..xlama..lg 20tahun siapla.

Neo Zora berkata...

Salam. Alhamdulillah, hari ini, di tahun 2016, sebanyak 800 unit rumah banglo Alfafa sudah siap, beserta wiring, piping, rumput karpet dan jiran tetangga. Semuanya serba lengkap...


...dalam mimpi.

Tanpa Nama berkata...

Apa status rumah
Skrg dah julai 2016

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 24ogos2015
Rumah sdr dah siap ke?bila nk bt open house.
Dah lps raya ni.

Tanpa Nama berkata...

Ok
Dah bulan jun 2016 ni.
Mana rumah dah siap.
Kami nk bt lwtn smbil blajar dan makan kuih raya ni

Tanpa Nama berkata...

Dah siap ke blm?nk g open house ni

Tanpa Nama berkata...

Tarikh open house bila?
Kehkeh

Tanpa Nama berkata...

masih menunggu jemputan open house kambing bakar di sg Pusu, Gombak..nampaknya hanya janji pelesu...siapa2 nk jemput open house sila email atreyu@gmail.com..sy dok mengidam ni

Ingin tahu berkata...

Bagi alamat bang nk g raya time raya haji nanti...

Ingin tahu berkata...

Salam nak tanya mcm mana perkembangan sekarang?dah dapat kunci belum.buyer tlg reply.benda elok kita sama2 kongsi.benda tak elok sama2 kita jauhkan...

Ingin tahu berkata...

Mane yg buat umah kt gombak kg pusu tu? Tlg update perkembangan tuan...

Tanpa Nama berkata...

Xde pun jemputan!!! Tipu..Atreyu

makcikcantik berkata...

Kahkahkah padan muka kahkahkah

makcikcantik berkata...

Kahkahkah.. Terus diam tak berkutik kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak silap rumah di kuang selangor dah siap under alfafa group..sila rujuk di lorong setia 3 kuang..

Tanpa Nama berkata...

Tolong share gambar rumah

Tanpa Nama berkata...

Dah siap ke mahligai alfafa korang semua hahahhaahahahahahaahahahahahaahahahaaa

Tanpa Nama berkata...

Smalam baru tgk video ostad norscam nih kat fb. dia datang kat mesjid puncak alam promote umah 99K dia. Pastu kena halau dek orang sana.

Tanpa Nama berkata...

SAYA DARI MASA HADAPAN..OSTAD ALFAFA ADALAH PENIPU BESAR...RIDER AGAMA MEMPERKUDAKAN ISLAM...btw,.rumah banglo apa khabarr?..hahaha..mana dok sokong2 tu?

Tanpa Nama berkata...

Rumah atas tanah sendiri. Harga dr rm98k ke rm500k. Rumah konsep vframe dan interlock brick systems. Deposit 30% ke 50%. Agreement akan dikeluarkan oleh panel peguam kami. Emailkan ke wan.anarull@gmail.com kami akan hubungi anda. Tempoh menunggu 7-8 bln.

Siti Raodah berkata...

Assalamualaikum. Tuan dah dapat rumah?

Siti Raodah berkata...

Assalamualaikum..tuan dah dapat runah?

Mohd Nasri berkata...

Bang pm saya nk bg 100k free...kih3

Mohd Nasri berkata...

Izzah tgh garu kpala tu...jap lg dia balas...kikiki

Mohd Nasri berkata...

Izah tgh garu kpala tu...jap lg dia balas...hehe

Mohd Nasri berkata...

Mmg dh terbukti dungu...

Mohd Nasri berkata...

Kahkahkah tgh flip tudung lg ke kak

Mohd Nasri berkata...

Yela pembeli alfafa smua cerdik

Tanpa Nama berkata...

Kambing golek ke empunya badan dh tergolek skg?itulah degil bila org nasihat.lps tu menghasut org lain kena tipu sekali.betul2 bodoh

Tanpa Nama berkata...

Ckp pungpang2..ujung2 tersontot jua

Tanpa Nama berkata...

Dah lama tutup.ostad norscam pn dh melarikan diri woii

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...