Isnin, 15 Julai 2013

Air Terapi al-Khodafi TIPU?

Dapat dari FB Say No to MLM

Rujuk juga link ini : http://al-khodafi.com/khasiat-produk/kandungan-produk/

Terlebih dahulu, saya bukanlah anti kepada perubatan tradisional dan juga alternatif. Ada juga rakan saya yang menjadi perawat di Darul Syifa yang menggunakan ayat ruqyah untuk merawat pesakit.
Rawatan tradisional berasaskan herba, saya tak ada masalah.

Tapi bila sampai ke al-khodafi ni, terasa pelik bila tengok produk air terapinya.



Cubalah lihat sendiri kandungan yang dikatakan untuk menghasilkan air tersebut.

Saya akui ada kelebihan bagi air yang dibacakan dengan ayat quran dan doa. Lebih-lebih lagi bila dibacakan oleh mereka yang soleh.

Daripada maklumat daripada kawan-kawan yang pernah belajar di Darus Syifa, bukan senang sebenarnya nak belajar jadi perawat. Amalan perlu dijaga, ada zikir, doa dan ayat quran yang perlu dihafaz dan dibaca sebagai amalan seharian.

Tapi bila tengok pada terapi air Al-Khodafi ini, terlintas di kepala saya pasal MENJUAL AGAMA UNTUK DUNIA.

Ape itu Nano Hyronium? Adakah benar wujud dan apa relevannya dengan air terapi?

Bagaimana syarikat dapat teknologi itu? Dari mana? Apa alat dan mesin yang digunakan?

Apa perlunya air sarang anai-anai itu?

Apa perlunya anai-anai itu makan Quran?

Mana nak dapat sarang anai-anai begitu?

Ternak sendiri anai-anai bagi makan Quran?

Air hujan malam 10 muharam?

Berapa banyak stok yang ada?

Berapa tahun nak kumpul, sebab bukan tiap-tiap malam 10 muharam hujan turun?

Pada saya benda begini sudah dikira sangat mengarut.

Usaha untuk membacakan selawat, ayat ruqyah, ayat quran pada air memang boleh diterima. Tapi kalau masuk tang air sarang anai-anai tu....memang mengarut.

Serius.

Tak kisahlah ada nak kata 'nak runtuhkan perniagaan orang' ke, dengki ke, hasad ke, saya tetap tak bersetuju dengan air terapi al-khodafi ini.

Dan saya akan usahakan buat laporan pada pihak yang berkenaan. (memang serius nak buat).

Pada yang nak beli, batalkan saja. Banyak lagi produk yang lebih masuk akal ada di pasaran.

20 ulasan:

Admin berkata...

just nak tanya..bukan kita dilarang minum air yang dimasuki semut /anai2 ke?

Nur Fauzi berkata...

itu yang kawan jadi pelik.
memang meragukan betul produknye. banyak persoalan timbul. kenape tak guna sarang lebah ke?

Tanpa Nama berkata...

Cam kelentong jer

Wan berkata...

mengarut dan khurafat.semua ni gunakan agama utk keuntungan bisnes

Tanpa Nama berkata...

ishh entah ler.. yg teman tau sejak azali pergi masjid/surau tiap2 malam jumaat bawak sebotol air. baca yassin berjemaah. bawak balik botol tu kami minum sama2 ;) lebih bermanfaat kan? ermmm..

Nur Fauzi berkata...

tak dinafikan alau lihat sunnah Rasulullah s.a.w sendiri ada bacakan ayat quran pada air dan diminum.

cuma datang masalah bila, berlambak produk yang guna 'label' dibacakan ayat quran kemudian jual. menunjukkan ade unsur 'quran' tu membuatkan produk mereka ada nilai tambah berbanding dengan yang lain.

Nick Nashram berkata...

aku pun terkejut jugak bila baca kandungan air tu..siap boleh masuk anai-anai lagi..macam mengarut je tu.

Nur Fauzi berkata...

nick: bukan macam mengarut, memang mengarut pun. masyarakat tak la jahil benar nak percaye je semua.

BudakHitam berkata...

Yang xleh blah yang air hujan 10 muharram tiap hari jumaat. Byk pulak stok air hujan tu padahal 10 muharram 1 tahun sekali je. Tu pun belum tentu hujan bila 10 muharram hari jumaat setiap tahun.

BudakHitam berkata...

Anai2, air hujan 10 muharram hari jumaat. Belum tentu setiap tahun 10 muharram jatuh hari jumaat.nk tunggu hujan pun belum tentu hujan. Dapat kat dia byk pulak stok air hujan 10 muharram hari jumaat tu ek. Macam2 dah berlaku sekarang ni...

Nur Fauzi berkata...

senyap sunyi pemilik syarikat kena hentam.
jadi isu juge la seminggu dua ni

Billie Jean berkata...

Nabi dah ajar elok dah.
Nak suci hati, nak kuat iman, kena beramal cara Nabi ajar. ikut dan ja keluar produk tu, produk ni konon boleh buat macam-macam.

Takkan agama macam tu. Takkan Rasulullah diutus untuk supaya mengeluarkan produk-produk macam tu.

Sekadar pandangan saya. :D

Tanpa Nama berkata...

dasar kuat kencing pnjual air ni!! kalo ye pon nk bwat air penawar guna ayat quran xde la smpai nk suruh anai2 makan quran dlu. hamboih ko ni mlampau tahap gabab! ni la akhir zaman.. taubat2

Tanpa Nama berkata...

Kan? Air sarang anai2 makan al quran? klo mcm tu kite je la rendam al quran dlm air kasi telan terus.direct ayt alquran msuk dlm bdn kite...

Tanpa Nama berkata...

Waallahhualam..kebenaran atau bohong hanya Allah sahaja yg tahu..takut jgk klau kita tersilap cakap dah jd fitnah..apa pun biar siasat dahulu kebenarannya sebelum menghukum..takut2 Ramadhan kita hanya sia2..

Nur Fauzi berkata...

Peniaga itu juga perlu berhati-hati supaya tak menimbulkan fitnah.

Apa fungsi sarang anai-anai? perlu ke anai-anai itu makan quran untuk membolehkan kita guna sarangnya?
perubatan tradisional mana yang gunakan air sarang anai-anai?
kenapa tak guna sarang lain macam lebah ke, kelukut ke?

Yang benar itu jelas.

Tanpa Nama berkata...

Hanya mahukn keuntungan..ape saje manusia berani buat..

Tanpa Nama berkata...

padahal anai anai tu nak perli manusia...

Al-Quran dah ada tapi tak pernah baca sampai anai anai pun makan...

Unknown berkata...

Assalamualaikum semua.. Terima kasih kerana banyak mengulas tentang air terapi al khodafi ini.. Pertama sekali saya nk tanya 1 soalan saja kepada anda semua mengenai air al khodafi ini ialah mengapa kita perlu Memperbanyakkan unsur fitnah dan Memperbanyakkan sangkaan buruk kepada sesuatu produk yang telah dihasilkan oleh sebuah syarikat itu sendiri, sedangkan kita yang memberi komen seperti diatas tidak pernah pun melihat ataw pergi melawat tempat proses pembuatan kilang itu sendiri. Bahkan bahan yg dikongsi oleh sesuatu produk itu dikatakan berunsur ejekan, pelik, dan bahkan kita sendiri yang membuat andaian buruk sedangkan kita sendiri tidak pernah berhubung ataw berjumpa dengan mereka yang telah menghasilkan produk itu sendiri.. Barangkali mana kita tahu bahawa bahan yg dimasukkan ke dalam air terapi al khodafi itu adalah benar dan tidak mustahil bagi Allah untuk menghidupkan sesuatu benda itu dengan ksta yang mudah difahami, al-quran dimakan anai2 20 juzuk.. Saya mengaku sebagai pesakit mereka,saya pernah dirawat dengan kaedah menggunakan air ini.. Dan saya saya selidiki tempat kilang, dan bahan yang diletakkan ke dalam air terapi al khodafi ini kerana apa saya sanggup pergi ke tempat pembuatannya dan cara menghasilnya serta saya sendiri lihat bahan yg dilabelkan pada botol al khodafi rupanya semua itu, wujud dan mmg sahih ada sebenarnya.. Dan saya sendiri telah merujuk berjumpa dengan pakar kesihatan tentang sarang anai anai dan air hujan 10 Muharam yang menjadi isu panas sekarang ini yg mengatakan bahwa boleh ka nk ambil tadah banyak2 dan simpan bertong tong dirumah.. Allah hu akbar... Demi Allah yang boleh saya katakan... Saya memang kagum dengan bahan yang mereka miliki kerana airnya lain dari yang lain....Bila kita tidak pernah merasa untuk merawat hati dan jasmani kita.. Maka datanglah berduyun duyun buruk sangka yg berunsur fitnah kerana kita tidak sedar bahawasanya hati kita mati tidak dapat melihat kebesaran Allah.. Itu saja hakikatnya.. Wallahuaklam.. Hanya orang yang hatinya hidup dengan Allah yg akan nampak segala sesuatu yg terjadi semuanya kembali kepada Allah..

Nur Fauzi berkata...

Banyakkan membaca.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...