Isnin, 22 Julai 2013

Minum air rambut nabi?

Saya kira hal ini jadi kecoh seketika di Facebook.



Ada insan yang menawarkan perkhidmatan memberikan air yang dicelup dengan rambut Nabi Muhammad s.a.w. dengan bayaran yang tertentu.

Adakah boleh begitu? Minum air celupan rambut nabi untuk dapatkan keberkatan?

Saya tak tahu

Sejujurnya saya kurang jelas dengan hal ini. Jadi saya buat carian di internet DAN BERTANYA pada sahabat-sahabat (ustaz-ustaz) yang saya yakini. Ini antara manfaat berkawan dengan orang alim ni. Tak tahu, boleh tanya. hehe.

Jadi berdasarkan sedikit bacaan dan maklum balas daripada soalan yang diajukan, saya dapat sedikit pencerahan berkaitan masalah ini.

Saya tak mahu muatkan segala hadith dan mafhum semuanya disini. Anda boleh buat carian sendiri. Ada banyak web dan blog yang memuatkan hadith berkenaan bertabarruk (ambil berkat).

Tiada masalah jika kita mengambil berkat daripada Nabi Muhammad s.a.w. Sama ada melalui air celupan rambut, pakaian, bekas minum dan lain-lain. Sebahagian kita juga maklum dengan peristiwa Nabi Muhammad s.a.w memberikan rambut yang telah dipotong kepada sahabat dan dibahagikan kepada sahabat yang lain.

Tapi.

Mana yang lebih utama. Mengikut sunnah yang ditinggalkan, atau mengambil berkat nabi?

Apa yang kita dapat lihat, masyarakat hari ini ramai yang terlalu taksub. Ya, taksub dengan barang peninggalan Nabi s.a.w. Bukanlah salah jika kita rasa teruja dan gembira bila berjumpa dengan perkara tersebut, namun janganlah sampai terlalu 'taksub'. Umpama keberkatan dari barang peninggalan Nabi itu lebih hebat daripada mengamalkan sunnah Nabi.

Dan persoalan paling utama yang ditimbulkan adalah adakah benar ia kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. Kalau hadith, kita belajar ilmu mustalah hadith, riwayat hadith tersebut mesti bersambung hingga ke Nabi Muhammad s.a.w, serta perawi hadith tersebut menepati syarat yang ditetapka. Matan hadith tersebut juga juga diteliti.

Tapi kalau barang peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. siapa yang boleh jamin ianya betul-betul asli / tulen / original dari Nabi Muhammad.

Bukan salah nak mengambil keberkatan dari barang peninggalan Nabi, tapi mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan kita itu adalah lebih UTAMA.

* Mari bersangka baik. Maafkan insan yang menimbulkan kontroversi tersebut. Mungkin niatnya baik, siapa yang tahu kan? Mari semak diri kita sendiri. Dah amal sunnah nabi dalam hidup?

3 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

pelik betul manusia sekarang ni

Nur Fauzi berkata...

memanglah pelik...

tapi bab bertabarruk dengan nabi itu betul. cuma ade yang terlalu taksub.

Nur Fauzi berkata...

memanglah pelik...

tapi bab bertabarruk dengan nabi itu betul. cuma ade yang terlalu taksub.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...