Isnin, 17 Jun 2013

Proton Saga SV mampu milik

Proton baru saja lancarkan Proton Saga SV.


Boleh tengok sikit maklumat Saga SV kat sini.

Tolak tepi hal berkaitan dengan harga proton di luar negara, hal cukai, perbandingan dengan kualiti kereta lain dan perlindungan kerajaan pada Proton. Kalau bincang, jadi panjang lebar tak habis.

Kalau mengikut harga yang ditawarkan, Saga SV adalah kereta baru mampu milik yang berbaloi berbanding dengan pesaing terdekat Proton, Perodua.

Beberapa aksesori mungkin tak ada pada varian Saga SV ini, tapi tak lah mencacatkan sifatnya sebagai sebuag kereta. 'Airbag' pun ade dua. (Persona saye cume ade 'airbag' untuk pemandu saje)

Kenapa saya suka?

Kalau saya belum berkereta, rasanya memang beli juga memandangkan harganya yang murah. Tapi dah terbeli Persona Elegance harga RM48113 (OTR) bulan dua yang lalu..

Memandangkan sudah berkeluarga, maka ruang kereta memang sangat penting untuk dipertimbangkan. Perodua (myvi dan viva) pada saya kurang sesuai sebagai kereta utama bagi keluarga. Ruang 'boot' sangat kecil berbanding dengan saga. Walhal harga tak jauh beza. CC kereta pun beza.

Dari segi penjimatan petrol viva dan myvi menang. Tapi dari segi ruang, saga menang. Duit nak tambah minyak boleh cari, tapi kalau dah beli kereta 'compact', cari duit lebih pun mane boleh nak tambah ruang pada kereta kan? hehe.

Kalau dengan saya sekarang yang dah ada dua orang anak, alamatnye memang penuh sendat naik Myvi kalau balik kampung.

Apa pun kalau berkemampuan untuk beli kereta yang lebih baik, silakan. Tapi bagi mereka yang berpendapatan rendah, atau sekadar nak memiliki kereta, sesuai sangat beli Saga SV.

Saya jenis tak cerewet sangat berkenaan kereta. Setakat nak sampai ke satu tempat dengan selamat. Jadi memadai beli Proton saja. Lagipun kalau ikut kemampuan, memang kereta proton saja yang mampu saya beli setakat ini.

Anda suka Saga SV?

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...