Isnin, 17 Jun 2013

Kenapa saya pilih Proton?

Ramai juge kawan yang tanya kenapa saya beli kereta Proton, walaupun umum mengetahui Proton ada banyak 'masalah'.

Tapi bila fikir balik dan buat pertimbangan, akhirnye beli juge kereta proton.

Pilih kereta baru

Saya bukan kaki kereta. Tak pandai nak 'cuit-cuit' enjin kereta. Ape lagi nak repair sendiri sane-sini. Jadi saya ambil keputusan untuk beli kereta baru saja. Kalau ada masalah pun, masih lagi dalam jaminan.

Bukan tak bagus beli kereta terpakai. Cuma saya bukan pandai 'belek' kereta macam orang lain. Kalau jenis pandai, memang tak ada masalah. Ayah saya pun beli kereta terpakai. Enjin bunti sedap, serba-serbi ok keretanya walaupun usianya hampir 20 tahun. Tapi tengoklah macam mana dia jaga. Berkawan rapat dengan mekanik kereta.

Pengalaman saya pakai kereta lama, memang pening juga nak bawa ke bengkel selalu.

Harga kereta

Harga sememangnya jadi tumpuan saya. Lebih lagi dah ada keluarga ni. Macam-macam kena fikir.

Beli kereta mengikut kemampuan. Bukan setakat mampu bayar ansuran bulanan saje, termasuk juga kos minyak petrol, insurans tahunan, cukai jalan, servis berkala dan duit parking.

Kalau setakat duit muka dengan ansuran bulanan, ramai yang boleh bayar.

Saya pilih Persona Elegance berhaga RM 48113(OTR). Bukan Full Spec.Jadi tak la mahal sangat.

Saya beli warne ini (bronze)

Bayar duit muka RM5113. Pembiayaan 9 tahun. Kadar keuntungan bank 2.95%. Jadi sebulan bayar RM503.
Nampak murah kan? Gaji lebih RM2k, bayar kereta baru RM500.

Tapi sebulan saya habiskan RM1250 untuk kereta.

Ansuran kereta RM500.
Kos petrol RM500. (ulang alik pergi sekolah setiap hari 60km).
Servis RM150
Road tax & takaful RM100 (kumpul tiap-tiap bulan. Tak la terkejut nanti bila cukup setahun nak bayar)

Kalau bulan tu banyak berjalan, tambah jugelah duit minyaknye beserta dengan tol kalau ade.

Ada yang tanya kenapa tak beli Vios atau City? Kan lagi jimat minyaknye. Kualiti pun memang terang nyata lebih bagus daripada Persona. Ye, saya akui kebenaran itu.

Katakanlah harga Vios paling murah (yang baru) dapat dalam RM72k. Beza harga dengan Persona yang saya beli RM23k.

23k itu kalau dibuat tuang minyak Persona saya, boleh isi minyak hampir 4 tahun (purata RM500 sebulan).

Nampak macam perbandingan bodoh kan? Tapi bagi mereka yang tak berapa cukup 'budget' (macam saye lah...) benda ini penting dalam perkiraan.

Ambik Vios J yang harga OTR RM69k, kalau deposit 10% dah RM 6.9k. Saya tak ada duit tunai sebanyak itu.

Katakanlah saya bayar RM5k untuk duit muka. Baki ada RM 64k. Kalau dapat pembiayaan 2.5% dan bayar selama 9 tahun, saya kena keluarkan RM726 sebulan untuk ansuran sahaja. Belum masuk petrol, kos servis, takaful dan cukai jalan.

Lagi mahal kereta, lagi mahal takafulnye. Mane cukup setakat RM1200 untuk tahun pertama.

Saya tak kata Vios dan City tak bagus. Cuma kalau ikut kewangan saya, saya tak mampu.

Takkkan duit gaji sebulan nak habiskan untuk kereta saja kan?  Lagipun setakat ni selamat je pakai Persona berjalan ke sana sini.

2 ulasan:

依之汉 berkata...

Setuju dengan tuan. Apa salahnya beli kereta tempatan. =)

Nur Fauzi Bassar berkata...

tak dinafikan masih banyak kekurangan pada proton. tapi nampak ada kemajuan. cuma harapnya kekurangan yang ada dapat dibaiki dengan serius.

ikut kemampuan sebenarnya nak beli kereta.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...