Sabtu, 15 Jun 2013

Pelaburan ASB vs Takaful

Bapa mertua membebel. Bile adik ipar diam-diam buat 'loan' beli unit ASB. Bayar RM180 sebulan untuk tempoh 25 tahun. Jumlah pembiayaan RM30624, bank ambil untung sekitar 5%.

Saya tak respon sangat. Bagus juga sebab dia dah ada kesedaran menyimpan. Tentang status halal ASB itu, sudah ada Fatwanya. Ambil mana yang kita lebih yakin.

Cuma sebagai bekas pelajar dalam kewangan Islam, langkah yang diambil itu ada canggungnya.

Kenapa?

Sebab adik ipar saya itu belum ada perlindungan takaful lagi. Antara pelaburan dan takaful, kedua-duanya bagus. Tapi dahulukan takaful dahulu, kemudian jika ada duit lebih, buat pula simpanan/pelaburan.

Dengan RM180 sebulan bagi mereka yang berumur sekitar 20an, boleh memiliki satu polisi takaful yang lengkap dengan kad perubatan (medical card) dengan nilai pampasan yang tinggi.

Katakan adik saya itu meninggal dunia. Waris cuma dapat pelaburan dalam ASB sekitar RM 30k sahaja. Ya, itu sahaja.

Berbanding jika dia meninggal dengan ada polisi takaful yang dibayar RM180 sebulan. Rasanya nilai pampasan yang diterima oleh waris sekitar RM150k dan mungkin lebih lagi.

Anda juga boleh cari maklumat tentang berhutang untuk buat pelaburan. Rata-rata penasihat kewangan tidak menggalakkan perkara ini.

Apa yang digalakkan ialah menyimpan dengan tunai yang ada di tangan. Kita sendiri yang menyimpan. Tak erlu berhutang. Sebab dengan berhutang, risikonya lebih tinggi, dan mengurangkan kadar keuntungan keseluruhan pelaburan.

Sebab apa?
Perlu ingat, bank mesti nak ambil untung. Adakah kita fikir bank bagi RM30k, kita akan bayar semula pada bank RM30k juga? Tempoh pembiayaan lama pula.
Cuba kira sendiri. Cari compound interest calculator di internet. Jumlahnya hampir dua kali ganda jumlah pinjaman / pembiayaan kita.

sekadar contoh

Keuntungan yang diperolehi dari pelaburan itu perlu ditolak juga dengan keuntungan yang diambil oleh bank. Jadi keuntungan jadi sedikit.

Ada juga kemungkinan kita boleh rugi jika kadar keuntungan pelaburan merosot, tidak mampu menampung keuntungan yang diambil oleh pihak bank. Lebih-lebih lagi jika Base Lending Rate / Kadar Pinjaman Asas meningkat naik.

Oleh itu lebih elok jika buat pelaburan dengan setakat apa yang kita mampu, tanpa berhutang. Duit itu sememangnya 100% hak kita. Tak ada komitmen hutang yang membebankan.

Ingat. Takaful dulu, baru pelaburan.

Bila nak buat pelaburan, jangan berhutang.

6 ulasan:

muhammad azizi kadir berkata...

Betul ker statement anda? Asb tk menguntungkan? Memang bank akan untung, tp awk tau ker yg awk akn dpt untung dr bank??

Nur Fauzi Bassar berkata...

proven.

Shahrul Afzam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shahrul Afzam berkata...

mohon share ye tuan..hehe

Nur Fauzi Bassar berkata...

Alhamdulillah
boleh dipanjangkan jika dirasakan ada manfaat...

muni berkata...

Agree..mmg sepatutnye kite dahulukan perlindungan takaful sebelum bat mana2 pelaburan.. untuk usia yang mude, dgn RM180, macam2 boleh dapat..medical card skali dgn full coverage pn boleh dapat..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...