Rabu, 19 Jun 2013

Insurans itu riba, haram. Tapi..

Saya pernah bincang sikit berkenaan hal insurans dan takaful. Boleh cuba jenguk kat sini.


Apa pun nak kongsi post dari afyan.com. Klik untuk baca. 

Secara ringkasnya ramai antara kita yang dah tahu insurans itu riba, tetapi tak mahu berhijrah ke Takaful.

Alasan utama adalah RUGI. Betul?

Saya tak nafikan. Memang rugi duit kita. Dah bayar 10 tahun. Tiba-tiba nak 'cancel'. Tempoh matang insurans lama lagi. Jadi sememangnya kita akan dapat lebih sedikit daripada apa yang telah dibayar.

Pendek kata memang RUGI.

Saya pun mengalami perkara yang sama. Ada polisi insurans yang sudah dibayar selama beberapa tahun. 

Tapi disedarkan oleh seorang agen takaful.

Saya malu. Mahasiswa dalam bidang Pengajian Islam, disedarkan oleh agen Takaful yang berijazah bidang kejuruteraan.

Kepada sahabat yang membaca jika ada insurans, jangan tangguh. Hijrah segera. Memang berat sebab rugi di dunia. Tapi insyaAllah tak rugi di 'sana' nanti. 

Selalunya kita lebih beratkan halal dan haram dalam hal makanan sahaja. Haram minum arak, haram makan babi, haram makan binatang yang tak disembelih.

Hakikatnya terlibat dengan riba itu sama juga hukumya haram seperti makan babi. Tetap haram. Cuma kita tak nampak secara zahir bagaimana 'rupa buruk' terlibat dengan riba. Kalau makan babi, mungkin ada yang tengok pun sudah geli dan muntah...

2 ulasan:

Nick Nashram berkata...

setuju bro, kalo bab makanan ni halal haram mmg kita concern..tapi bab haram dalam duit, ramai yg pandang sebelah mata je.

Nur Fauzi berkata...

biase jadi sebab zahir mata tak nampak 'buruk' benda tu.
biasalah naluri manusia mcm tu...msa ni nak tengok pegangan kita.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...