Selasa, 3 April 2012

Insuran Haram?

Ini sebenarnya adalah isu lama yang sering dipinggirkan.

Terlalu ramai umat Islam di Malaysia yang tidak tahu tentang perkara ini.


sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/insurans-0

baca juga:
- hukum promosi produk insurans.
- hukum insurans am.
- hukum pampasan insurans.

Saya pun, kalau tak kerana pengajian dan kelas serta subjek khusus tentang insurans di IPT dahulu, tak tahu juga berkenaan insurans ni.

Dahulu ada polisi insurans MCIS. Dalam masa liat hati nak batalkan polisi tu, terjumpa seorang ketua agency takaful di satu seminar takaful.

" Dik, abang ni dulu belajar engineering dik. Tak tahu sangat hal muamalat ni. Tapi bila abang tahu, semua insurans abang, abang batalkan. Anak, isetri, diri sendiri, semua cancel. Dah berpuluh ribu bayar. Dapat surender value sikit je. Tapi takpe, biar rugi kat dunia. Tak nak abang kena soal kat SANA nanti."


" Kalau saya ni yang asas agama tak kuat boleh buat, takkan adik yang belajar Pengajian Islam ni tak boleh kan?"

Ambik sebijik kena ceramah free dari seorang brader.

Saya sangat berterima kasih kepada dia, kerana berjaya menyedarkan saya.

Jangan kita jadi 'ketegaq' sangat tak boleh terima realiti.
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1082

1 ulasan:

aReLaN berkata...

yup.jauhilah perkara2 haram camtu.banyak je yang halal.sume terpulang pada iman masing2.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...