Jumaat, 21 Jun 2013

Harga tiket bas naik?

Mesti pernah dengar kan berita pasal tiket bas nak naik 30%?

Bagi pengguna, memang ramai sangat yang tak setuju. Naik menggila gitu. Kalau selalu naik bas harga tiket RM10, dah kena bayar RM13 pulak.

Tapi SPAD tak bagi naik. Legalah sekejap pengguna. Walaubagaimanapun tak lama leganya. SPAD benarkan naik 10% harga tiket mula 8 Julai hingga 8 September. Kaatenye sementara saje. Taklah banyak sangat sampai 30% kan?

Bagus ke macam tu?

Saya teringat dulu duduk berjauhan dengan isteri. Tiap-tiap minggu balik ke Johor. Harga tiket sehala KL ke Kluang masa tu RM25. Maksudnya seminggu RM50 untuk tiket sahaja. Sebulan dalam RM200 untuk tiket bas sahaja. Tak campur belanja 'iringan' semasa dalam perjalanan.

Kalau naik 10%, kena bayar RM220 untuk tiket. Ada orang kata kecik je naiknye. Tapi untuk orang kedekut macam saya, RM20 tu banyak. Itu baru untuk seorang pengguna. Berapa ramai orang gunakan bas ekspress setiap hari?

Kalau yang jaraknya lagi jauh macam Johor ke Kelantan, lagi parah duit tiketnye.

Harga turun semula?

Adakah selepas 8 September harga tiket turun semula? Rasanya kirim salam la nak turun semula. Macam tak berapa nak percaya.

Sebabnya seingat saya dulu harga tiket pernah dinaikkan sebab harga minyak naik. Tapi bila harga dah turun, tak pula harga tiket nak turun. Pengguna bising macam mana pun, harga tetap tak turun.

Hakikatnya bila harga dah naik, tak pernah rasa nak turun.

Ikut pengalaman kita sendiri yang pernah dan selalu sangat naik bas ekspres masa zaman belajar.

TAK PERNAH harga tiket turun semula selepas dinaikkan.

KL - Kluang : Dari harga RM 16.30 ke RM 19.XX. Kemudian yang terakhir saya tahu RM 25.

Dulu harga tiket dari Kluang ke Kelantan tak cecah pun RM50  (10 tahun lepas hehe). Sekarang?

* ade kawan yang kate " tahniah, undilah lagi bagi 'die' menang "

4 ulasan:

Tedi berkata...

Dahla ugut, kalau x naik, xnak jual tiket raya sekarang. Kami bukan nak susahkan rakyat, kami nak tolong rakyat.

PerenLee berkata...

Betul tu..kalau dah naik jangan harap la nak turun lagi..

Nur Fauzi Bassar berkata...

ape nak buat.
tengoklah nanti lepas 8 september harga turun ke tak.
tapi rase macam mustahil je turun

malaysia bus berkata...

Saya ingin berkongsi info dengan semua pengunjung blog ini. Anda kini boleh membeli tiket bas online dengan mudah dan murah di website kami. Nikmati diskaun sehingga 40% dari syarikat bas yang terpilih.

Sila layari malaysia bus atau tiket bas online.

Terima kasih buat admin!

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...