Ahad, 23 Jun 2013

Wanita Mengandung dan Bersalin VS Doktor Lelaki

Isu ini bukan benda baru. Sudah lama juga dibangkitkan dan dipersoalkan.

Tapi ia isu sensitif. Terutama bagi wanita.



Saya ada terbaca post ini

Saya juga sependapat dengan penulis. Untuk memutuskan sesuatu hukum berkaitan doktor lelaki dan wanita mengandung, bersalin ini bukan mudah.

Ya, tak semudah yang disangka.

Mungkin ramai antara kita dengan mudah menyatakan ianya haram, haram dan haram! Tanpa melihat kepada perspektif lain. Hanya bersandarkan kepada dalil haram melihat aurat yang bukan mahram.

Saya tak nafikan wanita yang menjalani pemeriksaan dan mahu bersalin lebih selesa jika mendapat perkhidmatan doktor perempuan dan juga jururawat dan kakitangan perempuan. Itu realiti.

Tapi jika kita lihat kepada situasi semasa, mungkinkah perkara ini berlaku?

Bagi yang tiada asas hukum fiqh, uruf dan juga adat perlu turut dinilai dalam membahaskan sesuatu hukum. Hal ini perlu untuk melihat situasi semasa. Barulah ianya menepati konsep Maqasid Syariah.

Penetapan hukum berkaitan perkara ini bagi saya perlu juga melibatkan kajian yang terperinci tentang doktor.
Berapa ramai jumlah doktor di Malaysia,
jumlah doktor yang beragama Islam,
doktor wanita yang beragama Islam,
bidang kepakaran doktor wanita yang beragama Islam
kebolehan / kemahuan berada dalam bidang itu dan banyak lagi.

Tak keterlaluan juga kalau diselitkan juga tentang kerumitan dan kos untuk melahirkan seorang doktor.

Kepakaran juga memainkan peranan dalam bidang perubatan. Juga perlu sedar, bukan bidang O&G saja yang memerlukan doktor perempuan. Semua bidang perubatan hari ini memerlukan doktor perempuan.

Apa pun, saya sambut baik cadangan supaya doktor perempuan yang memeriksa dan menyambut kelahiran bayi. Namun kita perlu fikir sedalamnya juga situasi semasa hari ini dan tidak boleh beranggapan perubahan boleh dibuat sekelip mata. Perlukan masa.

Saya menentang keras mereka yang 'berdegil' kata hukumnya haram secara mutlak tanpa meneliti keadaan lain termasuklah memahami 'dunia doktor'. Walau pergi ke hospital dan klinik swasta sekalipun, belum pasti lagi boleh dapat doktor wanita.

Fikirkan juga kemampuan seseorang. Tak semua mampu nak dapatkan perkhidmatan di klinik dan hospital swasta.

Kalau di Selangor, Klinik An-Nur Bandar Baru Bangi memang menyediakan doktor wanita. Jadi adakah WAJIB penduduk di sekitar kawasan itu pergi ke klinik itu sahaja? Bagaimana yang tak mampu?

HALAL dan HARAM itu perlu diperbincangkan dan diperhalusi lagi. Kes seperti ini bukan saja memerlukan mereka yang ahli dalam bidang fiqh, tapi turut sama melibatkan pihak lain termasuklah doktor.

Mungkin kita juga boleh turut menyumbang dengan menggalakkan anak-anak perempuan kita menjadi doktor hehe.

Berpada-padalah dalam menyampaikan satu pandangan. Jangan terlalu keras sangat.

* isu jururawat wanita uruskan pesakit lelaki dan lihat aurat? 

2 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

Apa yg saya faham kalau tak darurat cr le doc pompuan

Nur Fauzi berkata...

mm klasifikasi darurat tu yg perlu ditentukan bagaimana keadaannya.

tapi cadangan untuk ramaikan doktor perempuan tu memang bagus. cuma dalam masa yang sama harapnya masyarakat bersabar dan tak terlalu rigid berpegang dengan hukum HARAM tu. prubahan perlukan mase..

mungkin siapa yang ada ahli keluarga sebagai doktor faham serba sedikit.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...