Khamis, 16 Mei 2013

Pengalaman Pertama Sambut Hari Guru?

Saya tak mahu cerita berkenaan tema hari guru. Itu kita boleh tanye 'uncle google'.

Cuma teringat kali pertama sambut hari guru sebagai seorang guru. Kira-kira 10 tahun lalu, berusia 20 tahun. (GSTT, lepas habis STPM)

Ya, seorang cikgu muda yang boleh dikatakan belum cukup matang, agak naif dan lurus bendul. (bdan pun taklah

Gaya mengajar? Garang sudah tentu. Pengalaman tak ada, ilmu pedagogi pun kurang. Perancangan pun tak begitu tersusun. Bila kenang semula, kasihan betul murid-murid itu dapat cikgu seperti saye.

Mujur rakan-rakan guru senior faham dan banyak membantu.Bukanlah nak kata sekarang ni 'power', cuma insyaAllah lebih baik berbanding dulu.

Walaupun cuma 5 bulan kerja, sebelum sambung belajar di UM, sempat jugalah sambut hari guru.

Hadiah pun ada juga lah sikit dapat. Kali pertama dapat hadiah dari murid seronok juga rasa. Walaupun sikit, kecik, tapi sangat berharga. Sebab yang beri tu bukan dari keluarga yang kaya.

Hadiahnye ade lagi disimpan.

Tapi memang betul orang kata. Kejayaan murid itu hadiah yang paling bernilai. Perubahan positif itu. Dari tulisan yang buruk pada yang kemas, tak tahu baca hingga boleh membaca dengan lancar, macam-macam lagi.

3 ulasan:

Anon berkata...

Guru mendapat hadiah paling banyak tanda popular. hihihi.

Nick Nashram berkata...

tahun ni baru secara rasmi sambut hari guru..selamat hari guru jugak bro.

Nur Fauzi berkata...

anon: cikgu ini memang tak popular...

nick:
2004-2007 - belajor.lambat habis. banyak repeat paper.
tahu 2008 - sambut sbg cekgu tuisyen.
2009-2010 - sambut sbg cekgu sekolah swasta
2011-2012 - sambut sbg cikgu pelatih.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...