Isnin, 13 Mei 2013

Hal MLM : Bukan semua ustaz yang faham.

Setiap orang ada kemahiran dan bidangnya yang tersendiri.

Dalam hal memahami MLM menurut muamalat Islam, memang buka semua yang kita panggil ustaz tahu dan boleh ulas.

" ustaz tu kata boleh"  " aku ikut ustaz tu kata "

Kalau boleh tanya apa pengkhususan ustaz tersebut semasa belajar.

Habis kenapa kamu pandai-pandai nak ulas?

Jawapan saya, sebab itu bidang pengajian saya. Sebab itu saya boleh beri ulasan sedikit.

Kalau minta saya hurai bab berkaitan dengan Faraid, saya angkat tangan. Minta maaf. Bukan saja tak mahir, asas faraid pun saya masih goyah. Jangan tanya saya  kalau seorang ibu mati meninggalkan anak itu, anak ini, pakcik, berapa bahagian yang mereka dapat.
Njaluk ngapuro seng akeh-akeh. Aku ora reti.

Kalau orang tanya bab berkaitan dengan perundangan syariah, kes berkaitan yang dibawa ke mahkamah syariah, memang 'blurr' sekejap. Mungkin boleh bagi pandangan sikit-sikit saja. Tapi selebihnya minta rujuk pada yang lebih pakar. Bukan bidang saya.

Saya pakar?
Tidak. Cuma perkara ini dalam lingkungan pengetahuan saya. Selalunya untuk lebih yakin saya akan tanya pada rakan-rakan yang lebih mahir dan berada dalam industri. Kalau perbankan dan kewangan Islam, memang sahabat yang dalam Syariah Deparment yang jadi 'mangsa' untuk dirujuk.

Undang-undang, rakan yang bekerja sepagai peguam dan bekerja di mahkamah jadi tempat bertanya.

Persoalan lain seperti hal ibadat, tafsir, hadith, bahasa arab, rakan yang bekerja sebagai pegawai agama, imam, dan lulusan pengajian Islam dalam dan luar negara yang jadi tempat bertanya.

Kesimpulannya?
Kalau boleh soalan yang ditujukan itu lebih baik ditanya pada orang yang 'ahli' dalam bidang tersebut.

Jadi dalam hal MLM, lebih elok bertanya kepada ustaz yang mempelajari hal-hal berkaitan muamalat dan juga mahir dalam bidang fiqh.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...