Isnin, 13 Mei 2013

Hal MLM : faham muamalat cara cepat?

Saya dapat faham situasi ini. Tak ada jalan pintas dan sabar....


Tidaklah saya sebegitu rajin seperti dalam gambar itu. Namun sedikit kefahaman yang saya perolehi berkenaan ekonomi, perbankan dan kewangan Islam bukan datang sekelip mata.

Ada bahasa yang perlu dikuasai asasnya, ada kitab yang dibuka, ada buku yang ditelaah, ada teori dan kaedah fiqh yang perlu difahami, ada dalil yang perlu dihafaz, ada kuliah yang perlu dihadiri, ada tugasan yang perlu diselesaikan, ada kajian lapangan yang perlu dijalani, ada peperiksaan yang perlu diduduki, ada tutorial yang wajib dihadiri, ada guru dan pensyarah yang perlu dihormati
Tak lupa juga ada subjek, perkara yang perlu diulangi dek kerana lupa, kurang faham. Ada kesilapan, penolakan kertas kerja, tugasan, draf yang ditolak kerana tak memenuhi syarat-syaratnya.

Ditambah rencah suasana hidup tak menentu, poket yang selalu kering, kerja sambilan yang wajib dibuat untuk makan, dugaan hidup di kota metropolitan, dan banyak lagi.

Pendek kata, prosesnya bukan sekejap dan tak semudah yang disangka. Bukan nak kata selepas melalui proses itu saya jadi hebat dan Faqih. Bukan itu. Sahabat-sahabat yang sepengajian beratus kali lebih mahir dan berbakat.

Sebab itu bila datang 'anonymous' atau siapa saja yang yang berdegar mempertahankan MLM nya yang kononya confirm halal, mencabar itu dan ini, rasanya tak perlu balas dan ulas panjang lebar.

MLM tidak muktamad haram. Tapi sangat mudah jatuh hukum haram.

Post berkenaan MC Ocean antara contohnya. Boleh lihat komen-komen yang ada.Berapa banyak MLM yang datang dan pergi, naik hot dan kemudian turun. Dialog dan komen ahli yang mempertahankan hampir sama. Ya hampir sama. Cuma dalam olahan yang berbeza.

Sabar itu, memang salah satu anugerah Allah yang sangat bernilai.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

temberang ja kau..macam kau tahu segala-gala..kau belum cuba tapi comment banyak macam beruk..sial la..phuiii..

Nur Fauzi Bassar berkata...

so, you know everything?

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...