Rabu, 6 Mac 2013

Program IM4U boleh bertahan?

Jangan melatah..Cuma pendapat dan pandangan peribadi. Tak semestinya betul, tapi boleh difikirkan.

Tiap-tiap ada saja lagu IM4U berkumandang di kaca televisyen. Bagi mereka yang suka tengok TV mesti perasan. Betul? Adakala sampai naik jelak mendengarnya. Iyelah barangkali lagunya tak menepati citarasa telinga saya.

Ketepikan sentimen politik. Saya tak melihat program IM4U ini sebagai agenda BN untuk menarik undi. Bukan itu.

Tapi terfikir tentang daya tahan program tersebut.

Nak mencipta satu projek / program memang susah. Tapi nak meneruskan kelangsungan program itu lebih susah.

Masih ingat lagi program Rakan Muda?

Saya masih ingat dahulu semasa mula diperkenalkan tahun 1994. Selalu iklan dan lagu Rakan Muda muncul di TV. Saya pun memang tertarik juga dengan iklannya, lebih lebih lagi berkenaan alam sekitar dan seni mempertahankan diri. 

~ " Bersemangat waja terus berusaha" ~ 
~ " Keazaman terus membara" ~ 
~ " Yakin boleh! Rakan Muda.." ~ 
antara bait lagu yang saya ingat.

Walaupun program rakan muda ini di bawah Kementerian Belia dan sukan, persamaannya dengan program IM4U adalah sasarannya. Golongan belia.

Tapi entah mana silapnya. Program Rakan Muda ini nampak begitu malap, tak menyerlah. Tak tahulah sekarang ini masih bergerak atau tidak. 

Saya nampak jika tidak diuruskan dengan betul, kemungkinan besar IM4U akan jadi seperti Rakan Muda. Seperti hilang ditelan arus zaman. Hilang bagai angin lalu.

Hanya gah seketika sahaja. 

Kebetulan terdengar perbualan antara seorang mahasiswa dengan pakcik di stesen minyak R&R Seremban.

" Pihak Uxxx wajibkan pelajar pergi...Bukan sukarela. Kalau tak ada orang datang nanti. "


3 ulasan:

APAN berkata...

xtau pun fungsi 1M4U ni...x phm sngt...tp rakan muda tu betullah da senyap..skang da pupus kot mende tu...penah la join masa blaja dulu program dorang...

Nur Fauzi berkata...

benda gitu banyak guna duit nak gerakkan aktiviti.

Penunggu Blog berkata...

hmmm
Terasa lak diri dah tua walau belum capai tahap warga emas sbb tak boleh nak recall apa tu IM4U...
Lagu yang biasa keluar kat radio IKIM i am for you tu kerr...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...