Isnin, 18 Februari 2013

Sebar gambar anak Dr Fadhilah Kamsah di FB

Kalau ada yang perasan, dah merata blog dan FB yang sebarkan gambar anak Dr Fadhilah Kamsah dalam keadaan gambar yang tak cukup kain tu.

Jangan cari di sini. Saya tak 'upload'.

Hal ini dipercayai terjadi selepas satu video yang telah dimuat naik di youtube. Video tersebut memaparkan pendapat dan komen Dr Fadhilah Kamsah berkenaan isu doa PAS terhadap BN. 

Secara jelasnya Dr Fadhilah Kamsah dilihat lebih berpihak kepada pihak BN dan mengkritik PAS.

Jadi ada lah pihak yang tak bertanggungjawab dan tidak puas hati dengan kenyataan Dr Fadhilah Kamsah yang memuat naik gambar tersebut untuk cuba mengaibkan status Dr Fadhilah Kamsah sebagai motivator. Kononnya cakap tak serupa bikin.

Saya kata

Saya memang tak bersetuju dengan pendapat Dr Fadhilah Kamsah berkenaan hal itu. Bagi saya beliau tidak mendapat maklumat yang tepat, berkenaan bagaimana lebih 20 tahun kerajaan negeri Kelantan dianaktirikan oleh kerajaan pusat dan berbagai peruntukan dinafikan, termasuklah peruntukan untuk pembangunan bekalan air.

NAMUN

Saya sama sekali tak bersetuju dan membenci tindakan cuba mengaibkan Dr Fadhilah Kamsah dengan memaparkan dan menyebarkan gambar anak-anaknya.

Rasulullah tak pernah mengajar umatnya untuk mengaibkan orang lain. Boleh teliti sendiri bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w terhadap orang yang menyakiti tubuh dan hati baginda. 

Jadi bagi mereka yang menyebarkan gambar tersebut atas alasan membela PAS dan Pakatan Rakyat, adakah begitu akhlak dan cara yang diajar oleh Rasulullah?

Perbezaan pandangan politik tidak menghalalkan kita berbuat demikian.

Orang sengaja aibkan kita, kita balas dengan aibkan mereka. Jadi apa beza kita dengan orang itu?


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

5 tahun lepas, saya ada menghadiri sesi motivasi Dr Tengku Asmadi, pada acara penutup utk MAP , pada masa tersebut saya hantar anak saya la...

Masa tu Dr Asmadi ada ckp pasal ada org nak aibkan Dr Fadzilah Kamsah bbrp tahun lepas, so masa tu saya buat tak reti je lah sbb anggap tu cerita basi...

Bila org nak naikkan semula cerita yg bukan setakat basi, malah berkulat pon.....hem...tak tahu nak cakap apa....dah 2013 dah sekarang ni...

Sekarang Dayah pon dah bertaubat...anak-anak kita yang nampak baik dan bertudung litup tu pon belum tentu masa depan iman dia macam mana, so jgn lah nak aibkan anak orang

Ada pernah saya terjumpa blog individu yang mengutuk habis-habisan pasal Dato Dr Fadzilah Kamsah, siap nak reveal gambar drp facebook anak dia yg dah di 'private'kan tu, sudah la gambar anak dia yg dah kahwin tu...eisyyy...meleis ni mmg serba boleh betul...

BUT...deep inside my heart mmg ade rasa kecik hati bila Dato Dr suka nak menyalahkan ibubapa dalam motivasi dia yang saya dah bayar mahal-mahal semata2 nak kena dengar 'kesalahan ibubapa' (masa tu hantar anak yg lain pulak)

Since then saya dah malas nak buang duit kasik kat motivator yg charge mahal2 sebab nak berpolitik, nak bela isteri muda yg life cost tinggi , yang suka-suka nak salahkan parents etc

Motivasi sebenar ialah benda yang ada dalam rumah kita, iaitu mukjizat drp Allah....AlQuran... Bila kita istiqamah membaca dan mengamalkan suruhan dlm Quran, insyaAllah dapat lebih drp program-program bisnes air liur semua org tu

Nur Fauzi berkata...

Ye betul.
saye endiri pun ade beberapa perkara juge tak setuju dengan Dr Fadhilah Kamsah. Tapi ramai yang terlupa, tak setuju tak bermaksud bebas mengutuk dan menghina.

sangat jauh dengan adab Rasulullah. Sindir-sindir boleh tahan lagi. Marah tak puas hati pun boleh tahan lagi. Tapi kalau bukak aib keluarga dan maki-maki begitu sangat jauh dengan akhlak Islam..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...