Sabtu, 12 Januari 2013

Kenderaan JPJ dibakar



Saya tak tahu sebabnya yang sebenar..

Nak komen lebih-lebih pun saya tak ada di tempat kejadian.

Cuma, tertanya-tanya apa yang dibuat oleh pegawai JPJ yang memandu kenderaan tu. Sampai begitu marah sekali orang ramai. Diterbalikkan kereta JPJ, tak cukup dengan itu siap ditendang-tendang, dihentak, dipecahkan cermin.

Bak kata pepatah melayu, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

Kalau pegawai tak buat apa-apa, takkan sampai orang ramai menggila nak terbalikkan kereta peronda JPJ?

Ingat lagi tak kes pemandu lori yang langgar budak sekolah di depan sekolah dulu. Pemandu teruk kena belasah,  lori pula habis rentung dibakar. Sebab dah terlalu marah.

Menurut cerita-cerita orang ramai yang ada di situ, kenderaan JPJ tu yang jadi punca kemalangan sebab nak tahan lori. Tapi caranya sangat bahaya dan menyebabkan kemalangan.

Tapi apa yang dilaporkan di media pula, lori itu yang sebabkan kemalangan dan langgar kenderaan JPJ.

Anda percaya yang mana satu?

4 ulasan:

依之汉 berkata...

Betul tu. Namun takkanlah pokok bergoyang sampaikan kenderaan itu dihenyak begitu rupa.

Yang penting, masyarakat di situ patut buat bersabar dahulu.

Tak cukup sumber nak kata mana salah mana betul. Media pun bukanlah semua betul. Kena tanya dua tiga orang saksi kejadian. Kemudian barulah boleh buat kesimpulan munasabah.

Nur Fauzi Bassar berkata...

sampai kereta peronda JPJ diterbalikkan, memang baraol orang rn betamai kat situ...

IffahRina berkata...

kadang apa yang dilaporkan kat media pun tak berapa betul..

Nur Fauzi Bassar berkata...

tapi kalau marah sangat pun, tak patut juge sampai diterbalikkan keta jpj itu huhu

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...