Saya kira hal ini seeloknya ditangani secara berhemah dan elakkan 'emosional' serta berfikiran secara rasional.
Saya bersetuju dengan pendapat Dr Asri
Walaupun ia dibolehkan, tapi jika menimbulkan kekeliruan dan takut disalahgunakan, kerajaan boleh membuat peraturan yang bersesuaian.
Saya sangat sedih melihat komen-komen yang agak berat sebelah di kaca televisyen, sehingga ada 'golongan' agama yang mengatakan siapa yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam bible telah murtad. Hal ini sangat tidak patut dinyatakan, lebih-lebih lagi sebagai seorang yang berstatus sebagai penasihat agama di sebuah negeri.
Banyak perkara yang perlu diteliti dalam hal ini, bermula dengan melihat kembali sirah Rasulullah s.a.w., menilai dari sudut dakwah dan penilaian siasah syar'iyyah.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Ahad, 13 Januari 2013
Isu penggunaan kalimah Allah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Dr. Asri cuba berlaku adil bagi kedua-dua belah pihak. Saya hormati beliau.
Apa yang saya peliknya, golongan yang biasa (macam saya la) ada berlagak berhujah sakan dan mengatakan ulama ini bengap la apa la. Terutamanya apabila ulama yang mereka rasa hujahnya 'solid' boleh disokong.
Saya berfikiran terbuka untuk ini kerana saya tahu, saya bukanlah ahlinya untuk berkata tentang ini.
Bagi pandangan saya, para ulama ramai tidak setuju ada sebabnya. Kita tahu implikasinya yang telah terjadi kepada Indonesia. Jika tidak manakan video youtube bertajuk 'Save Maryam' boleh terhasil?
Sebab itu Dr Asri sebut dihujungnya, kerajaan sebagai pentadbir/pemerintah ada hak untuk mewujudkan undang-undang melarang penggunaan Kalimah itu sewenang-wenangnya, sebab boleh jadi kekeliruan dan kecelaruan.
Cuma agak sedih dengan penasihat agama di Johor yang terus mengatakan siapa yang membenarkan penggunaan kalimah Allah terus murtad.
Benda ini jadi sangat sensasi kerana campur tangan politik. Kalau tak, memang tak sekecoh ini.
tv memang camtu. mesti nak menangkan diorang je. tapi seeloknya kita dengar hujah yang lebih alim bab ni daripada men kuar hujah sesuka hati kita je
Boleh selesai cara baik sebenarnya kalau buat diskusi. Memang ada pro dan kontra benda ni.
Tapi sebab politik, habis semua.
modal BN utk pilihan raya. dulu dah senyap
Byk perkara yang menjadi perdebatan dlm Malaysia ni jawapannya bukan sekadar 'Boleh' atau 'Tidak Boleh' semata-mata. Semua pertikaian ada penjelasan yang panjang. 'Boleh jika begini..begini...' dan tidak boleh jika begini-begini. Org2 yang melenting tak tentu pasal itu biasanya jenis org yg malas membaca. Dia hanya amik jawapan pada perenggan pertama dan buat kesimpulan. Mana bleh mcm tu.
Yup. Apabila masuk isu politik, semua orang cuba menuding jari pada pihak itu dan ini. Lalu, mana jalan penyelesaian dan tindakannya?
Pening juga nak memikirkan sesuatu perkara apabila 'ahli politik' kita cuba bertindak bijak tanpa merujuk pakar. Tambahan pula, media arus perdana pro-kerajaan. Cuba membuka aib pihak bukan kerajaan. Taktik lama.
Sebenarnya saya tidak suka cara itu. Kedua-duanya ada baik dan buruk. Apa yang penting, bersepakat apabila kedaulatan Islam dicabar oleh pihak yang cuba menjatuhkan Islam di bumi Malaysia.
Memang tidak dinafikan ada sesetegah ulama bersikap keras. Ini mungkin kerana apa yang mereka kata tak semestinya apa yang mereka hendak sampaikan. Media memainkan peranan penting untuk menyampaikan sebagaimana ia harus disampaikan.
Dan kita perlu bersikap proaktif membaca dan berfikir kritis seperti yang puan Lyd nyatakan. Barulah dikatakan rakyat menuju Wawasan 2020.
Catat Ulasan