Rabu, 9 Januari 2013

Perihal pembiayaan beli kereta dan takaful kenderaan.

Saya tahu, hal pembelian kereta ni memang ramai yang terlibat. Tak kiralah kereta baru atau kereta terpakai.

Berkenaan dengan pembiayaan kereta, saya ada jelaskan sedikit dahulu bahawa pinjaman kereta dengan bank konvensional membuatkan kita terjerumus dengan dosa riba' yang diharamkan dalam Islam. Boleh buat carian fatwa berkenaan tentang bunga dan interest bank konvensional.

Bila dah beli kereta, untuk layakkan kereta itu digunakan secara sah atas jalanraya memerlukan kepada insurans bagi kereta itu, dan juga cukai jalan (road tax).

Untuk ambil road tax, insuran kereta kena ada/hidupkan dulu. Bagi mereka yang belum tahu, hukum insurans ini sudah termaklum dan difatwakan oleh JAKIM. Sila rujuk sini.

Jadi seeloknya kita perlu pastikan insurans kenderaan kita menggunakan Takaful. Tak ramai yang ambil tahu hal ini.

Kereta baru


Kalau kita beli kereta baru dan pembiayaan menggunakan Islamic Banking, kebiasaannya insurans untuk kereta itu akan diuruskan dengan syarikat takaful. Jadi taklah leceh sangat kita nak uruskan. Tapi itu pun kita kena pastikan betul-betul dengan jurujual.

Jangan takut untuk bertanya sebab itu adalah hak kita sebagai pembeli. Kita berhak minta gunakan takaful untuk kenderaan itu. Sesetengan kedai mengatakan insurans wajib ambil apa yang telah dia tentukan. Kalau begitu, angkat kaki dan cabut saja pergi kedai lain. Jangan percaya kalau jurujual kata insurans mesti ambik insurans (bukan takaful) yang dia tentukan.

Kereta terpakai

Kereta terpakai harganya memang murah. Urusan nak buat pembiayaan pun hampir sama dengan beli kereta baru. Kita kena cakap pada pihak kedai yang kita nak guna 'islamic banking'. Kalau dia kata tak boleh, maksudnya memang dia tipu. Kebanyakan bank sudah ada 'islamic banking'. Contohnya macam CIMB, sudah ada CIMB Islamic. Maybank pun sudah ada Maybank Islamic.

Tak kira apa jua bank, pastikan 'islamic banking'.

Kemudian berkaitan dengan hal insurans, memang kena cakap pada kedai yang kita nak guna takaful. Biasanya kedai kereta terpakai ni merupakan agen kepada syarikat insurans tertentu. Kalau kedai itu memang agen kepada syarikat takaful, tak ada masalah sebab dia akan uruskan takaful untuk kenderaan yang kita beli.

Apa yang jadi masalah bila kedai itu adalah wakil/agen syarikat insurans. Biasanya memang kedai keberatan kalau kita minta uruskan takaful untuk kenderaan kita. Kenapa? Sebab kedai akan rugi dari segi komisyen insurans untuk kereta. Biasanya agen dapat sekitar 10% daripada harga insurans. Kalau insurans kereta tu harganya RM 900, agen dapat sekitar RM90.

Tapi sebagai pengguna, kita ada hak kita. Sebenarnya boleh tukar kepada takaful. Samada kita berkeras minta dia uruskan atau kita uruskan sendiri.

(saya uruskan sendiri sebab malas nak gadoh dengan jurujual. Masa cakap nak tukar dalam telefon pun dah panas telinga nak naik angin.)

Kebanyakan orang tak tahu dan ikut sahaja apa yang ditetapkan oleh kedai. Memandangkan perniagaan kereta terpakai ni dimonopoli oleh cina, jadi memang biasanya kenderaan kita akan gunakan insurans konvensional. Tak banyak kedai yang jadi wakil kepada syarikat takaful.

Kadang-kadang sebagai pengguna, kita kena tegas dan tahu hak kita. Mungkin sebab ramai yang tak tahu, jadi mereka tak berkeras dengan penjual  (yang seboleh-boleh nak memaksimumkan keuntungan). Penjula pun (yang tak jujur)kan  akan cuba kelentong pembeli dan kata WAJIB ambil insurans dengan mereka. Pada hal kita boleh urus sendiri sebenarnya.

**biar kita rugi sedikit, jangan rugi BESAR di akhirat sebab terjerumus dengan riba'.

# kemaskini 

Abang saya baru beli Honda Freed (baru ya, bukaan 2nd hand). Pembiayaan guna 'islamic banking'. Tapi malangnya bila diserah cukai jalan, insurans konvensional digunakan.

Jadi tak semestinya apabila beli kereta baru guna pembiayaan perbankan Islam, termasuk dalam pakejnya takaful kenderaan. Jika mahu kenderaan kita menggunakan takaful, kita mesti tanya dan pastikan terlebih dahulu. Minta tukar ke takaful jika jurujual mahu berikan insurans konvensional.

Kalau jurujual berkeras, pergi saja ke kedai lain atau boleh buat aduan kepada pengurus kedai.

2 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

takaful memang sedah semestinya... apa yang penting berkat

Nur Fauzi berkata...

ya, berkat itu penting..cuma ramai juga yang terlupa hal riba ni dalam hal membeli kenderaan. tak kurang juge ramai yang tak tahu.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...