Begitu ramai yang teruja dengan sambutan tahun baru saban tahun. Ya, benar. Tahun baru sering jadi sebutan dan bahan perbualan terutamanya di penghujung tahun (bulan Disember).
Ada yang bertanya pasal azam. Azam tahun baru ape? Azam tahun lepas dah capai? Azam tahun baru sama ke macam tahun lepas? Tengoklah nanti rancangan televisyen di 1 Januari. Mesti pengacara akan tanya juga azam tahun baru.
Ada juga yang tanya apa memori indah sebelum masuk tahun baru, memori pahit yang ditinggalkan tahun ini, keistimewaan masuk tahun baru, perancangan masuk tahun baru, macam-macamlah lagi.
Salah ke tanya itu semua? Tidaklah jadi kesalahan apa pun. Itu boleh dikatakan sebagai 'adat' atau 'uruf' yang harus hukumnya. Malah perkara yang harus ini kalau kena gayanya boleh jadi pemangkin kepada perkara yang baik dan mendatangkan pahala.
Betul, tak salah berazam itu ini, rancang itu ini, tapi yang lebih penting selepas itu adalah tindakan. Ya, tindakan mengikut perancangan yang telah dibuat dan cuba 'istiqamah' dengan kebaikan yang telah kita rancang untuk diri sendiri.
Tak lupa juga bagaimana sambutan terhadap tahun baru itu....Haram sambut tahun baru? Wah...Tidaklah sampai begitu sekali. Penentuan haram atau tak itu bergantung pada niat kita menyambut tahun baru itu, dan juga bagaimana cara kita menyambutnya.
Sambut dengan cara parti dan konsert? Anda boleh tentukan sendiri..
Bagi saya, tiada
apa yang terlalu istimewa dengan tahun baru kalau diri kita tak berubah
ke arah yang positif dan menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam..(mood nyanyi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan