Rabu, 2 Januari 2013

Jual Arak : Awie?

Kredit pada blog ini.

Ya, Awie yang dimaksudkan itu adalah Awie bekas anggota kumpulan Wings. Ya, yang bersuara unik dan lunak itu, menjadi juri dalam rancamgan Maharaja Lawak Mega sekarang ini.

Saya tak minat sangat nak ulas berkenaan hal artis ni. Tapi apa yang menarik perhatian saya kenyataannya seolah-olah apa yang dilakukan tak salah.

Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah. -Kosmo-

Saya pun memang ada terbaca kenyatannya ini.

Ohh..buka kelab rupanya...Benar tak semua kelab buat perniagaan yang tak elok kan?

Tapi kalau dah jadi begini?



Saya beri komen buakan sebab dia artis, bukan sebab dia adalah bintang Rock. Tapi Sebab dia adalah orang Islam, mempunyai pengaruh, terkenal dan menjadi ikutan ramai orang di Malaysia (majoriti adalah Islam).

Tapi kesilapan seperti ini sering dilakukan oleh orang Islam sendiri. Dah ada duit, tak tahu nak meniaga apa, buat kelab malam, buat pub, buat night club.

Bukannya Islam larang berniaga, tapi kena ingat dan jangan langgar batas.

Berkenaan arak, 10 golongan yang terlibat dengan arak dapat lakanat. Sama dengan orang yang minum.

Jadi kalau berniaga bukak kelab rock, dalamnya terang terang jual beraneka jenis arak, dan bosnya adalah orang Islam?

Dosa atau tidak?

Murid sekolah rendah pun boleh beri jawapan yang betul.

Mula dengan arak ini, boleh berlanjutan dosa-dosa yang lain. Macam kesan berantai. Bila dah mabuk, macam macam boleh jadi..

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...