Rabu, 26 Disember 2012

Pendidikan Islam Pusat Tuisyen?

Saya ada sedikit pengalaman mengajar di pusat tuisyen. Tak lama pun, cuma 3 tahun.

Itu pun masa mengajar di Kota Damansara dulu. Sejak berpindah ke Johor, dah tak mengajar tuisyen. Rasa malas pula.

Subjek yang menjadi pilihan saya di pusat tuisyen adalah Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Islam.

Namun kebanyakan pusat tuisyen tak kira di mana pun jarang sekali menawarkan subjek Pendidikan Islam. Ya benar. Kalau lihat pada pamplet atau iklan pusat tuisyen, jarang ada dimasukkan subjek Pendidikan Islam.

Tak tahulah mengapa. Walhal dalam PMR dan SPM ada subjek Pendidikan Islam dan diberikan gred (A,B, C dll..) sama seperti subjek lain.

Sekadar contoh..

Nak kata pencapaian subjek Pendidikan Islam sangat membanggakan, tak pula. Sebab sepanjang masa mengajar tuisyen, memang sengaja saya selang-selikan dengan soalan fardu ain (yang sememangnya ada dalam sukatan pelajaran).

Amat mendukacitakan jawapan yang diterima. Soalan yang mudah-mudah (sangat mudah) pun tak boleh dijawab. Amat memeningkan jika pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5 yang sudah datang haid tidak dapat jawap soalan bagaimana cara mandi wajib...Kan susah jadinya. Macam mana nak solat kalau mandi wajib pun tak tahu? 

Jadi kalau masa mengajar 1 jam, 5 hingga 10 minit saya akan selitkan maklumat berkaitan fardu ain. Risau kalau mereka terus dibiarkan tak tahu. Tak kiralah mengajar subjek sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Jadi saya rasa sangat relevan dimasukkan mata pelajaran Pendidikan Islam di pusat-pusat tuisyen.

Tapi apa pun, susah juga kalau penawaran ada tapi tiada permintaan. Ada pusat tuisyen yang tawar subjek pendidikan Islam, tapi taka ada pun ibu bapa yang daftarkan anak-anak mereka untuk subjek itu. Subjek lain memang dapat sambutan, lebih-lebih lagi English, Sains dan Matematik.

Anda jumpa pusat tuisyen yang tawarkan subjek Pendidikan Islam?

2 ulasan:

依之汉 berkata...

Pertama sekali, saya juga ada pengalaman dengan cikgu Pendidikan Islam. Ada sesetengah yang mengajar hanya niat untuk mengajar untuk markah. Ini terjadi kepada saya sendiri semasa saya di sekolah Menengah.

Sikap pengajar yang menganggap kerja mengajar pendidikan Islam bukanlah salah satu jalan dakwah amat memalukan. Ustaz yang mengajar saya dahulu amat kurang datang kelas. Banyak melepak sahaja di bilik guru.

Antara sebab, "Kamu semua sudah belajar ni di sekola agama dahulu. Ini ulang kaji sahaja."

Aish. Niat hanya mengajar bukan berdakwah. Sedih juga apabila tidak melihat konsep Islam sebagai cara hidup.

Nur Fauzi berkata...

Beri imej buruk pada cekgu.
Ambil upah/gaji tak salah, tapi amanah tetap kena pikul, akan dipersoalkan kemudian nanti.

tapi memang wujud pun cikgu jenis pergi sekolah semata-mata nak dapat duit. hal murid semua tak peduli.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...