Saya tak pasti sangat kes sebenar, benar atau tak dakwaan orang yang memuat naik video ni.
Cuma sebagai pemilik perniagaan, perbuatan itu tidak profesional dan makin memberi gambaran negatif pada syarikat Al Jabbar.
Saya memang agak was-was dengan produknya, terutama mesin terapinya. Banyak produk seperti itu diambil dari China dan kualitinya boleh dipertikaikan. Harga yang dijual di Malaysia pun mahal. Ribuan RM, malah ada yang mencecah belasan ribu RM.
Anda suka produk Al Jabbar? Silakan guna kalau mahu.
Saya cuma sangat tak berkenan dengan sikap pemiliknya yang menengking rakan niaga depan orang ramai.
Kena ingat, tanpa rakan niaga yang keluar modal beribu-ribu, tak mungkin Al Jabbar dapat untung.
Ada yang komen di forum lagi..
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Rabu, 26 Disember 2012
Syarikat Al-Jabbar kurang ajar?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
adess
dasyat
ceh...cam buruk je perangai beliau...mungkin ade sebab tersendiri...tp kalau depan org ramai mcm tu mmg rasanya x bijak
Saya terbaca tentang al-Jabbar di blog Aidid Muadib. Ia memang kelakar. LoL.
marah depan orang ramai tu...apa kesalahan dia sampai kene marah macam tu?
hans: kalau den tobat den tak nak dah meniaga dengan dia lagi.
apan: bila jawtan besar, gerak geri kita orang pandang dan perhatikan. kalau ye pun orang tu salah, cara menengking memalukan depan orang ramai memang tak patut.
依之汉: kalau di blog aidid memang kaw2 die cerita.
rojak: tak tahu la ape salahnye. tapi cara begitu lebih banyak mengundang masalah dari penyelesaian
Pemilik dia ke tu? Dalam iklan kat surat kabar kemain nampak sopan. Nah, keluar perangai sebenar.
bukan tak boleh marah, cuma tindakan macam ni lebih banyak timbulkan masalah daripada penyelesaian.
Apa lagi yg mana kena tipu tu buat report polis, pastu report Kat kdn, sskm..saman je..
saya beli mesin terapi aljabbar berharga rm 12k lebih..masih dalam warranty tapi bila pegi ke syarikatnya di kulim diaorang tak layan suruh call ke kajang..bila call tak boleh call..diaorang suruh hantar sendiri ke kl..masa rekomen bukan main baguih lagi..bila jd kerosakan tak mau bertanggungjawab pulak..mcm ni la usahawan melayu..boikot produk aljabbar
Catat Ulasan