Sabtu, 20 Oktober 2012

Virgin Gold Mining Corporation (VGMC) : Peringatan BNM

Cerita berkenaan emas Geneva tak habis lagi, sama juga dengan cerita VGMC.

Tak tahu mana silapnya, ramai benar rakyat Malaysia yang mudah sangat terpedaya dengan skim-skim pelaburan yang tak diluluskan oleh BNM.


Mudah benar terjebak dengan skim cepat kaya. Samada kurang ilmu/info ataupun sifat tamak dan duit mengaburi mata dan hati. Rasanya bukan ramai yang tak tahu, tapi sebab nak cepat senang dan nak cepat kaya. Usaha? Malas...Blogger anti MLM si aididmuaddib pun ada tulis berkenaan VGMC.

Baca peringatan BNM mengenai VGMC di sini.

Ringkasnya, kalau pelaburan itu menjanjikan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat, itu sudah cukup menimbulkan keraguan. Apa lagi kalau tiada lesen dari BNM kerana mengambil deposit untuk pelaburan bukan semudah yang disangka. Bukan sewenang-wenangnya boleh dilakukan oleh syarikat.

Kalau dah dengan BNM pun sangkut, apa lagi kalau diteliti dari segi syariahnya. Memang terang jelas dan nyata 'OUT'. Jauh sekali status halalnye.

Jadikanlah semua perkara ini sebagai ingatan dan pengajaran. Kepada mereka yang celik, bantu mereka yang masih kabur. Ada banyak medium boleh digunakan untuk sebarkan maklumat seperti ini. SMS, email, blog, website, laman sosial, gunakan semua.

Orang yang beriman tak melakukan kesilapan yang sama berulangkali. Bak kata pepatah, pisang tak berbuah dua kali. Kalau pisang berbuah 2 kali takpe jugak, dapat makan. Kalau asyik kene 'kelepet' je, kita juga yang makin rugi.

6 ulasan:

Hans berkata...

semoga kita tak terjebak :-)

ROJAK berkata...

nak kaya cepat punya pasal tu yang ramai terjebak. air ke, emas ke, mlm ke macam2la

Nur Fauzi Bassar berkata...

ramai tak ambik iktibar dengan skim cepat kaya yang lepas-lepas..ramai yg nak cepat kaya

Luke berkata...

Ada kemungkinan VGMC mengamalkan sistem piramid dan tidak mampu lagi membayar dividen,

Luke berkata...

Belajar dari kesilapan.

Nur Fauzi Bassar berkata...

Luke:
harapnya rakyat Malaysia makin bijak menilai pelaburan yang benar2 dibenarkan selepas ni.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...