Sabtu, 13 Oktober 2012

Lagi cerita MLM - Score A

Saya ada berikan sedikit komen berkenaan score A di blog ini.

Respon pun adalah sedikit. Ada juga yang tak setuju. Tak kisahlah, tak paksa pun suruh setuju. Haha.

Hari ini saya 'blogwalking' lagi. Terjumpa lagi cerita berkenaan MLM. Kali ini pengalaman seorang siswa terkena kelentong pergi seminar. Hajat nak cari kerja jadi tutor / ajar tuisyen, rupanya kena dengar seminar.

Boleh cuba baca sini.

Yang hairannya, nak jadi tutor kena pergi kursus, dan bayar sendiri. Ape halnye?


Pengalaman saya jadi guru tuisyen, tak kena bayar apa-apa pun. Cuma ada sikit temuduga, kemudian tengok cara kita mengajar dan kawal kelas.

Ape hal nak kena bayar pergi kursus? Kalau ye pun majikan nak kita pergi kursus untuk tingkatkan kemahiran pedagogi ke, majikan yang kena bayar. Bukan kita.

Alhamdulillah mujur kawan sorang tu tak makan perangkap. Dapat pula keluar dengan selamat.

Macam-macam cara yang digunakan untuk menarik orang masuk MLM ni. Kalau mula-mula pun dah menipu, ada helah, tak jujur, mana nak datang berkatnya?

3 ulasan:

ROJAK berkata...

blogger tu ada mention pasal blog aidid, nampak sangat ada baiknya blog aidid diteruskan tapi sampai sekarang senyap je...

Nur Fauzi berkata...

senyap takpe. artikel yang dah ada tu ramai yang boleh baca lagi dan buat rujukan hehe

依之汉 berkata...

Saya setuju. Apapun, saya harap lebih ramai mengetahui bahawa Skor A ini haram.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...