Saya dapat cerita ini dari blog ROJAK. Cerita asal tuan punya badan boleh tengok di blog LayanLynn
Ringkas ceritanya, Cek Lynn terpengaruh dengan promosi Corset 'magic' tersebut yang dikatakan mempunyai pelbagai kegunaan dan mafaat pada tubuh badan.
Boleh kurus, sembh sakit, macam-macamlah. Tak tahulah apa lagi yang promoter/agen tu sudah 'auta' sama Cek Lynn.
Nak dijadikan cerita, bila pakai corset@bengkung tu badannya jadi gatal dan merah-merah. Ringkas ceritanya, bila jumpa doktor, doktor sarankan dia berhenti pakai bengkung itu. Alhamdulillah memang tak ada gatal-gatal lagi pun lepas tu.
Bila tanya agen, macam-macamlah ceritanya. (mana nak mengaku salah kan?)
Perkara ni jadi pengajaran yang berguna pada Cek Lynn supaya berhati-hati lain kali. Apa pun tahniah pada Cek Lynn sebab pergi dapatkan nasihat doktor apabila menghadapi masalah. Sebab ramai orang yang dah tahap teruk sangat baru nak jumpa doktor.
Kepada yang terpesona dengan 1001 manfaat bengkung Hai-O ni, bangunlah dari mimpi. Tak semua orang sesuai pakai benda ni. Tak semua juga mampu nak beli corset@bengkung sampai RM 2k.
6 ulasan:
biasalah ada je tukang kelentong yang amik kesempatan kat perempuan yang malas bersenam tapi nak body cantik..harga beribu-riban lak tu
tengok rancangan the biggest loser. takde pun beriya peserta pakai corset ke, produk ntah ape-ape. yang nampak depa bersenam dengan jage makan. lepas tu disiplin jaga.
Itulah kelebihan orang kita.....tak payah senam dan diet, pakai corset dan gelang magnetik dah sihatttttt!!!
kasihan orang Malaysia...
saya memakai PB ni ... n memng ade effectnya.. bdan merah2 n gtal2... tpi kesan tu hanya seminggu..selepas tu memng dah xde... tpi Pb ni memng utk kshatan... 70%!... klu nk ksan slepas 1 hari pkai memng kje nk kondem je la... saya pengguna PB.... n bukn pnjual sebb sya tau MLM ni sush n xmmpu nk capai klu xde smngt yg kuat... n yg penting sya x kpala bisnes.. sekian.
memang nak kurus, tak boleh nak kesannya sekelip mata.
apa pun hak anda sebagai pengguna nak pilih pakai Premium Beautiful.
Catat Ulasan