Isnin, 22 Oktober 2012

Penipuan pelaburan Stevia.

Stevia pernah jadi hangat satu ketika. Iklan dalam akhbar harian, dipenuhi dengan iklan produk stevia dan juga kursus tanam stevia. Betul?


Tapi apa yang jadi pada semua itu? Senyap sunyi rasanya.

Saya terjumpa pula artikel berkenaan penipuan pelaburan stevia. Boleh baca di sini.

Ringkas ceritanya, kebanyakan program yang menawarkan hal berkaitan pelaburan stevia ini tipu belaka.

Masa promosi dan nak kutip bayaran dari peserta, mulut memang manis. Janji macam-macam.

Tapi akhirnya ramai yang tertipu ribuan, malah puluhan ribu RM.

Saya secara peribadi bila nampak saja iklan yang tawarkan pelaburan penanaman stevia ni, terus dah syak sesuatu. Siap tulis anggran keuntungan / pulangan yang bakal diperolehi.

Kenapa saya tak percaya?

Isteri saya pernah menjalani praktikal di MARDI. Jadi memang terjumpa stevia ni ditanam di MARDI. Saya tanya, benih stevia ni kalau bawak balik tanam kat rumah boleh kan? Boleh la kita rasa sikit.

Tapi menurut isteri saya, nak bawak balik tanam boleh. Tapi tak lama hidupnya. Sebab asal tanaman ni bukan di Malaysia. Jadi banyak kajian perlu dibuat untuk bolehkan stevia hidup di Malaysia. Yang dah tanam di MARDI pun dijaga rapi, kos nak jaga pun tinggi. Banyak lah ceritanya nak jaga dan tanam stevia ni.

Nak dijadikan cerita, memang isteri saya bawa balik satu anak pokok stevia. Tanam dalam pasu. Memang jaga betul-betul. Tapi akhirnya mati juga.

Saya terbayang juga macam manalah nasib orang yang kena perdaya ni.

Bukan pasal stevia saja. Sebelum ni banyak lagi penipuan seperti ni contohnya penternakan cacing, lintah, serai, ikan keli, macam-macam lagilah.

Apa pun sebelum melabur, berniaga, ilmu kena ada dan kena berhati-hati...Kalau bab nak mintak duit orang beribu-ribu ni, memang licik dan mulut manis.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...