Jumaat, 3 Ogos 2012

Tangkap orang tak puasa

Umat Islam mengetahui bahawa puasa dalah salah satu rukun Islam yang ketiga.

Hukumnya adalah wajib. Tidak menunaikannya dengan sengaja, tanpa sebarang keuzuran dan alasan yang munasabah bermaksud meruntuhkan salah daripada rukun Islam.

Maksudnya berdosa besar jika kita mengingkarinya.

Namun kita lihat senario hari ini, bermacam alasan dan taktik yang digunakan untuk melepaskan diri daripada  kewajipan ini. Hingga ada yang beberapa kali tertangkap, tapi masih tak sedar diri.

Setakat ni tak pernah lagi namak depan mata mereka yang dibawa naik van jenazah 'dolan-dolan'.



Semalam saya ke hospital Muar, menghantar nenek untuk buat pemeriksaan jantungnya. Biasalah warga tua, mesti selalu buat pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah setakat ini sihat.

Sedang menunggu nenek selesai, terpandang seorang lelaki sedang minum.



Dari riak wajahnya, orang Islam

Ya dengan selambanya di depan orang ramai.sungguh asyik. Walaupun duduk ditepi dan agak tersorok, tapi boleh dilihat dengan mudah.

Tanpa segan silu. Walaupun ada yang menegur, tapi tak dihiraukan.

Bila ambil gambar pun, buat tak tahu saja. Janji dapat minum.

Hilang sedikit haus dan lapar.




Caught red handed!

Boleh senyum-senyum lagi.

Sebenarnya saya juga turut bersubahat kerana tolong belikan air.

Masuk kedai nak cari surat khabar, dia sibuk tepuk-tepuk peti sejuk nampak air. 

Satu kedai pandang.





2 ulasan:

APAN berkata...

dolan-dolan tu pe bro?

ingt ke mereka yg dah baligh td...nasib budak lagi. da besar anak ko ye.

Nur Fauzi berkata...

dolan-dolan tu maksudnye jalan-jalan.

budak ni dah setahun 5 bulan. dah boleh cakap nak ape. letih mak ayahnye melayan.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...