Ahad, 5 Ogos 2012

Lee Chong Wei kalah..

Sudah lama tak rasa berdebar menonton perlawanan badminton.

Pertarungan Le Chong Wei dan Lin Dan kali ini boleh dikatakan 'epic'. Berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Di saat akhir set penentuan itu, memang kemenangan boleh menjadi milik siapa saja.





Dua-dua hebat.

Sangat hebat.

Berbalas smash dan hantaran yang membuatkan jantung terasa tersentak menonton.

Tapi apakan daya. Rezeki bukan untuk Malaysia.

Kalau kita marah dan kecewa Lee Chong Wei tak dapat emas, sesungguhnya beliau sendiri berjuta-juta kali lebih kecewa.

Ya, beban yang dipikul hebat. Bukan sebarang orang boleh melakukannya.

Apa pun, tahniah buat Datuk Lee Chong Wei.

Walau tewas, tapi permainan yang ditunjukkan sangat-sangat menghiburkan dan mengasyikkan. Berbeza sangat dengan Olimpik empat tahun lalu.

Perlawanan ini membuktikan dirinya memang layak diangkat sebagai pemain nombor 1 dunia.

1 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

Yang penting beliau dah buat yang terbaik

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...