Khamis, 9 Ogos 2012

Kisah bekas peniaga MLM.

Saya dapat cerita ini dari blog nahdatulizah. (klik untuk baca)

Dulu saya ada kongsikan pendapat bekas staff syarikat MLM. dan juga rungutan bekas agen Hai-O.

Ringkas ceritanya, seorang yang naik dengan MLM kemudian berhenti kerja suami isteri untuk buat MLM sepenuh masa.

Bila dah crash, downline makin tak ramai, akhirnya bungkus...Hidup agak susah sebab dah takde kerja. Akhirnya berniaga jual makanan..



Alhamdulillah, katanya cara itu lebih tenang berbanding kerja MLM sebelum ini. Tahniah kepada kakak itu kerana tabah, sabar dan menerima hakikat kejatuhannya dalam MLM. Selagi kita tak terima hakikat yang kita sudah tersilap, sukar kita nak teruskan langkah dan cari jalan keluar.

Contoh kejatuhan MLM yang utamakan 'head hunting' sudah banyak. Ini hanya satu dalam beribu. Hakikatnya ramai lagi yan mengalami nasib yang sama.

Bila dah dapat berpuluh ribu dari MLM, sanggup berhenti kerja. Akhirnya tindakan itu memakan diri sendiri..

Kepada yang mahu cari duit lebih, ada banyak platform lain selain daripada 'join' MLM.

Buatlah perniagaan kecil-kecilan macam perniagaan dropship ke. Itu lebih elok. Walaupun sedikit tapi berkat. InsyaAllah...Lagi-lagi kalau bulan puasa, nak cari duit rayelah katekan...

Anda ada pengalaman dengan MLM?

3 ulasan:

Unknown berkata...

thanks sebab sudi share.. kita perlu menyedarkan kawan-kawan bisnes yang salah dan hanya untung sekelip mata je..
Biarlah rezeki tu berkat walaupun sedikit.. :)

Nur Fauzi berkata...

kongsi untuk kebaikan.
dalam blog ni pun saya banyak kritik tentang MLM

Fauzi Blues berkata...

Ada duit lebih tu elok la simpan emas fizikal...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...