Selasa, 20 Mac 2012

MLM Hai O - rungutan dan luahan bekas agen

Dalam entry yang lepas-lepas saya ada ceritakan tentang entry yang ditulis oleh matjoe.

Entry berkenaan Hai O itu agak mendapat sambutan dan komen hangat.

Terdapat beberapa insan yang mengaku sebagai bekas agen yang turut memberi komen dan juga menceritakan bagaimana upline atau 'leader' yang kononnya sudah berjaya ini mempengaruhi ahli baru.

Kesimpulan daripada komen-komen yang ada, leader MLM Hai ) membuat manipulasi pelan, mempengaruhi ahli baru membuat fast track (beli pangkat), dan juga membuat banyak helah dan janji manis untuk mempengaruhi prospek baru.

Ahli baru yang menghadiri diajarkan beberapa cara untuk menarik ahli baru. Kebanyakan cara yang dilakukan boleh dikatakan sebagai helah dan penuh pura-pura.

Ahli baru yang termakan pujuk rayu upline kebanyakannya mengikut saranan upline supaya menyertai dan membuat pembelian pertama sejumlah RM 20 ribu. Ya, RM20 ribu untuk pembelian pertama. Banyak bukan? Ada juga yang masuk dengan belian pertama berjumlah RM40 ribu.

Apa kesannya jika downline buat begini? Komisyen dan bonus upline naik mencanak-canak. Kalau bulan itu sahaja berjaya rekrut dua orang downline yang masuk dengan RM 20 ribu, masyuuuukkk!!!!!

Produk? Produk di situ menjadi sebagai helah atau syarat menyertai pelan. JAdilah pelan ini tak tupah seperti skim piramid yang berproduk.

Saya letak beberapa komen yang ada di blog matjoe:




nirza2020 said...
lupa nak share. ada juga yang berjaya dengan cara yang kreatif.

member sy buat loan rm150k.
dia terus masuk hai o semata2 nak terus naik pangkat cepat. jadi masuk2 je terus ada 7org dibawahnya (dah siap2 susun nama yg mana biasanya nama2 downlinenya nama family atau kwn2 yang terdekat) sebelum dikembangkan mencari doneline baru. jadi bile dah dpt bonus n income yang best akan dijadikan modal cerita basru masuk sebulan je terus dpt income mantap..

org yang tak tau cara dia mausk ni memang akan percaya lah sbbnya kereta dah bertukar baru, baju baru, gaya baru, segala2nya baru dan meyakinkan...

haihhh saba je la.. yang baru masuk bawah dia tu sakit merana tak dpt dan tak berjaya nk mencari downline mcm mber sy ni..kesian je..
mber ys ni kongsi rahsia pd sy bile tau sy dpt masuk hai o ni...sbb pernah sekolah sama dulu tapi lain leader. mcm2 je kan..
nirza2020 said...
Salam Linda

awk punye kes same mcm mber saya..
sy doakan awk akan dpt peluang rezeki utk cover balik modal bisnes hai o yang tak betul ni.

Semalam baru je saya pegi HQ HAI O yang kat Kapar. Giler belagak n dilayan macam ANJING!
si Soo Yong yang bermasalah! haihh saba je la..

terlalu banyak cerita dongeng yang diwar2kan kalau belum masuk bisnes ni. tapi lepas dah masuk HAMPEH je. tapi nnti penyokong hai o akan marah pulak.

memang la realiti kehidupan tak selalunya indah tapi please la bukan penipuan.

bayangkan ada seorang member sy yang nak join dibawah sy, leader saya suruh sy tipu bgtau korset sy dah habis dijual...eeee baru je masuk dua jam nak kata dah habis.. jadi sy boleh bayangkan leader sy tu berjaya dengan cara yang macam ni la. leader2 lain pun sama.
semuanya ber penekanan cerita2 yang indah belaka, korset habis dijual(padahal belum laku langsung)...

sy tak taulah kalau ada yang berjaya dengan cara yang jujur tapi sepanjang pengalaman sy join kelas rabu malam n sabtu malam tu majoriti speaker(leader) akan mengajar menipu, kena puji2 leader sampai la potential prospek tu cair hati utk join.

dat y trademark dia : follow the leader confirm BERJAYA!.. 



Linda said...
Cube tanya Hanis tu, dia kenal tak semua downline bawah dia??
Confirm TAK kan??

Tapi sibuk tayang slip bonus dia dapat 250K++ .
Tanya diri sendiri dari mana dia dapat duit tu?

Kalau tak dari duit downline lah Kan??
Ni semua penganiyaaan!!
oarang bawah mcm I ni keluar duit, set PB tak laku !!

Macam mane Hi-O nak control harga product?? ade org jual murah sangat2.!
Macam mane orang nak ber biznes?

Ade orang buat lelong everydAY??
promotion berlambak!

Abis tu macam mane nak untung nye??
Siapa nak beli dari agent yang tak nak bg diskaun?

Siapa nak beli kalau dah semua orang buat biznes yang sama?

Honestly, I dah pakai 3 bulan, Product ni hampeh!!
CEPAT KOYAK!!

I call hi-O customer service !!
Ape makna LIFEtime warranty??
Bukan semua damage diorang akan FIX ok!!

tengok keadaan PB Tu!!
Company boleh reject any time kalau diorang rasa PB tu tak boleh repair !!

WHAT the WHAT kan??
Beli mahal, kalo rosak, tengok nasib je !!

Suke Hati !!
agent2 yang jual tak di beri penerangan mcm tu pun masa nak join .

I pun tebal muka nak face client I.
Seriusly.. Its NOT a good biznes at ALL.

Jual nasi lemak pun takpe.
HALAL tanpa RIBA !!

seb baik aku cepat sedar.

kalau tak caya call hi-o hot line .
1-800-88-2700

Helpdesk diorang sendiri cakap, ramai complen pasal PB, & diorang dah bg tau supplier to improve !


WHAT?? selama ni Hi-O tak check ke if supplier diorang tu bagus??

Nak berbiznes tak salah.
just make sure HALAL , NO RIBA & GOOD product ok!!

-Distributor tertipu- Linda

** Sayangnya komen-komen tersebut telah dipadam oleh blogger matjoe dek kerana serangan spam menggila (disyaki dari mereka yang tak puas hati). Ini sahaja beberapa komen yang sempat saya 'copy n paste' .

Tapi, walaupun kita buat report pada pihak yang berkenaan, syarikat tetap lepas sebab mereka ada lesen jualan langsung. Biasanya dalam keadaan macam ini, yang akan dipersalahkan adalah leader/upline yang buat manipulasi pelan begini.

Syarikat lepas, walaupun sebenarnya syarikat tahu yang manipulasi pelan, beli pangkat ini salah. Kenapa? Sebab manipulasi begini membawa keuntungan yang banyak pada syarikat. Syarikat mana yang tak mahu jualan mencanak naik?


130 ulasan:

ROJAK berkata...

bagusla kalau bekas agen sendiri yang bongkar taktik dorang tu. ini bermakna semakin ramai orang menolak MLM

APAN berkata...

haha...siap ngan pengakuan tuh...

bro...aku rasa xde button share dlm blog ko nih...contoh, aku nak share entri ni ke fb, aku kena copy link pastu paste dlm fb.better pasang button terus...aku rasa ramai je kot yg nak share entri ko :)

cek chun berkata...

Baru habis belek komen kat sana.
Syukur ramai dah insaf.

Nur Fauzi berkata...

apan:
eden ni blogger cabuk.
tak reti haa nak buek button share semua tu
maklumlah dah tue bangke..pasal IT ni lombab sikit.

cek cun:
tu baru satu MLM, belum lagi yang lain-lain.

Nur Fauzi berkata...

rojak:
taktik MLM ni lebih kurang juge, sebab leader ni banyak lompat2 syarikat. jadi guna trick kat company lama, bagi tukar2 sikit.

redlomo berkata...

pengakuan kisah benar.. yang mmg benar...

Nur Fauzi berkata...

rdlomo:
thank you for your visit.
kesian benarnya baca pendedahan mereka ni. macam2 cara org nak carik duit sekarang ni

nirza2020 berkata...

Saya baru melawat blog ni..

nirza2020 berkata...

Saya baru lawat blog ni..

Nur Fauzi berkata...

nirza:
terime kaseh datang jenguk

nirza2020 berkata...

Sama-sama. terima kasih tlg sebarkan. skrg makin ramai yang masuk juga makin ramai yang keluar sbb pendedahan macam ni...

Tipah berkata...

salam,

jemput datang blog spesel :)

http://premiumbeautifool.com/

Nur Fauzi berkata...

Tipah:
tambah sikit.
blog spesel for brainless people.

teraniaya berkata...

ala da beli pun pb...bru jumpa n3 ni....bazir je duit....hurm:'(....betul la 1 korset tu depa boley dapat untung 800-900.....huhhh.....

Nur Fauzi berkata...

syarikat memang dapat untung berganda la...satu corset dah lebih RM2k. tapi tak tau la kalau harga agen dapat berapa. agen rasa dapat ciput je, syarikat la paling 'masyuk' dapat duit.

Tanpa Nama berkata...

bg sy kalau da ade kena mngena dgn sistem MLM nie baik tak paya join... sbb ada unsur penindasan.. apa jd pada downline yg bawah skali yg terpaksa merangkak2 cri sale untuk beri bonus pada upline.. bukan ker ada keluar fatwa mgatakan sistem MLM nie HARAM.. ORG ISLAM DAN MELAYU terutamanya kena sedar DUIT x datang begolek2.. kalu btol nk berjaya create 1 benda tuk dijual.. sendiri jd usahawan..xperlu ada upline ker downline ke hape!!

seindah biasa berkata...

Memang menipu tul..kcian kt org yg niat nk cri lebih pndpttn..sah2 kna kencing..aku bru niat nk join .

seindah biasa berkata...

Bru igt nk join..alih2 jd mxm ni...tkutnya..dhlh..kita ni pun bukn org senang..bru nk merangkak..apara...

seindah biasa berkata...

Mcm 2 punya org pun ada no..

K.hana berkata...

Hai o ni ada banyak group di bawahnya... saya pun dah join... alhamdulillah saya join modal rm50 je...

Saja nak buat part time bisnes daripada online memanjang x buat apa membazir je kan...

Kami di stg cuma perlu modal rm50 sahaja untuk jadi ahli. Macamana nak dapat keuntungan terpulang pada kebijaksanaan sendiri.
Modal kecil perlahan2 naik dan terus berjaya lebih baik daripada modal besar terus naik tapi jatuh semula...

YG kata tertipu tu, x fikir masak2 tu nak keluar modal sampai berpuluh ribu... point terus nak untung tapi x ingat liku2 perniagaan...

Saya tidak kata hai o penipu... sebagai seorang yg bijak fikir masak2 setiap langkah.

Jangan kecam saya....
Nak join hai o modal ciput rm50 jom join kami di STG.

Tanpa Nama berkata...

Modal 50....tpi renew tiap thun pon 35 rggt

K.hana berkata...

Yg dah jadi upline pun dulu asalnya downline juga.... merangkak juga nak jadi upline...
Saya rasa sini tiada kata penindasan....
Tepuk dada tanya selera.... Kalau rasa nak dan tekad... Boleh je join tapi kalau yg rasa2 nak join terus nak dapat bonus beribu2 memang x dapat tolong hihi

K.hana berkata...

Ya betul renew keahlian rm35 setahun.... yuran keahlian tu adalah untuk sistem dan lain2 yang berkenaan.... jika buat betul2... tiada beza dengan cosway pun setahun renew rm30... even kad NSK pun renew setahun sekali hihi

Unknown berkata...

Assalam encik..saya pun dah terkena..sy mmg benci MLM..jadi sbelum join sy dh search and kaji bto2..tapi x jumpa plak blog yg kata hai-o ni penipu..lepas je join terus dpt tgk blog ni..mmg dh nk terkena..Allah maha berkuasa..so sy pon dh kehabisan 8k..anak dalam perut x lama lagi nk kluar..ingat nk cri duit lebih tp nmpaknya rugi lg byk..sy join sbb niat sy untuk berniaga tp ditipu oleh bdk2 MLM..

Unknown berkata...

good info..
Saya sblm ni phytoscience...plan marketing pun lebih kurang macam ni.. join sebab nak kejar bonus, produk tersontot buat sendal pintu. buka kaki taja diri sendiri..lebur 6k..akibat tak dengar nasihat suami hihi.. Akhirnya saya pilih jual emas..brg kemas. biar kita jual produk, jangan jual plan nak untung cepat. lambat takpe, janji bebas penipuan...

shirigami86 berkata...

Pada saya MLM n bgus sbb bg y nak mula bisnes wajib tahu selok belok perniagaa n... event u alls nk buka bis sendri pon mesti nk kena ada modal nege...apa produk y nk dijual.. lokasi penjualan.. tp u alls mesti xda ilmu mcmna nk mula berniaga... pengalaman sy.. mlm x salah...y salahnya orang y membawa anda y bersalah ..satu je y perlu saya ingatkan ( syarikat y sama, produk y sama tp kepimpinan leader shj y tidak sama).. sebab ketamakan pemimpin anda y buat anda ditipu... kena fikir lojik

missija berkata...

Minta pm sy 0176220252'

Unknown berkata...

Hehe...sy rasa skrg semua bisness mesti ada downline n upline...agen ke stokis.semua title tu sama je..harga pun berbeza ikut agen & stokis.sy dh byk join bisness..semua terpulang pd kita.tp biar la start bisness ngan kemampuan kita.jgn disebabkn pgkat/title korang terkinja2 nk keluarkn modal di luar kemampuan..memg naya.sy join bisness hai o pun bkn start modal puluhn ribu..yg penting cekalkn ht & pendrian..kalau org pkse kita bli kita xnk kn?so,kalau kita niat nk membantu org lain &nk juga rasa selerti leader2 rasa,follow je apa yg dorg ckp.kalau ada yg rasa xmpu buat,niaga seperti biasa.jgn pkse dr.tak salah nk bisness cr MLM tp mesti ada produk yg korang nk jual bukan yg ckp pakai air liur.tgu 2 mgu sekian sekian dpt income sekian sekian..nk jd ahli hanya rm 50 shj..mana taw ada sedara mara yg minat ngan produk garam buluh...pm sy k

Unknown berkata...

Hehe...sy rasa skrg semua bisness mesti ada downline n upline...agen ke stokis.semua title tu sama je..harga pun berbeza ikut agen & stokis.sy dh byk join bisness..semua terpulang pd kita.tp biar la start bisness ngan kemampuan kita.jgn disebabkn pgkat/title korang terkinja2 nk keluarkn modal di luar kemampuan..memg naya.sy join bisness hai o pun bkn start modal puluhn ribu..yg penting cekalkn ht & pendrian..kalau org pkse kita bli kita xnk kn?so,kalau kita niat nk membantu org lain &nk juga rasa selerti leader2 rasa,follow je apa yg dorg ckp.kalau ada yg rasa xmpu buat,niaga seperti biasa.jgn pkse dr.tak salah nk bisness cr MLM tp mesti ada produk yg korang nk jual bukan yg ckp pakai air liur.tgu 2 mgu sekian sekian dpt income sekian sekian..nk jd ahli hanya rm 50 shj..mana taw ada sedara mara yg minat ngan produk garam buluh...pm sy k

Tanpa Nama berkata...

nasib baik sy search dulu pasal ni...adeii...

Unknown berkata...

Sya pun masuk phytosciene juga.. sya pun cepat sedar tp duit rm350 da lebur kalu bli kfc mau 3 minggu kenyang.. bila tgk ig org phytosciene tayang duit atas meja sya trus teringt itu diantara duit sya yg korg guna 😬

Unknown berkata...

Sya masuk hai o sbb nk bg suami sya minum kopi yg sesuai utk kencing manis.. sbb suami tak minum air manis lain.. lepastu sabun mandi utk suami dan ank ada eczema.. kesimpulannya sya bli barangan hai o utk kegunaan diri dan keluarga bukan utk menjual pada sesiapa.. kalu sya nk berniaga biar sya cipta satu barang dan jual itu lagi berbaloi tak pyh fikir nk cari downline pun ��

Unknown berkata...

hai-o ni banyak group..kwn sy sendiri penah terkena n terpaksa buat loan rm20k untuk join satu group..tak Ada ilmu, tak da sistem,tak Ada mentor ...merugikan.so hanya dapat bonus bln pertama....rm20k berkubur begitu saje..sape rugi? so pilihla group Yang betul...STg team pilihan repay dgn modal pendaftaran RM5O..semua diajar Dari A to Z..hnaya ikut ape Kata leader..terpulang pada diri sendiri..jika ingin mengubah diri n taraf hidup...tepuk dada Tanya selera..

Joyah berkata...

Mari Join saya di COWAY.. tk payab nak downline bagai.. tugas kita jual product je. Tk payah nak keluar modal . Dapat jual product dapat komisen. Tk ada org paksa2 , tak payak nak tipu2 downline bagai. Kalau malas tk de la duitnya.. jadi partime boleh. Jadi fulltime ade basic lagi! Sebab tu ramai yg jadi agent coway ni.. memang masyukkk. Kalau berminat PM saya. 010 7131489/ Fadh.

Tanpa Nama berkata...

Hai o Byk group Bai. Kne Cari leader cun mentor cun modal actually rm50 ja register.. Then jual Produk.. Dpt komisen dan Untung runcit. Xpyh modal ribu riban. Nk byk komisen Kne kerja Keras. Bkn memeras downline kluar modal. Kami team stg memg telus melus. Xbuat Xdpt even ko duk atas skali pun ko xde sale Xdpt gak bonus monthly. 😁

Tanpa Nama berkata...

few years ago, kwn sy pernah join hai o under salah sebuah group...dipaksa ambil stok 10PB korset dan 10water filter...so dia tanpa fikir panjang trs buat personal loan tanpa fikir akibatnya...
buat biz tanpa ilmu mmg kelaut jadinya
begitulah nasib kwn sy ni...akhirnya water filter jadi tukun simpan bwh katil sbb tak laku..

tapi berbeza dgn apa yg sy hadapi setelah sy join STG (salah satu dr group hai o)dan register rm50 je..sy join mulanya bukan fikir nak wat biz..sbb saya rasa sy x berbakat..tp sebabkan produk yg berkualiti seperti sabun dan shampoo marine essence...dan info dr kwn saya..akhirnya saya terjebak dan terus buat biz online

sya dah dpt menuai hasil setiap bulan(x pernah missed pun)sbb coaching n guide dari lider yg berterusan..ya mmg ada yg berhenti separuh jalan sbb give up dgn diri sendiri...biasalah dlm biz ni mmg byk pancaroba nya...

tiada paksaan utk mulakan biz dgn 20k pun sebenarnya dlm hai o
semuanya bergantung pd diri sendiri dan keyakinan masing2x

pasal renew member pun
bila renew kt akan dpt kupon dan kupon ni blh digunakan utk beli balik produk..

pengiraan bonus pun telus...dan mudah difahami...bonus bulanan dapat...untung pun dpt...x siapa nak biz tp x da untung kan??

stok??setakat ni x pernah lg sy simpan stok bawah katil...setiap yg sy ambik..mmg selalu LICIN..

so...renung2xkan...feel free to ctc me..if rs nak belajar mcm mn nak wat biz n jadi lebih positif...😊

Unknown berkata...

Sy join stg bkn sbb nak dpt untung tp sbb sy nak pakai produk dia...apa yg mentor suruh sy buat mmg sy buat mcm buat iklan dlm fb,add org bnyk2 biarpun x kenal...sy x kisah sgt org nak order ke org nak join ke...sy x paksa juga...klu ada rezeki sy ada la...klu xda x pe mungkin rezeki sy masih sesat x jumpa jln nk dekat dgn sy...haha...dlm otak sy cuma pikir nak beli produk utk kegunaan diri sendiri ataupun utk family...dri pembelian blh dpt bonus...walaupun sikit2 dulu...org ckp sikit2 lama2 jd bukit...

izah berkata...

haha yg rezeki masih sesat tu mcm betul je kan hahah sama la kita. apapun terpulang dgn leader / mentor masing2. ada mentor yg suka memaksa, klu downline tak ada sale, siap kena marah dikata , tak nak berubah lah, tak nak jadi kaya la, tak berusaha lah, manusia beralasan la etc. pedih juga hati klu kwn2 yg x buat sale tu sbb rezeki org kan lain2, bkn semua mampu nak kluarkan modal ribu riban. diri sendiri pun kais pagi mkn pagi, ni kena lagi kluarkan modal beli produk sebab nak kejar bonus. sbb klu tak ada bonus bulan tu, bak kata mentor- korang tgk je laaa kami2 yg ada bonus nii.. haih.. panas kita wak. hahaa

Unknown berkata...

Duh..thank Q byk² dgn info ni,sy baru je ingat nak join,blm join dah taubat terus..hahaha..selamat RM50 aku..

Unknown berkata...

Tetttt haha bru aiii nak join juga. Thanks God I dah jumpa the truth. What a melayu business #badliar

Unknown berkata...

Tetttt haha bru aiii nak join juga. Thanks God I dah jumpa the truth. What a melayu business #badliar

Tanpa Nama berkata...

memang sah penipu ler kalau bru join jer dah labur 20k 40k . ilmu blum hadam dah labur puluh2 ribu wtpe .

saya sndiri dah join . masuk mmber rm50 jer . hai o bagi peluang untuk jdi usahawan . beli produk bukan semata2 untuk jual jer . sndiri guna sndiri share kebaikan . ada org nak beli jual hrga yg syarikat sdiakan . tak pun sndiri yg tntukan hrga .

hai o nie syarikat besar . bnyak group lagi bawah syarikat nhe . ada yg guna produk hai o nhe untk MLM.

kalau stakat labur rm50 takde mkna nak ruginya . dri sndiri jer . tq

Nur Fauzi berkata...

Kau tengok tarikh artikel ni bile.
Sekarang ni tarikh berapa?

Baru kenal mlm hai o ke?

Nur Fauzi berkata...

Pusing-pusing kebanyakan mlm gitu la. Buat headhunting ramai. Sebab cepat naik/kaya. Tapi cepat bungkus.

Ieda Sofea77 berkata...

Bru nk join bca blog nie cancel terus.. Org Ats kaya.. Kita kayapp.. Selamat rm50 ku

Ieda Sofea77 berkata...

Bru nk join... Bca blog nie terus terpadam Niat... Selamat rm50 ku

Ieda Sofea77 berkata...

Bru nk join... Bca blog nie terus terpadam Niat... Selamat rm50 ku

Siti Zubaidah Sabella berkata...

Baru berkira2 nak join...tp modal rm62k... saya fikir 200 kali...sbln nk dekat rm900 bayar loan....belum join upline dah tlg jual 1 korset pb... ok ke x ni....konfius saya

Nur Fauzi berkata...

Puan. Kalau nak masuk pun tak payah sampai 60ribu...itu dah banyak benar.
Boleh bermula jadi ahli dan jual produk dulu...tak perlu ambil stok sampai berpuluh beribu rm.

Tanpa Nama berkata...

Sy pn baru nk join yg modal 62k tu.
Tp leader smua yg coaching a-z.. apa yg dorg gtau mmg xkn ggu gaji hakiki kita utk settle modal tu..
mmg demand cust tinggi dgn set pb bgai tu n brg hai o yg lain, so mcm ade highmarket la nk dpt bonus bln2 tu..mcm akan wajib dptla..
sy was2.. smada nak join atau x..
mcm jerat diri pun ada..
bole spa2 bg pencerahan..tq

Nur Fauzi berkata...

Itu taktik puan. Bila dah dapat 62k ke syarikat, kenyang upline dapat komisyen.
Tu cara nak buat head hunting. Nnt disuruh cari orang lain untuk masuk bayar harga gedabak begitu juga.
Bagi penumbuk saje pada upline yg paksa keluar duit 62k tu.

eniesamrin berkata...

Yg buat plan sampai 20k tu bukan syarikat tapi group.

Jika nak join hai-o..

Join group yg x tindas kita.

Saya mula rm50 saja pun..

Dari sekotak kopi jadi berkotak.

Bila permintaan bertambah..

Memang terniat mau buat stok besar supaya anak² buah senang
nak buat sales.

So...jgn salahkan syarikat sebab kesilapan group² yg mau cepat kaya.

Jangan pandang negatifnya saja..
Apa kata jeling sikit apa yg positif pula.

Orang kata kalau berniaga tu seimbang niatnya.. Tak kisah pun join syarikat mana.

Plan bonus syarikat dah lawa dah.. 67% tu..😊😊

Just silap group saja yg buat ramai orang pandang jelek dgn bisnes MLM.

Ada tak yg berani join saya..

Meh pm kita meh..0178606362

Cabar diri...dapat ka tidak start bisnes hai-o dgn rm50 saja.

😊😊😊
Salam kejayaan dari saya seorang STGian.

eniesamrin berkata...

Bergantung dgn leader sesuatu group dan kekuatan kita nak buat bisnes tu..

Saya ok ja mula dengan rm50 saja.

Nak buat sales lawa dan bonus cantik..

Ada caranya..

Banyak² mlm sy join..

Alhamdulillah sy bertahan selama 2 tahun dah dgn Hai-o dibawah pimpinan leader STG..

Memang terbaik!!

Nur Fauzi berkata...

Ya. Syarikat boleh senang lepas tangan dengan salahkan pada agen. Senang kan?
Agen buat head hunting fast track berjuta sales syarikat masuk sebukan. Mustahil syarikat tak tahu kalau rujuk pada resit belian yang banyak beli stok macam beli pangkat.
Takkan syarikat nak buang agen yang naikkan sales syarikat.
Tapi bila naik isu head hunting, beli pangkat, terus salah agen semata.
Syarikat selamat, duit pun lebat.

Unknown berkata...

Haaa..orang tamak selalu rugi..saya dah join rm50 aja pun...itu pun dah blik modal..dengan belian minkaffe dan maharani..guna sendiri saja.sambil jaga kesihatan dapat bonus..
Perhatian!!orang tamak selalu rugi.

Team#TZHAT181
#PROJEK SHOM
#PENGGUNA BIJAK.

Berminat nak join Watsapp 0198816772.

zafidi berkata...

Salam semua,byk ulasan pasal mlm ni smpi ada yg rugi berpuluh ribu dan terpaksa bergadai,bg sy utk bt sesuatu kita mesti bermula dari bawah dan mulakan step1 kita tanpa gopoh

zafidi berkata...

Org selalu ckp xpyh masuk mlm sbb nk kena cari downline n kena jual brg,bg sy apa2 perniagaan yg kita ceburi pn kita akn bt benda yg sama sbb kalu kita xaktif perniagaan kita akn lingkup

Tanpa Nama berkata...

kawan2 aku semua tgh gigih war2kan pasal projek STG ni... lpas tu, di ceramah nya aku sebab dia kata aku ni terlalu selesa dengan keadaan sekarang selesa dengan ape yg aku ada sekarang... ye mmg betul kalau nak semua tu kna usaha kejar duit, tapi bagi aku pulak jgn sampai jd HAMBA Duit..ayat diorg pon mcm good2 je..hahaha...korang cerita laa bape banyak bonus korang dapat, melancong ke, melencong ke, aku tak terkesan n tak berminat pon..hahaha..

Fatimah berkata...

Yeke penipu!! Malas le nak bg cdm,ssm.sm cepat kaya..Saya baru 2 minggu join.stg Ni..

Nur Fauzi berkata...

Kalau sekadar jual retail untung berape sen brader.
Upline yang kencang semua tu ingat jual sangat ke. Head hunting downline

Nur Fauzi berkata...

Sorry. Anda tak belajar dari kesilapan.

Nur Fauzi berkata...

Nak bonus cantik, kena ade downline juge yang mantain dan buat sales tiap bulan.
Leader yang sembang kemas tu ingat jual produk semata? Makan komisyen dari sales downline la.

Tanpa Nama berkata...

ade tak.yg boleh terangkan ape beza cla dgn stg...

Nur Fauzi berkata...

Hanya group yang berbeza bawah mlm hai o. Beza leader. Produk, marketing plan ikut hai o semua.

Ada group yg agresif buat headhunting.

Unknown berkata...

klo betul byk income jual brg haio, knp mn2 ahli hai o sibuk post ajak org join jd downline? ye..mmg mn2 bisnes yg guna dropship n agen lebih kurg sma mcm mlm tp ikut sbnr sgt berbeza.. sbb mlm akn berterusan smpi bwh tp dropship n agen biasanya stakat tu je n x cari org bwh, cuma jual produk. ada yg complain Tupperware, amway, mary kay dll pn mlm mcm haio tp yg membezaknnya, hai o nmpk sgt terdesak cri downline, yg lain hny fokus jual brg n kdg kala promote.. klo x ada downline pn maintain dpt income..

Unknown berkata...

Betul tu sis, sye pon join haio ni, takde pon kne buat loan smpai rm20k bagai tu...just bayar rm50 utk jadi ahli, then ikut kite la nk jual bnyk mne pon...takde kes penindasab ke ape kt sini, kami dlm team buat gerak kerja same2, takde pon org atas tu asal nye dri hq ke ape...semua mula dri rm50....yang kene loan smpai rm150k tu sbb die nk naik pangkat cepat...ok ape, die dpt bonus lebih, org yg suke damn org lain ni sbb ko TAK BOLEH TENGOK ORANG BERJAYA...tepuk dada tanye hati ye

Unknown berkata...

Betul tu sis, sye pon join haio ni, takde pon kne buat loan smpai rm20k bagai tu...just bayar rm50 utk jadi ahli, then ikut kite la nk jual bnyk mne pon...takde kes penindasab ke ape kt sini, kami dlm team buat gerak kerja same2, takde pon org atas tu asal nye dri hq ke ape...semua mula dri rm50....yang kene loan smpai rm150k tu sbb die nk naik pangkat cepat...ok ape, die dpt bonus lebih, org yg suke damn org lain ni sbb ko TAK BOLEH TENGOK ORANG BERJAYA...tepuk dada tanye hati ye

Unknown berkata...

Betul tu sis, sye pon dah join bwh stg, takde yg rugi pon...kalau nk bonus lebih, jual lebih produk...ikut gerak kerja la, kalau mls kena tinggal...mane2 kerjaya pon mcm tu...dlm stg takde istilah menipu, semua bermula dri bwh...entah agent mane la yg kena rm20k bagai tu...

Unknown berkata...

Hai o memang x menipu sbb dia jual produk dia..tp yg STG tu hapa kebenda plak...create 1 bisnes berangkaian/networking guna produk hai o utuk tarik org msuk jd down line..

K.hana berkata...

Hai o ni syarikat besar...
Bawah di ada banyak anak2 dan group..
Dah nama bisnes marketing mestilah ada banyak group stg ni salah satu group yg ada dalam hai-o... Kenapa ramai pilih join melalui stg sebab modal keahlian cuma rm50.... Dah join nak buat mini stokis ke nak buat loan untuk stok ke itu pilihan sendiri tiada paksaan...

Saya pun suri rumah jenis...join under stg buat on off je... Dah capai ssm... Tak de beza pun dengan bisnes jadi agen jual baju,kasut, len yg saya pernah join dulu konsep niaga dia... Yang membezakan nya ialah di stg ada sistem, mentor dan ilmu sentiasa di kongsi...

Dengar mlm je org akan ingat kayakan org atas upline... Negatif sangat minded.. Saya rasa tak de bezanya pun kerja swasta, kerja makan gaji pun kayakan org atas juga.. ������

Nur Fauzi berkata...

Ini alasan dah lama la kak. Negatif minded, kayakan orang atas, bla bla bla.

Kau kerja, kau dibayar. Orang atas kau (majikan) bayar kau.
Kau dalam mlm dah la kena keluar duit. Mlm lagilah kayakan orang atas, dengan company sekali.
Produk overprice dah satu hal. Beli harga ahli tu dah siap untung dah syarikat.

Ni benda lama berulang kembali saje.

Tanpa Nama berkata...

Setuju.. Sy ada masuk satu group kosmetik yg sy rsa mlm tp smua leader ckp bkn mlm..(ketara mlm) time kwn lama promote sy,bkn main lagi sms tnya kabar bagai,aktif like n komen fb sy.. Bila sy dh xaktif lg, dh xkena kwn lagi.. Pngajaran sy dpt dari sni- ada org kawan dgn kita brsebab, bkn semua ikhlas brkwn.. Ada yg brkwn utk bisnes je. Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Yea betul...tu semua taktik je, nnt last2 upline akan bgtau jual produk je x dpt untung, kena buat sponsoring, bila tnya kena cari org ke, jwpn nya taklah, zmn skrg kan smua d hujung jari, org yg dtg cari kita...hakikatnya, sama je kita yg cari org...

Lissa berkata...

Aduhai...kesiannya dgn orang2 yg x fikir panjang & nak cepat kaya ni. Ukur baju d badan sendiri lah...nama pun nak cari side income kenapa sanggup labur 20k-40k??

Saya member STG. Saya labur RM50 ja. Tak lah termiskin dgn labur RM50 tuh. Saya join sebab saya penggemar minkaffe & set ME..family pun suka.

Bila beli n guna sendiri n tolong beli utk family n friends..tgk2 dpt bonus hujung bulan...sukalah saya. Bonus pertama saya RM82. Siapa nak bagi kan...dah lepas pun modal.

Skrg saya buat betul2 dan dah naik SM pun. Downline saya? Semua mak2 yg beli n pakai sndiri. Tak adanya yg labur smpai 150k 😂

Dan lagi untuk yg tak faham, tinggi mana pun downline labur, ia cuma naik kan ranking upline tp bukan bonus upline ya. Upline akan dapat kosong, wala, telur ayam kalau dia x buat. Jgn nak fitnah kalau x tau.

Dan lagi dlm STG bila rank dah sampai nak naik SSM tp downline tak ada lagi yg naik SM, sampai ke sudahlah d pangkat tu. Tak kan naik. Upline kena toling downline naik baru dia boleh naik ke rank seterusnya.

Alhamdulillah saya x ada apa2 masalah dgn STG. Dan pernah juga bonus downline saya lgi besar dari saya. Tak ada hal pun. Siapa buat dia dapat. Siapa tamak dia rugi. Tu jerr

Tanpa Nama berkata...

Saya pun baru join RM50.. husband suh buat jek.. tak perlu.kua modal besar.. slow2 sudah.. tak rugi besar pun kluakan 50 untuk mencuba..
Lagi pulak, leader saya pun tkde nk pakse kua modal tuk beli stock.. tgk kemampuan kita atau kesanggupan kita la.. kalo betol awak kata org atas makan duit orang bawah, insyallah kalo saya diberi rezeki bonus masyuk hasil dri orag bawah, saya akan kuakan modal untuk downline saya pulak.. saya kua modal saya dpt bonus, barang pun dpt.. downline pun dpt bonus..

Huhu..tu pun kalo berjayala dpt bonus besa.. sebb saya skrg ni saya takkan kua modal pun.. cukup la 50.. ada org nk saya amik stok.. tak rugi apa pun...

Nur Fauzi berkata...

Itu yg upline nak. Downline aktif. Dia buat maintain bulanan beberapa ratus rm saje, dapatlah komisyen dari ahli bawah yang buat belian bulan tu.

Mlm ni dah lama berzaman.

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya macamana nk login sahajidah hai-o sekiranya forgot password.. Saya mmg dah xingat dah.. Tolong beri pencerahan..

Tanpa Nama berkata...

Boleh rujuk page pnc 'perangi najis claka' admin page bongkar habis pasal cla

Tanpa Nama berkata...

Sila call hq pasal paswod anda

Unknown berkata...

renew rm35.. tapi dapat bodywash me yg harga rm41..

Umie Yusoff berkata...

Saya join pada September 2017. Leader suruh buat sale seminggu RM400. Barang semua beli dari leader. Minggu pertama saya tak buat sale sebab nenek suami nazak, asyik berulang balik kg. Minggu kedua sy buat sale RM400++ (beli untuk diri sendiri sebab nenek suami masih nazak) tapi leader tak punch, katanya dah lewat (Masa tu pukul 11 malam). Padahal dia dah warwarkan dalam group wasap boleh beli sebelum 11.59 malam. Takpe lah, saya anggap takde rezeki. Minggu ketiga saya buat sale RM500++ (beli untuk diri sendiri jugak sebab nenek suami meninggal, seminggu di kg), leader masih tak punch. Rupanya ada perselisihan faham antara leader2 atasan. Saya ada post di FB mohon tarik diri dari stg. Teruk jugak la saya di kritik. Sampai sekarang tiada khabar berita mengenai punch saya tu. Saya cuba nak join group yang lain, tapi bila tau masalah saya, terus buat diam je sampai sekarang. Macamana nak keluar dari stg yea? Atau biarkan saja sampai akaun tak aktif? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Saya baru 4 bln join.Tapi yg paling buat saya sedih bila mempergunakan agama utk mengejar dunia.Hari2 leader tazkirah tapi fokus cuma utk bonus gemok,naik pangkat,melancong free.Langsung tak ada balance! Saya mula tak senang dgn stg bila kami downline disarankan utk buat SSP (loan bijak katanya).Leader tak paksa tapi kami ditakut-takutkan dgn ayat mcm..sape buat dia dpt..sape cepat dpt cepat.Malas buat tengok org lain dpt.Lepas tu nak tambah sedap lagi umpan dgn hadiah loket ke,cincin ke.Hadiah paling koman keychain.Tu pun ada yg terliur..sadis betul..
Berlumba-lumba la downline ni buat SSP utk beli stok banyak2.Kebanyakkan stok ahli sendiri pakai.Kalau nak jual memang susah.Sbb dah ramai sgt yg jual.Kalau upline tu tahan la lagi,beli stok banyak boleh edar ke biz partner atau anak buah.Macam kami ni yg bergelar downline,bsli stok banyak2 buat apa!Nak laku keras mmg tipu la! Sudahnya kami yg pakai.
Kesian suri2 rumah yg berpendapatan rendah.Ingat join stg boleh la mengurangkan sedikit beban tapi rupa2nya lagi tambah beban.Berhutang sana sini gara2 nak kejar bonus,pangkat.Bergaduh plak dgn somi sbb somi tak izin dah berhutang.Kena yg ada anak kecik,yg sekolah 5/6 org..memang parah! Somi plak bukan gaji besar.Paham2 je la perbelanjaan kita makin besar sekarang ni.
Yg saya sgt kesal ialah PENIPUAN! Iklan kemain best tapi bila dah join baru tau yg kami kena melabur dlm jumlah yg besar kalau nak dpt insentif2 besar tu.
Hi O sebenarnya tak risau kalau produk dia dia org biasa tak beli.Cukup ahli saja yg beli Hi O dah boleh untung besar kat situ.Tu sbb dia gila2 cari ahli setiap hari.Ramaikan ahli je..untung la dia..
Tu belum bab mempergunakan agama..nauzubillah..
Nak untung dunia,kejar pangkat,harta sanggup kuar bab2 hadis,ceramah ustz itu ini..tapi tak sikit pun menyentuh soal ingat mati,ingat akhirat.Lagi2 suruh buat solat taubat,solat dhuha,baca zikir semata mata utk tambah rezeki,cepat naik pangkat,bonus tebal,boleh pergi melancong
Itulah reality stg sebenarnya

Unknown berkata...

Boleh pm saya.. Apa yg dicakap x betul dan saya buktikan

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Hai O dulu dan sekarang ni sama je, nak cari group yang bebetul ikhlas tu macam takde jer, dulu aku hampir nak terjebak bila kawan punya kawan join nampak macam best, boleh melancong sana sini semua ditaja dan sebagainya. Tapi bila dah buat belian borong tapi tak laku diri sendiri yang rugi, bonus hanya dapat masa buat belian borong untuk dijual..tapi tak terjual pun
Ni sekarang projekSTG rm50 pula, tengok member asyik upload sana sini tentang kehebatan produk HaiO ni..aku terfikir adakah HaiO sekarang dah berubah? Terfikir jugak nak join balik, tapi bila member bising bila gaji nak kluar.. aik kata baru dapat bonus banyak kenapa nak bising pasal bila gaji kerja hakiki nak kluar... konfius aku.. aku yang takde side income ni masih tak mengeluh lagi

Tanpa Nama berkata...

Haio dulu dan sekarang tiada beza, nak cari group yang ikhlas tu memang susah. Dulu ada member yang masuk terus buat belian borong tapi barang tak terjual. Walaupun dapat bonus atas belian tu tapi barang yg dibeli tak terjual.. buat rugi jer
Sekarang ni 10tahun kemudian ada 1 member masuk ProjekSTG dengan yuran keahlian rm 50.. hari hari post fb tentang haio.. melancong sana sini, bonus besar, dan coaching hebat bagai.. tapi asyik tanya bila gaji hakiki nak masuk sebab tahun baru cina nak dekat..berapa banyak bonus yg akan dapat bla bla bla... aik bukan semalam kata bonus STG dah masuk ke? Konfius aku.. aku yg tiada side income pun tak gelabah tanya bonus dan gaji hakiki bila nk masuk.. haila haiO.. group mana la yg kau masuk

Tanpa Nama berkata...

Projek STG ni memperbesarkan bonus yang upline dapat... untuk yang baru masuk 3 @ 4 bulan ni berapa bonus yang boleh anda dapat?

Zul berkata...

Mmg slow² dihasut utk buat loan 20k lepas tu klu tak dapat hasut plak suh beli penapis air..

Zul berkata...

Betul tu duit dapat bedebuk hasil dari hasut orang utk wat loan 20k..harapkan produk brp sgt untung.. sasaran utama cari dan psiko org utk buat ssp..pergunakan agama

Zul berkata...

Betul tu duit dapat bedebuk hasil dari hasut orang utk wat loan 20k..harapkan produk brp sgt untung.. sasaran utama cari dan psiko org utk buat ssp..pergunakan agama

Tanpa Nama berkata...

Sasaran hai o ni cari downline yg keluarkan modal besar.. itu lah untung ribu riban masuk poket

Tanpa Nama berkata...

Barang² nya pun bukan main mahal harga org gaji mahal pun belum tentu pakai barang² hai o ni..

Tanpa Nama berkata...

Betul tu duit dapat bedebuk hasil dari hasut orang utk wat loan 20k..harapkan produk brp sgt untung.. sasaran utama cari dan psiko org utk buat ssp..pergunakan agama

Unknown berkata...

Saya dah join stg...bg saya ok je...modal rm50..free bodywash berharga rm38..
Baru 1 hari join saya dah dpt balik modal rm50..
Dan saya mula dari bawah
Tiap2 bulan saya dpt bonus + untung runcit..

Konsep dia sama je mcm anda bekerja utk majikan..
Company tiap2 bulan untung juta2 anda hanya dibyr gaji...nak gaji lebih buat ot...
Ujung tahun dapat bonus...

Kenapa tak pertikaikan boss asyik tukar kete,asyik beli rumah...
Kenapa tak fikir kita berkerja utk kayakan boss..

Kalau dalam dunia semua berfikiran mcm ni...agar2 apa jadi...siapa nk jd pekerja,siapa nk jd agent,siapa nk jd stokis...sebab asyik pk kayakan org atas...

Saya pon seorang pekerja jugak...
Saya pon buat stg
Saya pon jual baju

Klu anda rasa mlm ni program menindas org bawahan..apa kata anda buat produk sendiri lepas tu jual sendiri tanpa mengambil agent,stokis,ds dan sebagainya

Tgok sejauh mana anda boleh pergi...


Bila kita nak berniaga ke nak kerja bawah org ke..hati kena baik..watpe nak berprasangka buruk je..

Sebelum nak join sesuatu kaji dulu,,pk masak2...
Utk permulaan jgn bermula modal yg byk...biar ckit2 lama2 jadi bukit

Nur Fauzi berkata...

Ada agent, stokis, bukan bermaksud sistem mlm. Jadi cerdik. Isu mlm ni bukan benda baru. Dah berkurun berzaman. Ada saja mangsa yang terkena.

Bos tanggungjawab besar. Bayar gaji pekerja, pastikan syarikat terus hidup supaya kita ada kerja. Ada pendapatan nak tanggung keluarga.

mimie berkata...

Saya pun hai o since 2016 😇. Penindasan? Xde kot. Mana mana pun kita kena berusaha, nk bonus besar usaha lebih. Tapi jangan la sampai menipu & paksa orang buat LOAN. Sampai hari ni pun xla perna buat loan.untuk STG. terpulang sama orang, lain orang lain cara. So far, my leader xder nk paksa untuk loan.

And, Stg adalah platform saya untuk jana pendapatan. Selagi ada permintaan selagi tu la saya ON.

Nur Fauzi berkata...

Sejak 2016?
No wonder...
Hai o dah kenyang sebat duit ahli masa sibuk highlight penapis air dengan corset overpriced melampau tu lebih 10 tahun lepas.

Ramai weiii lelong penapis air dengan corset harga rugi menjunam gaung laut dalam.

Nur Fauzi berkata...

Bagitau sini apa yang tak betul. Sorok buat apa.

Nur Fauzi berkata...

Mula-mula rm50.....lepas tuuuuu

Tanpa Nama berkata...

Nak bagi nasihat sikit kepada upline2 ...

Tak payah nak pilih bulu sgt ... kalo downline tak buat marketing atau jualan tak capai target . Sampai tak bertegur sape . Dulu sebelum join .. kawan ok je .. boleh sembang bagai ...skrg just sembang benda penting je . so frustrated lah ...

Unknown berkata...

Renew takdapat bodywash , cuma dapat voucher RM 5 × 7 .. Tuh pon boleh guna RM 5 untuk setiap pembelian RM 50 .. free bodywash untuk yang first time daftar jee

Unknown berkata...

terima kasih atas pendedahan,aku baru terjebak dgn stu cmpeny ni.niat nk cri duit,tmbah pndapatan.sblm join bkn mnis ayt,ble dh join diorg tkan untk dpatkn jualan ikot trget.buat prgrem naik pangkat dgn byaran yuran,dh ad pangkat taram bdk2 utk jd agen smpai blambak2 agen.bru aku tau cmpeny yg 1 ni hampeh.xpsal2 cstemer aku trpedaye,dgn aku2 skali.hti2 lh saudare,jgn trjebak..jual nasik lemak lg baik,mkn hsil ushe sndri,halal.

Unknown berkata...

klu boleh,hindari.aku dh trjebak,sesal yeop.niat nk cri duit blnje,mse mle join org2 ats ayt mmg mnis.ble dh join,modal yg kluar lbih bnyk dri yg msuk.produk x sbrape,mhal mlmpau mmg xde org nk la.cmpeny bg naik pngkat,brbyar yeop.pgkat naik bkn ats kbolehan,tp naik dgn byaran.dh tu cri bdk2 suh join,smpai blmbk2.klu dh blmbak2 mcm mne bdk2 nk cri mkn yeop.ksian kt org,org cri rzki ssh pyah.kple yg btgkat2 ni tau tkan je nk hsil jualan,mkn hsil dri ushe org lain.pncing bkn main dgn krete bsar,mlncong luar ngare sgale bgai.jual nsik lemak lg bgus yeop,wlaupn shari untung x sbrape yg pnting halal,berkat..

Unknown berkata...

Ya.. Btl sngt. Sy setuju.

Unknown berkata...

Betul2x

Unknown berkata...

Betul2x

Unknown berkata...

Konsep Hai O dah terang dan nyata MLM. Sebelum join kaji dulu dan fahamkan apa tu MLM. Dah kaji dan faham baru kaji sistem dia. Dah kaji baru buat keputusan. Semua ada akal untuk berfikir kan? Kenapa nak guna akal org lain. Hai O tak sorok konsep diapon. Keuntungan pd syarikat dan org bawahan tu biasa la, memang patut ada.

Saya tanya penulis, kalau u buka syarikat u ada kos tak? Pasti ada kan? Apa kos u yg perlu u ada?. Kos gaji pekerja, kos sewa offis, kos barang, kos bil fon, bil letrik, bil air dan mcm² lagi kos yg kena di tanggung oleh syarikat. So salah ke kos itu di masukkan jumlahnya pd barang. Semua perniagaan sama bos. Semua kos sebenar akan campur dengan kos tambahan. Kalau berniaga tapi rugi baik tak yah berniaga. Itu satu antara pendapat aku la.

Yah ke 2
Masuk buat loan smpi puluh ribu .Itu pilihan bos, bukan paksaan. Tak boleh salahkan org lain bos. Masing² ada otak kan so pk sendiri. Yang nak sangat makan hasutan sbb apa? Mai aku jawab, sebab nafsu tengok org dpt income besa nak besar gak mcm org lain. Ikut nafsu sendiri pastu tak menjadi salahkan orang salahkan syarikat,patut ke?

Aku nak tanya la bos, kalau si syaitan datang hasut kau nak bg kau 50k dengan syarat kau kena minum arak seteguk? Kau ikut tak?

Klu org ikut nafsu dia akan ikut sbb nak 50k tu. Kalau dah minum dpt 50k jdlah duit tak berkat cepat plk habis duit tu. Dah habis duut baru perasan oh bertapa aku menyesal ambil benda haram. Masa tu nak salahkan siapa? Syaitan ke yang salah.

Adoiii baca blog kau ni buat aku ketawa la bos. Rasa macam kau join Hai O pastu tak menjadi so ni la jadinya.

Aku ni 9 tahun lepas dia org dah ajak aku join bro tp aku cek kemampuan diri aku dulu sebelum aku join. Aku tak join pon masa tu. Ukur baju di badan sendiri , buat keputusan guna akal. Jangan tahu tunding jari bos. Tak baik, salah sendiri tp salahkan org. Kesian u bos buat topik tak kaji habis, tak fikir habis.

Now Hai O tambah produk dia. Produk berkualiti dan pelbagai. Org guna barang dia bagus dan menjadi. So join la kerana bantu org manfaat barang bukan sbb nak kaya. Dulu punya cerita lupakan kaji yg baru plk. U bos takutkan org nak tambah pendapatan bantu keluarga tak bagus, u burukkan syarikat tak faham konsep tak bagus. Tak yah tambah dosa bos. U tak menjadi ramai kat luar kongsi manfaat dgn niat baik menjadi bos. Ok u pk yang baik² bos inshaAllah dtg baik², pk buruk datang yg buruk.

Lepas 9 tahun now baru i join RM47 sbb iguna barang dia bagus. Qualiti grad A.

Good luck yg dah join, nawaitu luruskan . Berniagalah kerana Allah bukan nafsu. Ok sekian wasalam

Unknown berkata...

Produk dia memang bagus, akk dah try now akk guna

Unknown berkata...

Buat blog tp ada tapis plk ke hahaha kelako la. Open la bos baru boleh semua org baca n fikir baik buruknya semua pendapat

Unknown berkata...

Konsep mlm dah terang dan nyata mana ada sorok, siap sijil lagi bos. Patut yg join faham dulu konsep baru join.

Unknown berkata...

Nak join balik RM47 je skrg. Klu memang guna barang dia baik daftar semula. Kalau tak guna dan tak nak berniaga tak yah daftar semula. Nak tahu lanjut boleh je email akk no fon.

Unknown berkata...

Yes 9 tahun lepas org ajak akkpon tak mau sbb kita kaji kemampuan diri. Now baru join sbb guna produk dia n produkpon bagus berkualiti. Baru best join. Kongsi manfaat kat org lain. Org sihat kitapon happy. Tak yah nak loan bagai ikut mampu diri cukup

Leina berkata...

sebenarnya produk hai-o ni bagus ke tidak.. saya tak berminat nak jd ahli tp saya nk cuba produk² dia shj

Tanpa Nama berkata...

Ye betul. Sy beli satu sbb nk tolong kawan pnapis air tu katanya ada 8 lg dia jual satu dgn sy 500. Nk kata bkualiti x jugk sama je dgn pnapis air biasa kat giant tu.

Nur Fauzi berkata...

Aku publish bila aku bukak. Tapis sebab tak nak spam gila masuk berduyib.

Nur Fauzi berkata...

Aku tak pernah join hai o. Post ni tahun 2012. Aku kenal hai o lama sebelum 2012 lagi.

Alasan banyak tipikal sama dengan mana-mana mlm. Kau nak melingkup dengan mlm ni silakan. Tujuan post ni nak bagi orang yang tak tahu, takda maklumat berhati-hati pasal benda bongok ni.

Produk gred A? Tilam cahaya dhuha konon. Tahik la. Benda murah jual mahal nak mampus.

Apa syarikat lain tak boleh buat produk gred A? Harga pun lagi murah ade la wei.

reen berkata...

sy bru join sbb ade pkai produk2 tertentu...selesa pakai...join sbb nk dptkn hrga ahli...
stakat ini tue sajela...
gune utk pkai sndri...
xde nk wat biz lg sbb blm dpt nk comit lg...

Tanpa Nama berkata...

This is really true senua group bawah STG contoh #beU memang guna modus operandi yang sama. Guna agama, hari2x brainwash buat SSP (rM20k), beli pangkat lah. Lepas tu dapat bonus 4 angka akan dipromot gila2x punya. Padahal dapat balik duit sendiri itupun tak lepas lagi nak cover RM20k. Pastu guna teknik yang sama pada new member. Slip gaji akan diwar2x kan kat FB untuk tarik prospect. Diorang selalu target nurse, cikgu, orang2x yg kerja & ada slip gaji so boleh buat loan. Suri rumah pun disuruh minta tolong suami pinjamkan loan. Mengarut semua ni.

Tanpa Nama berkata...

yg kata ok..msuk 50 hengget je..leader xda pn pksa buat loan ribu2 utk buat stok..korang tau ke x..upline tgh crik cara nak msuk jarum kat korang yg menyebelahi sgt hai o pnipu ni..tp aku rsalah..kauorg bknlah dwnline targeted dia..sbb korang sloww..tak bguna sgt kat dia..dia xmasyuukkk dpt dwnline yg tak berani meleburrrr duitt..haha..

Tanpa Nama berkata...

BENIAGA PERLU SERTA KAN nIAT YANG BETUL..KALAU KITA POSITIF DATANG LA YG POSITIF,AURA KEJAYAAN TU DARI HATI KITA SENDIRI.SAYA PUN MAW STOP JUAL HAIO,ATAS SEBB NYA ADA REZEKI LAIN ALLAH TURUN KAN,TAPI REZEKI SENTIASA ADA ORG NON STOP ORDER PRODUK HAI O,MUGKIN SEBB PRODUK DRG NI MEMANG MELETOP,,ADA KA SYA PATUT TOLAK REZEKI?SYA X PERNAH PUN KAJI CARA KIRAAN KEUNTUNGN HAI O,ATAU CARA DRG NAK TIPU AHLI,JUST FOKUS DGN EKONOMI KLUARGA,,APA YG KITA MINTA ITU LA YG KITA DAPAT...SEMOGA BAIK2 JAK...SEMOGA SEMUA KITA DI MURAHKAN REZEKI HENDAK NYA...
MAAF YA KALAU ADA TESALAH ATAU TERKASAR...

Tanpa Nama berkata...

Pada sya x semestinya kita kena buat loan pun. Tu terpulang pada kita la. Ikut kemampuan kita. Tiada paksaan.
Macam sya, sya bermula dgn RM50. So sya naik pangkat selangkah demi selangkah. Sebelum ni adalah upline suruh sya buat loan. Tapi sya buat x tahu je la. Slagi pun, saya pernah la juga hampir nak buat loan. Nasib baik x lulus. Alhamdulillah syukur. & sya pernah tengok ahli2 lain berjaya naik pangkat dgn cepat sebb dia org buat loan or ssp.

Tanpa Nama berkata...

ntah nye.. share sini la.. semua org boleh baca.. yg nak pm bagai ni kenapa..

Tanpa Nama berkata...

tanniah tuan punya blog kerana berani mengatakan perkara sebegini 👍👍

Lela Berduka berkata...

so, apa cer skrg?

Lela Berduka berkata...

so, apa cer skrg?

Nur Fauzi berkata...

Cerita sama masih berulang.
Masih ada yang buat, masih ada yang terpedaya.

Tanpa Nama berkata...

Saya just nak share. Sebenarnya kalu study betul² tentang bisnez. Ada dua perkara yg paling jelas.

1) nak berubah kepada hidup yg lebih baik.

2) takut nak berubah, tak berani, terlalu banyak komen, tak buat apa².


Dalam bisnez, kena rajin. Bukan malas. Dalam bisne kena berani buat, bukan banyak alasan.

Tentang konsep bisnez ni, kita tgk dasar yg jelas pada syarikat. Kalu jelas dasar starikat, adil, dah 25 tahun established. Itu lebih patut dijadikan contoh utk jana pendapatan.

Biasanya syarikat yg established, adalah syarikat yg kukuh, sistematik n ada system yg adil.

Yg zalim ni, adalah manusia tamak yg penting diri. Ini, bukan dalam bisnez ja. Dalam politik, sosial, agama pun ramai.

Nur Fauzi berkata...

nak terus buat Hai O silakan.
tak ada yang larang.
lama bertapak belum tentu telus.
MLM ada masa naik turun.
jangan lupa manipulasi beli korset , penapis air berlambak-lambak.
syarikat ambil tindakan? takda.
mana nak ambil tindakan, sebab sales syarikat naik mencanak.

Unknown berkata...

Alhamdulillah akhirnya terjawab doa saya, sy bru sertai hio...ye hari ini 23/6/21 leader sy pujuk n terus memujuk saya utk pinjam 20k...utk beli pangkat. saya tak setuju dulu, sbb sy tak nak rugi...duit oiii sayang...tp mmglah diaorang asik jual agama je...alhamdulillah sy buat keputusan yang betul...teras diri dianiaya...

Tanpa Nama berkata...

Saya juga pernah kena tipu 62k... Memang sabar je la kna tipu dgn senior sendiri.. Salah sendiri sbb baik sangat dan senang percaya.. Niat nk senangkan mak ayah, tapi terikat dengan pinjaman bertahun tahun.. Sekarang ni dah tukar therapants apa ke nama dah.. Mlm ni dah patut diharamkan dah rasanya, banyak scammer diwujudkan dgn sistem ni

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...