Ahad, 29 Julai 2012

Teka harga sarapan?

Jangan salah sangka wahai kakak-kakak dan abang-abang.

Saya masih berpuasa...

Gambar makanan di bawah diambil sebelum bulan ramadhan.

Lontong darat / lontong kering.
Kandungan dalam lontong darat yang dibeli ini adalah : nasi himpit, serunding, sambal, sedikit sambal goreng (sayur, tempe, tauhu, su'un), seketul ayam.


Boleh cuba teka berapa harga bagi sarapan yang saya beli ini. Kuantitinya penuh satu polistrin.

Tempat dibeli? Di gerai Kg Parit no. 1, Parit Yusuf, Semerah, Batu Pahat, Johor.

Hadiah? Errrr...saya tak sediakan hadiah apa-apa pun. Cuma insyaAllah yang teka tepat, atau jawapan yang paling menghampiri harga sebenar, saya akan godek-godek dan ulas blog die.

Nak kata 'blog contest' tak juga sebab hadiah tak ada hehe. Lagipun, tak reti nak buat 'contest'. 

Tak ada ape-ape syarat pun. Cuma teka harga di ruangan komen. Jawapan akan diberi pada hari Khamis / Jumaat nanti. Ataupun ikut bila-bila lah rasa nak bagi jawapan hehe (memandangkan tak ramai yang baca blog ni)

Nak tengok juga sejauh mana orang dapat teka.

Agak-agak berapa harganya?

1 ulasan:

APAN berkata...

hmmm...mesti ada something special pasal sarapan ni...kalau x mesti ko x share dlm ni...aku agak mesti sebab harganya murah. aku rasa dlm rm3...paling mhl pun rm4. hehe...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...