Isnin, 2 Julai 2012

Insurans Bijak Malaysia?


Saya hanya sedar kewujudan skim ini setelah menemankan isteri untuk buka akaun Maybank.

Semasa membuka akaun, kami ditawarkan  dengan skim insurans ini. Mulanya saya ingat produk daripada Etiqa Insurans, rupanya (senang kata) produk ini adalah satu program daripada pihak kerajaan.

Baca dahulu di sini.

Insurans ini ditawarkan melalui beberapa bank yang dipilih. Jadi, ia bukan produk daripada bank. 
Contoh bank yang menawarkan insurans ini adalah Maybank dan CIMB. 

Jadi staff itu sempatlah juga menerangkan serba sedikit tentang insurans ini. (Seboleh-boleh nak pelanggan ambik skim insurans ni.)

Memandangkan produk ini dari kerajaan, jadi kelulusannya mudah, berbanding dengan produk insurans dan takaful yang ada di pasaran. Lebih-lebih lagi mengenai status kesihatan.

Tapi bila saya tanya. Ini ada jaminan syariah compliance ke?
" Maaf cik, tak ada. Ini produk Insurans daripada government. "
" Kalau macam itu saya tak mahulah. Minta maaf ye. " 
(Alasan lainnye, sebab diri sendiri sudah ada 2 polisi Takaful Keluarga)

Mujur juga kita ni tahu, kalau pelanggan yang tak tahu mungkin dah termakan promosi.

Masalah produk

Ya, walaupun produk ini adalah program kerajaan, ada satu masalah bagi pelanggan beragama Islam.

Berkenaan dengan status 'syariah compliance' produk.

Bagi mereka yang tak tahu, saya berikan satu tips. Kalau nama produk itu adalah 'insurans' ia tidak halal. Walaupun namnya kelihatan Islamic. Contohnya Insurans Madaani (nama rekaan), atau apa-apa sahaja.

Tapi kalau namanya 'takaful', alhamdulillah anda tak perlu pening dengan status halalnya. Walaupun namanya tidak islamic. Contohnya Hong Leong MSIG Takaful. Ianya halal, walaupun nama 'Hong Leong' ada disitu. 

Produk insurans Bijak Malaysia ini adalah satu usrusniaga insurans, jadi hukumnya adalah sama seperti Fatwa di Malaysia berkenaan Insurans. Boleh 'google' dan cari ye.

Bagi mereka yang mahu mengambil produk ini, saya sangat-sangat tidak menggalakkan. Datanglah produk harga murah maam mana pun, keuntungan melambung 100% pun, kalau namanya insurans, tak patuh syariah, kita perlu tolak.

Tak kira pihak mana pun yang menawarkan, daripada pihak kerajaan ataupun swasta, walaupun murah dan menguntungkan, selidik dahulu status HALALnya. 

Kenapa Takaful halal pulak?

Takaful beroperasi dibawah aktanya sendiri, Akta Takaful 1984. Dalam akta itu ada disebut tentang kewujudan penasihat Syariah yang WAJIB ada dan urusniaga perlu dijalankan selari dengan syariat Islam. 

Nama takaful tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Bukan suka-suka letak nama takaful pada Syarikat Takaful seperti Takaful Ikhlas,  Etiqa Takaful, Takaful Malaysia, dan banyak lagi...
Pemakaian nama itu perlu mematui Akta Takaful 1984. Jadi bukan benda main-main.

Ada yang bising...

" Asal kerajaan buat je, semuanya kau kate haram! "

Pengharaman insurans itu sendiri diputuskan oleh Majlis Fatwa. Malah Akta Bank Islam dan Akta Takaful itu sendiri adalah satu usaha kerajaan untuk beri alternatif kepada pengguna Islam di Malaysia.

Hang nak kata apa lagi? Yang cakap haram pun dari pihak yang berkuasa dalam kerajaan jugak. Betoi?

Saya tak kata matlamat Insurans Bijak Malaysia ni tak bagus, cuma status 'insurans'nya itu yang menjadi masalah dari segi muamalat Islam. 

Harapnya kerajaan Malaysia boleh wujudkan produk berasaskan Takaful melalui syarikat Takaful yang ada untuk semua rakyat Malaysia. Mesti ramai yang ambik. Barulah sesuai nak kata Malaysia sebagai Hub Kewangan Islam! 

16 ulasan:

APAN berkata...

aku rasa penerangan ni mmg membantu...kerap membaca artikel mcm ni buat aku sendiri pun semakin maju sikit2. haha...

hari tu prudential tepon...nak kasi tawaran insurans intimewa tok aku...
bila pikir2 balik, aku tolak tepi...

nurfauzi berkata...

Apan:
Prudential insurance atau Prudential BSN takaful?
Kalau Prudential BSN Takaful tu, takde masalah. Kalau mampu, terus je. Biasa Pru BSN Takaful ni pakejnya agak lengkap la, sebab dia masukkan sekali Medical Card. Cuma Kalau ada medical card ni, harga mahal sikit la. Kene bajet dalam 150 - 200 sebulan.

APAN berkata...

bukan pru BSN takaful tu...prudential insurance...dr awal sampai hbis xde pun dia sebut takaful...aku yakin insuran je yg aku dngr...

nurfauzi berkata...

Kalau prudential tu, tak payah la ambik.
JAdi masalah sebab masih ramai lagi orang Islam yang dok promosi, jadi agen insurans ni.

Sharifah Zahira Syed Iedin berkata...

Terima kasi encik fauzi. Saya nyaris ambil insurans ni tadi. Lupa langsung pasal syariah compliant or not.

Nur Fauzi Bassar berkata...

same-same.
produk ni bukan tak bagus. cuma lagi bagus kalau kerajaan lebih peka dan tawarkan pelan takaful. orang bukan islam pun boleh mabik juge.

rokiah mehad berkata...

thanks....

rokiah mehad berkata...

bagus ulasan ni...many thanks....hope semua org mencari dan mengkaji dulu sblm apa apa hal....

rokiah mehad berkata...

thanks....

Nur Fauzi Bassar berkata...

berharap produk kerajaan lebih mementingkan aspek patuh syariah di masa akan datang

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan bro.. kalo maybank memang insurans bijak malaysia bawah etiqa insurance.. dah dapat polisinya.. memang terang2an bawah etiqa.. tp si penjual polisi yang tak beretika.. misleading information.. katanya ini simpanan tetap dan bagi pulangan dividen

Nur Fauzi Bassar berkata...

wokeh.
terima kasih atas maklumat.
tapi pasal tak beretika tu memang betoi la, katenye simpanan tetap dan ade dividen.

Tanpa Nama berkata...

Saya dah terambil.. potongan melalui auto debit.. bbrp minggu slps potongan baru sign polisi n baru tau yg x syariah compliance sbb di bwh etiqa insurance. . X dijelaskn dari awal lg.. cuma kata pegawai maybank tu.. pelaburan dibuat dlm dana ekuiti prima.. islamic fund katanya.. simpanan tetap n dpt dividen.. kesilapan saya sbb x faham n x tahu..

Nur Fauzi Bassar berkata...

ohh..memang biasa jadi begitu. yang tukang promosi seboleh-boleh nak kita ambik insurans ni.
memang ade dana insurans yang dilaburkan ke kaunter patuh syariah, macam di MAA insurance dan beberapa syarikat lain. tapi sayangnya walaupun pelaburan itu halal, tapi akad insurans itu tetap tak diakui menurut syariah. itu masalahnya.

boleh batalkan, cuma lecehlah kerjanya. kena buat surat hantar pada syarikat, beritahu kita nak batalkan polisi.
cuma jumlah yang dah dibayar tu tak dapat balik, atau dapat sikit saje.

eisya_aisya berkata...

saya pun dah terambil polisi insurans ni...semak balik polisi memang cover untuk kematian sahaja...kalau lumpuh gigit jari ja...sekarang dalam proses membatalkan polisi...

Nur Fauzi Bassar berkata...

takde cover untuk total permanent disability (TPD)?
Rasa lumpuh tu masuk juge dalam TPD. macam pelik saje kalau insurans macam tu takde cover untuk TPD.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...