Isnin, 2 Julai 2012

Lagu : Maharku Untukmu

Saya tahu lagu ini semasa menonton Cerekarama bersama isteri di TV3.



Saya membuat kesimpulan, lagu yang popular tak semestinya lagu itu bagus.

Lagu ini tak popular. Tapi liriknya bagus, susunan muzik bagus, ditambah dengan vokal yang sesuai dengan lagu.

Mesti ade yang kata "ustat suka tengok cerekarama" haha.

Saya tak begitu tertarik dengan cerita cerekarama itu.

Saya tertarik dengan lagu itu. Sewaktu terlihat promo pun, dah tertarik dengar muqaddimah lagu.

Lagu dah bagus, kenapa tak popular?

Sebab kurang publisiti. Nak publisiti ni, marketing kenalah kuat. Dan benda ni biasanya perlukan kos yang sangat banyak.

Sebab itu banyak lagu-lagu dakwah dan nasyid, kalau kita dengar vokal dan kualiti lagunya sama, malah lebih bagus dari artis-artis lain. Cuma kurang publisiti.

Kalau tidak masakan Raihan boleh menang banyak anugerah dalam AIM. Salah satunya anugerah yang pernah dimenangi adalah Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album.


2 ulasan:

APAN berkata...

ustaz penah dngr lagu justin bieber - boyfriend x?
mmg x bes...tp dok main sokmo dlm radio...smpaikan boleh terikut2 lagu tu...
pdhl mmg x bes pun...
publisiti punya pasal...

nurfauzi berkata...

Tak penah dengar pun.

Benda kalau kita dengar tiap2 hari, mesti sikit banyak lekat dalam kepala.

Tiap2 hari kalau dengar lagu tamil, tak mustahil boleh terpacul perkaaan tamil keluar dari mulut.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...