Selasa, 17 Julai 2012

Hantaran kahwin mahal? (ustaz Azhar Idrus)

Saya jumpa di Facebook.


Hakikatnya memang semakin mahal kan hantaran kahwin?

Dan kenyataan yang sebenar, memang kebanyakan lelaki yang nak kahwin, tapi tak cukup duit. Hehe.
(Pengalaman sendiri mengumpul duit nak kahwin)

Apa pun, hantaran ini hanyalah merupakan adat, bukanlah salah satu daripada rukun nikah. Tak salah ikut adat, cuma janganlah benda itu yang diutamakan.

Masalahnya, orang kita sanggup bertegang urat bab adat, tapi bukan bab agama.

Mai dengar Ustaz Azhar Idrus cakap ape.



Kalau ikut Ustaz Azhar ni, prempuan yang hantaran mahal-mahal ni, kriteria tinggi. Contohnya hafaz Quran ke, habis mengangi sunan sittah ke, macam-macam la hehe.

Soalan untuk lelaki : Berapa hantaran yang sanggup kamu sediakan?

Soalan untuk wanita : Berapa hantaran yang kamu mahu?

4 ulasan:

APAN berkata...

golongan muda mungkin dah masak sngt ngan isu ni...aku yg belum pass lg pun memikir kalau tiba masa nanti...entah mak bapak kita sedar x mende ni...

Nur Fauzi berkata...

Ramai yang tahu, tapi masih nak ikut trend..
kalau kita dah terkena, tak apelah...sampai masa kita ade anak nanti, ikutlah care yang sebetulnye..

Wanita Bertudung Hitam berkata...

gua yg tanak letak mahal pon tade sape nak..cane? ahahha~ tp yg paling tak gemar ialah trend membazir melampau2..dulu bg bunga telor je, lani dok doorgift bagai, sampai boleh ada dengar tetamu komen, "laa dia bagi ni ja ka..?" bila kt kenduri tu dpt doorgift yg sket..mcm nk tarbiyah ja makcik tersebut..tak masuk DJ yg tah pape..siap ada yg bertunang pon main bagi doorgift..

Nur Fauzi berkata...

ape nak buat persaingan sengit hari ni hehe..lelaki mcm nak pupus (tengok kat IPT).

Sepatutnya, yang buat jamuan sediakan jamuan setakat yang termampu, tanpa harap balasan (duit sumbangan, salam keruk) dari tetamu.

Tetamu pula biarlah sedekahnya tak mengharapkan balasan macam door gift yang banyak, best, macam-macam la..kalau diberi ambil, orang tak bagi mulut kita tak bising mengata tuan rumah kedekut.

Kalau semua orang buat begitu, aman dunia. masing-masing dapat pahala..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...