Baca berkenaan berita itu di sini.
Saya tidaklah begitu berminat dengan Zainal ini, namun saya akui Zainal ini antara artis yang diakui bakat seninya. Ada juga lagu-lagunya yang melekat di hati rakyat seperti lagi Hijau.
Saya tiada masalah dengan bakatnya.
Namun dia secara terang dan jelas begitu beremosi mengkritik Maher Zain di kaca TV.
Bukanlah bermaksud Maher Zain itu tak boleh dikritik, namun caranya itu menampakkan lagi sisi negatif pada dirinya yang menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri.
Dari aspek seni, Zaina mengkritik Maher Zain kerana lagunya biasa-biasa saja. Ya, itu pada telinga dia. Tapi bukan pada telinga kebanyakan orang.
Pada saya karya Maher Zain memang biasa-biasa, namun yang biasa-biasa itulah mampu memberi kesan dihati dan salah satu cara dakwah yang baik.
Senikata yang mudah faham, melodi balada yang mesra telinga, tak ketinggalan juga sesuai dengan jiwa kebanyakan anak muda. Bukankah itu satu usaha bagus untuk dakwahnya?
Kalau lagu Suraya oleh Headwind dulu...ya, saya akui melodinya bagus juga. Tapi nilai dakwahnya di sisi Islam? Zero.
Saya bukanlah penyokong kuat Maher Zain. Saya juga ada kritikan sendiri terhadap Maher Zain. Cuma cara meluahkan kritikan itu yang menjadi persoalan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan