Selasa, 17 Julai 2012

Artis sertai PAS lagi?



Saya rasa benda ini tak perlu sangat jadi isu yang besar.

Negara demokrasi, bebas kita sebagai pengundi untuk pilih pihak mana yang kita suka. Tertulis dalam perlembagaan.

Kalau dengar daripada wawancara itu, kita dapat lihat kekesalan dari hal 'black list'. Benda seperti ini memang berlaku.

Kita juga nampak antara wajah sebenar artis, mengapa mereka takut nak beri sokongan secara terbuka? Sebab masalah pemikiran sempit berkenaan hal politik.

Ingat kes Ustaz Zambri yang mengacarakan rancangan mengaji di TV9? Selepas tersebar gambar nbeliau sertai BERSIH, terus tak keluar TV9. Lama juga menyepi. Baru-baru ini saja muncul semula. Terlalu ramailah yang membantah tindakan TV9 ketika itu.

Kes Wardina yang hadir ke satu Majlis PKR (kalau tak silap). Bukan umumkan sertai pembangkang, cuma hadir untuk tengok. Macam-macam difitnah, hingga direhatkan daripada mengacara MHI.

Catriona Ross yang tampil berkongsi pengalaman bersama orang ramai dalam program anjuran PAS, turut mendapat nasib yang sama. Bukannya menyertai jadi ahli, cuma dijemput untuk berkongsi pengalaman. Terus dilabel. Disisih dari industri hiburan.

Matanglah dalam berpolitik. Politik untuk semua. Kita ada hal masing-masing. Cuma perlu sematkan hormat pendapat dan pendirian orang lain.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...