Isnin, 16 Julai 2012

Selangor ambil alih Syabas?

Sila baca berita di sini.

Rasanya berita baik seperti itu tak masuk dalam media RTM dan Media Prima.

Umum tahu rakyat Selangor dapat guna air percuma sebanyak 20 meter padu. Kalau nilai RM, lebih kurang RM11.

Maksudnya, kalau bil air rumah kita cuma RM10, bulan itu tak perlu bayar bil air. Percuma. Kalau bil air RM 14, cuma bayar RM3 saja. Bagus kan? Tapi hanya mereka yang menetap di Selangor saje yang dapat.

Elok juga kalau negeri lain dapat contohi Selangor untuk beri rebate air kepada pengguna. Kalau tak dapat beri macam Selangor pun, sekurang-kurangnya adalah sedikit rebate.

Namun tindakan yang baik seperti itu pun, ada juga yang kritik tak memasal...

Apa yang saya faham, apabila Syabas diambil alih oleh kerajaan negeri Selangor, kos dapat dijimatkan kerana kebanyakan perbelanjaan mengurus akan dibuat oleh kerajaan negeri. Penswastaan ni berlaku untuk mengurangkan beban kerajaan dalam membiayai kos termasuklah kos pekerja.

Tapi biasalah, benda sebegini akan diputar alam leh media.

Kalau tengok TV sekarang ni pun, Malaysia ni seolah-olah terdiri daripada negeri Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dengan Kedah saje. Sengaja 'attack' isu-isu yang ada di negeri tersebut.

Walhal di negeri lain pun ada banyak lagi isu yang patut diberi perhatian.

Ape pun, lain orang lain pendapat.

Ini cuma pendapat peribadi saya. Anda bebas untuk bersetuju ataupun tidak.

1 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

apa yang diharapkan dapat memberi kebaikan kepada rakyat

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...