Bukan Siti Nurhaliza yang diberi amaran ye.
Tapi pihak penganjur yang menjemput dia.
Sila baca berita di sini.
Bagi yang tak tahu, negeri Kelantan ada memperuntukan undang-undang untuk hiburan. Undang-undang ini digubal menjadi enakmen/ undang-undang negeri. Jadi pihak mana pun yang nak buat konsert ke, persembahan nyanyian ke, pertandingan nyanyian ke, atau segala yang berkaitan dengan hiburan, perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan?
Kenapa kena patuh?
Adatlah, datang bertandang ke tempat orang, perlu ikut undang-undang tempat itu. Jadi tak boleh nak pukul rata saja.
Dalam hal ini Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu telah diadakan dan menjemput Siti Nurhaliza untuk menyerikan majlis. Jadi persembahan dibuat secara terbuka. Awalnya dimaklumkan program berbentuk motivasi. Iye lah, nak meraikan guru. Namun persembahan terbuka Siti Nurhaliza itu perlu mendapat kebenaran dan ikut Enakmen Hiburan kerajaan negeri.
Maksudnya, penganjur sudah langgar undang-undang negeri Kelantan.
Namun, setakat ini hanya amaran yang dikenakan, walaupun sebenarnya boleh juga dikenakan denda.
Eloknya jika kita bertandang ke satu tempat, kenalah peka dengan adat dan uruf tempat itu.
Peminat Datuk Siti Nurhaliza jangan marah ye...
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Selasa, 17 Julai 2012
Kelantan: Amaran susulan persembahan Siti Nurhaliza?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan