Rabu, 18 Julai 2012

Masalah proton Preve

PErspektif dan pandangan saya pada kereta Malaysia tidaklah beitu buruk. Tapi tak lah tinggi sangat. Kalau dari markah 10, paling kuat pun saya bag 6 saje untuk proton. (walaupun memiliki sebuah proton saga model 1990)


Jumpa di Facebook.

Orang kata kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau tiade yang kentut, kenape bau busuk kan? (haha)

Perkara yang terjadi dalam gambar itu saya kira lebih kepada sabotaj dan juga hasad dengki.

Tapi mungkin juga luahan daripada individu yang memang terkena dan tak puas hati.

Kita tidak tahu.

Saya sendiri, taklah meletak harapan yang tinggi pada jenama Proton, disebabkan terlalu banyak cerita dan cakap-cakap banyak berkenaan Proton ni. Terutama berkaitan harganya yang 'tersangatlah murah' di Malaysia berbanding di luar negara.

Hal kualiti, barang cikai, pengurusan tak betul, cukai mahal, harga markup gila-gila, anak manja government, banyak lagilah.

Pasal pandu uji, lagilah ternyata jauh beza dengan kereta jepun. Pengalaman sendiri bawa kereta Honda Civic Ferio 1.6cc tahun 1994. Ya, kereta ni dah lama. Lebih 15 tahun. Tapi, masih selesa lagi bawa. Pickup enjin jangan cakaplah. (mungkin kebetulan orang yang pakai kereta ni jaga molek-molek).

Bila masuk proton wira tahun 1994.....( iyelah..mungkin kebetulan orangnye tak pandai jage...) gegar sana sini.....

Tapi dalam tak suka tu, saya sangat mengharapkan proton dapat meningkatkan kualitinya. Kalau tak dapat setanding Jepun pun, kurang sikit pun jadilah...

Err...anda suka kereta proton ke?

10 ulasan:

APAN berkata...

kalau harga proton ngan honda sama, mungkin proton boleh lingkup...
org yg berpendapatan rendah atau x nak beli kete mhl2, nak tak nak mmg kena beli proton je la...
kita xde pilihan sebenarnya...

pasal gambo ni pun, mls nak ulas lebih2. sebab baru 'satu'. mungkin ada unsur sabotaj...

Nur Fauzi berkata...

pilihan kita terhad...
Ni tgh timbang2 nak angkat civic ferio 1.6 cc tahun 1994-1995

Unknown berkata...

btol kew tuuu, x kn la 1 kete boleh sume rosak...sabotaj lbih ar..pakcik bwh umah aq pkai ta der ckp psal kecacatan kete nie pown....dye ckp bagus lg ada ar....huuu bangga ar sket dgn kereta keluaran ISLAM nie mne ada da negara islam yg len buat kereta da....nie hah negara MALAYSIA syukur la sikit ekonomi baru mao naik suda mao jatuh kn lak....

Nur Fauzi berkata...

Terima kasih datang menjenguk.

sebelum tu nak minta maaf ye.
Saya seorang guru sekolah rendah. Kalau boleh saya sarankan adik Nizar menulis dengan ejaan yang betul.

Pasti ayat itu lebih mudah dibaca dan lebih power!
Jangan kecik hati ye, teguran dari seorang guru..

Tanpa Nama berkata...

saudara nurfauzi....

andai benar anda seorang guru sekolah rendah sepatutnye anda berfikir dengan profesional..tak kan lah kena jentik sikit dengan muhammad nizar dah nak melenting..pandangan masing-masing kan...dia beri pendapat pun luahan hati dia..saudara pun dari luahan hati saudara...jadi tak perlulah kita melenting jika hanya teguran seorang adik:)

by the way saya seorang guru sekolah menengah

p/s: mintak maaf jika terdapat sebarang kesalahan ejaan atau ayat kerana say bukan guru bahasa...

Nur Fauzi berkata...

err siapa yang melenting?

apa yang dimaksudkan dengan pemikiran profesional dalam komen seperti itu?

Menegur bahasa cacamarba tidak bagus? Memandangkan ini laman saya, tak salah kalau saya menegur.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bahasa jiwa bangsa. Saya hanya tegur tulisannya, bukan idea dan buha fikiran dalam komennya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak beli kereta Proton, jangan terus beli model yang baru keluar, tunggu setahun atau sebaik2nya 3 tahun. Ini kerana tahun pertama selalunya akan ada masalah, pada tahun kedua, Proton sudah verify masalah2 tersebut. Kalau sudah lepas 3 tahun, selalunya tiada masalah. Kerata Proton Waja baru saya, saya beli lepas kira2 4 tahun pengeluaran Waja. Sampai hari ini, memang tiada masalah lansung dan saya amat berpuas hati. Kita tidak boleh bandingkan Proton dengan Toyota, Honda, Nissan sebab Proton kurang economics of scale.

Tanpa Nama berkata...

Kira murah la Preve ni! siap ada Auto-Cruise lagi!! klass gitu! ko Ade! Takde diam!!

Nur Fauzi berkata...

ni terlebih makan ubat ke?

Tedi berkata...

Ha'ah betullah teguran en Nurfauzi pasal bahasa tu tak salah sebab Tedi pun susah nak faham tang singkatan yang digunakan tu.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...