Tengah-tengah menganggur sementara ni, banyak juga la masa nak menonton TV sambil-sambil jaga 'hero' kecik yang tak tahu nak duduk diam ni.
Jadi pagi Jumaat begini, terlihat rancangan Tanyalah Ustazah di TV9. Tajuk perbincangan adalah Fikir dan Zikir.
Ada satu soalan daripada penonton. Lebih kurang beginilah bunyinya :
" mengapa manusia yanga da akal, boleh berfikir, tapi tak boleh menerima kebenaran sedangkan ada bukti yang nyata? "
Bagi saya sendiri itu satu soalan yang bagus. Manusia ada akal, boleh berfikir, tapi tak boleh menerima kebenaran walaupun ada bukti yang nyata.
Seperti masyarakat arab Jahiliyah semasa hidupnya Rasulullah s.a.w. Masyarkat arab, golongan bangsawan yang menolak Islam itu bukannya orang yang bodoh dan tak boleh berfikir. Ramai yang kaya, bijak meniaga, untung besar-besaran.
Tapi akal mereka yang pintar itu, tak boleh menerima Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Bukti demi bukti dibawa, hinggalah dibuktikan melalui mukjizat Rasulullah s.a.w. Tapi mereka terima?
Tidak. Mereka tetap menolak. Walaupun bukti jelas ada, dan mereka tidak bodoh.
Kenapa?
Antara sebab berlaku keadaan seperti ini adalah kerana fikiran dikuasai hawa nafsu, hanya berdasarkan fikiran, bukan berdasarkan iman.
Persamaan
Hari ini, rasanya ramai juga yang fikirannya begini di Malaysia.
Bukti demi bukti dibawa. Penyelewengan demi penyelewengan dibongkar. Satu demi satu didedahkan, bermacam skandal dan salah urus pentadiran dibogelkan.
Dari kes lembu duduk kondo, rasuah yang terbukti bersalah di mahkamah, hinggalah laporan audit setiap tahun.
Namun masih ego, tidak mahu mengakui kesalahan. Tidak terima kebenaran...
Bahkan lantang bersuara ' janji ditepati ' hehehe...
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Jumaat, 29 Jun 2012
Tanyalah Ustazah : Fikir dan Zikir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
haha...gelak je la baca entri ni...xtau nak kata pe dah pasal golongan sebegini...harap kebangkitan mereka yg benar pula la lps ni... :)
Catat Ulasan