Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Selasa, 26 Jun 2012
Malaysia sewa panda?
Comel kan binatang ni?
Tapi cerewet nak jaga. Makan pun cuma daun, pucuk buluh..Kalau makan mentedarah macam Po dalam Kung Fu Panda kan senang..
Patutlah kos nak jaga tinggi.
Sudahlah cerewet nak jaga, kena pula bayar pada China.
Berapa? Tak mahal. Lebih kurang RM3.2 juta saje setahun.
Tak cukup duit, duit cukai kan ade. Orang Malaysia tak kisah punye pasal Panda ni.
Penting tu, dijangka dapat tarik ramai pelancong. Orang luar tak mau dah pegi China tengok panda. Malaysia pun ada.
Hari belia panggil K-Pop berjuta RM pun boleh, apalah sangat bela panda RM3.2 juta setahun kan?
Negara lain komen mahal?
Malaysia tak heran. KDNK kononnye mencanak naik. Ekonomi Malaysia stabil!
Eh berapa ekor panda masuk Malaysia nanti?
22? 20? 12?
Dua ekor saje...Ye, dua ekor panda masuk Malaysia. Telan kos setahun RM3.2 juta.
Agak-agak kalau3.2 juta beri pada Kementerian Pelajaran, banyak program pembangunan modal insan dapat dijalankan.
Taklah pening sangat JPN, PPD, sekolah nak cari dana buat program.
Tak tahu mana pegi Fiqh Aulawiyat pemimpin Malaysia ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
mhl kot nak bagi makan panda tu...kena inport dr china gak...tu pasal la...nasib baik orang kita x kisah mana setakat juta2 ni...haha...
wow... RM 3.2 juta tuuu...
Apalah sangat kan 3.2 juta dengan hasil kutipan cukai...
Catat Ulasan