Ada terbaca di surat khabar.
Kemudian buat carian, jumpa di sini.
Kesan daripada minum jus itu (tak disebutkan jenama apa) kulit menjadi kehitaman seperti terbakar.
Seeloknya kita dapatkan nasihat doktor untuk penyakit yang kita hadapi, walaupun mahu ambil makanan tambahan seperti herba.
Mungkin juga jus itu diniagakan secara MLM, mungkin juga tidak.
Kebiasaannya jus buah pelbagai khasiat (seperti yang selalu kita dengar) dijual menggunakan sistem MLM.
Lagi elok rasanya kita tahu syarikat apa.
Sebabnya syarikat itu diam membisu seribu bahasa. Tak mahu bertanggungjawab barangkali.
Kepada yang ada penyakit, dapatkan nasihat doktor, walaupun mahu ambil herba.
Banyak kali kes saya jumpa orang yang degil tak mahu jumpa doktor, tapi ambil bermacam suplemen yang kononnya herba. Kopi itu lah, teh ini lah...Akhirnya bila jumpa doktor, buah pinggang sudah rosak..
Bukan menidakkan kebaikan herba, cuma pengambilannya juga perlu dijaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan