Selasa, 8 Mei 2012

Komisyen ejen insurans, takaful.

Dalam fatwa di Malaysia jelas menyebut bahawa insurans yang ada pada hari ini adalah urusniaga yang fasid.

Sebagai alternatif, kerajaan telah mengadakan Takaful ( boleh kata sebagai Islamic Insurans) melalui akta takaful 1984. Hari ini kita boleh jumpa banyak syarikat takaful yang beroperasi di Malaysia.

Jadi adalah haram juga bagi umat Islam terlibat dengan insurans.

Jadi bagaimana jika kita bekerja sebagai ejen insurans? Bagaimana pula hasil pendapatan atau komisyen yang diterima.

Hal ini juga sudah dibincangkan. Boleh cuba rujuk di sini.

Ringkasnya, hal itu tidak dibolehkan. Jelas haram hukumnya kerana kita mempromosikan dan menggalakkan orang ramai (yang beragama Islam) untuk turut serta dalam muamalah yang tidak diiktiraf oleh Islam.

Ramai juga ejen insurans yang tahu tentang fatwa insurans ini, tapi seperti dipandang sebelah mata.

Saham amanah?

Begitu juga halnya dengan saham amanah yang terdapat riba dan tidak disahkan patuh syariah. Maka haram juga komisyen yang diterima hasil jualan saham amanah tersebut.

Riba?


Riba adalah salah satu dosa besar. Jelas disebut dalam al-Quran. Mereka yang mengamalkan riba ini seolah mengangkat senjata mahu berperang dengan Allah.

Namun masalahnya persoalan riba seakan dipandang ringan oleh kebanyakan umat Islam pada hari ini.

Apabila dikatakan riba, bukan pemberi riba' sahaja yang berdosa, tapi penerima juga mendapat nasib yang sama, begitu juga penulis (merekodkan, pencatat dokumen) riba itu sendiri.

Jadi sama-sama kita semak dan sedaya upaya jauhkan riba' dari hidup kita.

4 ulasan:

aReLaN berkata...

selagi terdaya,kita cubalah jauhkan diri dari benda gini kan.insya-ALLAH.

Nur Fauzi berkata...

boleh mulakan dengan pastikan semua akaun bank kita guna perbankan Islam.

Sharinginfoz berkata...

ambillah yang berlandaskan shariah.

APAN berkata...

itulah...mende di pandang ringan...padahal dah lama ada alternatif utk ganti insurans tu. harapnya pun aku x terlibat la ngan mende ni... :)

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...