Walau ada yang cuba menafikan, ianya pasti berkaitan dengan perhimpunan BERSIH.
Iyelah, ade yang setuju, ade juge yang tak setuju.
Cuma kelakar apabila ade yang bersungguh menegakkan kita WAJIB ikut fatwa yang diberikan.
Sambil tangannya memegang kotak rokok yang baru dibeli.
Bersungguh kata demontrasi begitu haram.
Dengan pendapatannya beribu hasil duit riba bank dan insuran konvensional.
Hakikatnya, Fatwa sebegini banyak mengundang kontroversi, sekalipun dalam kalangan cendikiawan Islam tanah air sendiri.
Satu rahsia umum, institusi Fatwa terikat dan terkongkong dengan kuasa pemerintah.
Bagaimanalah orang tak pertikai Fatwa, jika lenggoknya seperti lembu dicucuk hidung.
Tempoh hari kecoh kes duit zakat untuk kos guaman menteri.
Kali ini isu perhimpunan @ demonstrasi pula.
Walaubagaimanapun, ada benarnya Fatwa itu. Demo yang mencetuskan huru hara, bertujuan tidak baik adalah Haram. Ianya terlalu subjektif. Penentuan tujuan itu perlu dilihat dan diteliti.
Kalau dilihat Demo bersih tempoh hari, jelas tujuannya baik seperti apa yang telah disebut dalam matlamat BERSIH.
Apapun hari ini, sangat ramai yang membelakangkan fatwa:
Fatwa haram rokok.
Fatwa haram interest di bank (kecuali perbankan Islam).
Fatwa haram insurans hayat (kecuali syarikat-syarikat takaful)
Fatwa haram skim cepat kaya.
Dan bermacam-macam lagi.
Kebanyakannya dilanggar, dilarung oleh umat Islam.
Dipandang sepi....sebab ianya tidak termaktub dalam akta ataupun undang-undang.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Isnin, 7 Mei 2012
Fatwa: Haram Demo cetus huru hara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Org suka ikut fatwa yg tak menyusahkan saja...
Banyak keluhan sebenarnya daripada ilmuan Islam tanah air, begitu juga dalam bidang akademik tentang institusi fatwa di Malaysia.
Sejarah sendiri menunjukkan kebanyakan imam dan ilmuan Islam terkemuka memilih untuk tidak terikat dengan pemerintah. antara tujuannya supaya dapat mengeluarkan keputusan yang tidak bias
memang masalah la gak kadang2 rasa ngan majlis fatwa ni bila ada fatwa yang dibuat atas dasar kepentingan sesetengah pihak kan.hmmmm...
Nak komen banyak sangat pun, kita ni bukan berilmu sangat kalau banding dengan mereka yang bersidang putuskan fatwa. Cuma terasa tak senang hati..
Teringat kisah Imam Abu Hanifah yang tegas dengan pemerintah, akhirnya mati diracun.
Catat Ulasan