Khamis, 15 Mac 2012

Isu FELDA - FGVH

Isu ini memang jadi hangat.

Lebih-lebih lagi di kalangan warga FELDA. Ada yang setuju, ada yang tidak setuju. Ada yang menyokong, ada yang membangkang.

Tapi berapa ramai yang faham?

Hal berkenaan perniagaan, urusniaga pemilikan saham, hal-hal ekonomi yang rumit bersimpang siur, berapa ramai sangat warga peneroka (lebih-lebih lagi yang berumur, pendidikan tak tinggi) yang faham isu penyenaraian FGVH ini di pasaran saham terbuka?



Ada benarnya apa yang cuba disampaikan oleh Ku Li ini.

Secara logiknya apabila disenaraikan dalam pasaran saham, pemindahan pemilikan boleh berlaku dengan berpindahnya saham. Sesiapa boleh membeli saham / menjual saham sekiranya mereka mahu dan mampu.

Seringkali kita lihat di media bagaimana syarikat itu bertukar bos / pemilik apabila majoriti saham syarikat itu dibeli dan dimiliki oleh pihak lain. Perpindahan saham ini juga melibatkan aset yang dimiliki.

Contohnya Hong Leong Bank mahu memiliki EON Bank, jadi Hong Leong Bank beli saham EON Bank. Maka bertukar hak milik. (sekadar contoh)

JAdi tak mustahil perkara yang sama berlaku kepada FELDA. Apabila FGVH disenaraikan, ianya menjadi terbuka. Sahamnya boleh dibeli / dijual kepada sesiapa yang mampu.

Aset FELDA juga turut dipertaruhkan. Turut terlibat sama ialah peneroka. Tanah peneroka turut dilibatkan. Apa sangat aset yang dimiliki oleh FELDA? Aset terbesarnya adalah kelapa sawit yang dihasilkan dari tanah peneroka FELDA.

Tak mahu untung ke?

Bukan kita nak nafikan keuntungan. Ya, kemungkinan memang FGVH boleh untung. Peringkat awal peneroka boleh dapat pulangan. Tapi apa jadi kalau rugi? Bagaimana kalau pihak lain memiliki majoriti saham FGVH?

Logik akakl mengikut Ku Li, harga saham naik, takkan tak mahu jual?

Bukan keuntungan yang jadi isu. Isu utamanya ialah pemindahan milik saham yang turut mempengaruhi status tanah peneroka. Peneroka ada risiko kehilangan tanah yang mereka sahakan,

Berkenaan hal ini yang ramai peneroka tidak faham. Kebanyakannya disogokkan dengan janji manis untung, tanpa didedahkan risiko ini.

Namun ramai juga yang membantah. Tapi suara mereka seolah tak dipedulikan. Mala ada yang dihalau keluar semasa pertemuan peneroka dengan Isa Samad.

Yang terjadi


Saya ada saudara mara di Felda, Mereka mengatakan yang Felda mahu beri durian runtuh, meminta buka akaun (tak pasti akaun apa..tak tanya lebih teliti).

Malah peneroka yang lambat, enggan berikerjasama dan bka akaun dimarah pula. Pada hal tanah itu tanah mereka..

Saya bukan pakar ekonomi, namun memang rasa tak sedap hati dengan isu ini.

2 ulasan:

msredcheesecake berkata...

Jgn sampai semuanya jadi milik org luar sudah....

Nur Fauzi berkata...

payah kalau jadi milik tempatan pun, ia sudah bertukar milik. bukan lagi milik FELDA.

Katakanlah saya ada duit, saya beli majoriti saham FGVH tu, jadi syarikat itu milik saya, termasuk semua asetnya (dan termasuklah peneroka hilang hak atas tanahnya selama ini)

Saya jadi pemilik baru tanah itu. kasihan peneroka, diperjudikan sebegitu. walhal tanah peneroka bukan hak mutlak Felda, tapi peneroka diheret sekali......

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...