Sabtu, 3 Mac 2012

Cikgu - Semua pun OK!

Gambar hiasan

Cikgu, saya dapat nombor satu tadi lari 100 meter!!
Alhamdulillah tahniah!

Cikgu, saya dapat nombor 2 tadi!
Wah bagus. Tahniah laa. Sikit lagi awak nak dapat nombor satu tadi.

Cikgu, saya dapat nombor 3 lari 200 meter.
Ohh..Bagus juga tu. Dapat pingat, dapat nombor. Alhamdulillah. Tahniah.

Cikgu, saya tak dapat pingat. Sebab dapat nombor 4....
Takpe. Jangan sedih. Bagus juga nombor 4. Sikit lagi tadi nak dapat nombor 3. Boleh cuba lagi nanti.



Cikgu...Saya kalah. Tempat terakhir....Tertinggal jauh...
Ohh..Takpe. Awak dah cuba yang terbaik. Tapi baguslah juga awak lari sampai habis. Ada dulu yang tak habis lari pun.

Moral...
Guru kena selalu positif, beri rangsangan dan motivasi kepada murid. Bukan kemenangan itu tujuan yang paling utama. Kemenangan itu bonus. Pengalaman yang diperolehi murid itu yang paling bernilai.

7 ulasan:

APAN berkata...

kena banyak bersabar dan kretif cipta ayat utk pemahaman budak2.kalau aku blur nak jawab pe.haha...

nurfauzi berkata...

eden tau la sikit2...sobab eden dulu lari selalu nombor corot haha..pancit

aReLaN berkata...

cikgu memang kena positif.anak murid teruk camne pon kena bagi dorongan membina untuk diorang maju & tak down kan.hehehe

msredcheesecake berkata...

tu la kan.... tapi ada gak cikgu yg tak berapa ikhlas...

Eyriqazz berkata...

fuhh..teringat pula zaman sekolah masuk olahraga dulu...

Eyriqazz berkata...

yup,guru2 kena positif sentiasa..coz setiap anak2 murid tentu ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri...

Nur Fauzi Bassar berkata...

eh...abg otai datang singgah..terima kaseh datang jenguk2.

Jadi cikgu kena positif, macam jadi ibu dengan ayah.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...